Friday, March 20, 2009
1st Putrajaya International Hot Air Balloon
berlangsung di kawasan 'monumen alaf' baru presint 2, putrajaya sekali lagi menjadi tumpuan warga lembah klang dan sekitar apabila berlangsung pesta belon udara panas antarabangsa bermula 19mac sehingga 22 mac ini. menurut pihak penganjur objektif diadakan acara seumpama ini adalah untuk menjadikan malaysia sebagai salah sebuah destinasi pesta belon udara panas antarabangsa. selain itu bagi menjadikan acara ini sebagai acara tahunan yang berprestij bagi mempromosi malaysia dan menarik lebih ramai pelancong agar lebih dikenali serata dunia. dengan adanya pesta seumpama ini juga boleh meningkatkan lagi ekonomi setempat dan malaysia juga boleh menjadi antara penganjur yang terkenal setanding negara penganjur lain seperti di albuquerque di amerika syarikat, bristol di england dan saga di jepun.
saya juga sempat ke sana pada awal pagi hari pertama berlangsung dan sempat juga mengambil beberapa shot untuk tatapan umum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
your comments is valuable..