Friday, November 20, 2009

Semangat baru buat paralimpik

ATLIT paralimpik menerima suntikan semangat apabila kerajaan memberikan sebidang tanah untuk ibu pejabat Majlis Paralimpik Malaysia di Kinrara, sesudah pembinaan Kompleks Paralimpik di Kampung Pandan.

Pemberian tanah itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, selepas puas hati dengan usaha dan pencapaian yang dilakarkan atli paralimpik negara sejak kebelakangan ini.

“Bagi melicinkan lagi pengurusan dan perjalanan kegiatan sukan atlit paralimpik, kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan meluluskan sebidang tanah untuk dijadikan Ibu Pejabat Majlis Paralimpik Malaysia,” kata selepas merasmikan Perhimpunan Agung dan Persidangan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir, Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, Sir Philip Craven, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Zainal Abu Zarin.

Sebelum ini, kerajaan sudah bersetuju membina Kompleks Sukan Paralimpik untuk memudahkan atlit istimewa itu menjalani latihan.

“Atlit paralimpik negara sudah melebarkan pembabitan mereka dalam pelbagai jenis sukan, bukan hanya di rantau Asia malah sehingga ke peringkat lebih tunggu. Ia boleh dijadikan pemangkin untuk mereka lebih gigih berusaha.” - BERITA HARIAN

Selangor Wakil Tunggal Malaysia Ke Piala AFC 2010

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Hanya pasukan Selangor yang akan mewakili Malaysia untuk bersaing pada kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2010 berbanding dua pasukan sebelum ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata Selangor layak ke kejohanan itu selaku juara Piala FA dan Liga Super pada tahun ini.

"Manakala pasukan kedua yang layak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh AFC adalah Perlis yang di atas kapasiti naib juara Liga Super namun skuad Singa Utara itu telah menolaknya.

"Jadi FAM telah memohon kepada AFC untuk menggantikannya dengan pasukan lain, namun badan induk bola sepak Asia itu melalui surat maklum balasnya dua hari lepas telah menolaknya," katanya kepada Bernama di sini Khamis.

Kali terakhir Selangor menyertai kejohanan itu adalah tiga tahun lepas namun tewas kepada kelab Al Nejmeh dari Lebanon di peringkat suku akhir.

Undian untuk menentukan kumpulan pada kejohanan tahun depan itu akan diadakan pada 7 Dis ini di Rumah AFC, Bukit Jalil dengan 32 pasukan akan dibahagikan kepada lapan kumpulan.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan iaitu 16 pasukan akan layak ke pusingan kedua dan pusingan seterusnya.

Pada saingan tahun ini, Malaysia diwakili oleh Kedah dan Johor FC namun hanya Kedah mara ke pusingan kedua sebelum tewas kepada kelab Vietnam, Becamex Binh Duong FC.

Sementara itu, Azzuddin turut mengesahkan FAM masih belum menerima sebarang surat rasmi mengenai penarikan diri Kuala Muda NAZA bagi saingan Liga Malaysia musim depan.

"Saya hanya mengetahui perkara ini melalui media," katanya ketika ditanya mengenai kedudukan pasukan berstatus kelab itu yang akan beraksi di dalam Liga Super. - BERNAMA

Monday, November 16, 2009

Bolasepak pusingan kelayakan piala AFC 2011

piala malaysia telah pun melabuhkan tirai, tetapi tidak bermakna pemain2 bolasepak negara kita juga melabuhkan punggung2 mereka didepan TV menonton EPL. terbaru pada hari rabu ini bertempat di stadium nasional bukit jalil anak2 buah k.rajagobal akan turun menentang uzbekistan bagi mencari tempat untuk ke piala AFC 2011.

saya tidak lah berapa tahu sangat maklumat2 penuh tetapi menurut rakan yang terlibat secara langsung dalam liputan bolasepak ini memaklumkan yang perlawanan hari rabu ini sepak mulanya adalah pada pukul 5.30 petang. dan kepada peminat2 bolasepak tempatan marilah kita beramai2 memeriahkan stadium bukit jalil dengan memberi sokongan kepada pasukan negara. tapi bukanlah memeriahkan dengan baling mercun sana sini. siaran tertunda akan disiarkan pada pukul 12.30tgh mlm yang sama di TV1.

yang penting ketepikan dulu unsur2 kenegrian yang mungkin masih merasuk dalam diri sesetengah penyokong negara kita sebab dalam barisan pemain2 malaysia tu dari NS ada kelantan ada selangor ada dan juga dari negeri2 lain di malaysia.

dan lagi satu yang mana suka cucuh sana cucuh sini hentikanlah tabiat buruk seperti yang berlaku pada perlawanan akhir piala malaysia baru2 ni. nanti tak pasal2 belum habis kira kerugian hari tu dah kena kira kerugian baru pulak.

apapun majulah bolasepak utk negara...

Tuesday, November 10, 2009

Off Road Kubang Gajah


salam... bersukan sebagai aktiviti riadah amatlah bagus. selain dapat menyihatkan tubuh badan, ia juga dapat menguji akal fikiran tentang sukan yang diceburi tak kira la membuatkan kita berfikir dari segi teknikal ataupun taktikal. tetapi yang amat penting sekali sukan dapat menghubungkan kita dengan ramai orang ataupun rakan dari pelbagai lapangan.

sukan basikal bukit yang kini semakin digemari ramai juga tidak terlepas dari menjadi pilihan peminat dari pelbagai lapisan umur dan kedudukan. dan saya juga merupakan salah seorang yang dah terjebak secara lebih serius dalam sukan ini. tetapi tidaklah sampai tahap antarabangsa. sekadar memastikan tubuh badan sentiasa sihat selain memastikan enjin di bahagian otak sentiasa berfungsi dengan baik supaya dengan berfikir setiap kali mengayuh dapat juga mendorong otak supaya sentiasa berfikir dengan waras dan bernas dalam hal-hal lain.

ahad baru ni sempat juga saya meluangkan masa join rakan2 riders dari ampang, shah alam dan bukit jalil untuk bersama berkayuh ke kubang gajah, kemensah. trail yang agak pendek tetapi cukup membuatkan paru2 berkembang kuncup dengan laju sekali. sekali-sekala teruji juga kecekapan apabila melalui tepi2 gaung yang membuatkan jantung sentiasa berdebar. tetapi debaran itu tidaklah begitu hebat kalau dibandingkan berkayuh pada waktu malam.

sebenarnya saya ni dah tergolong dengan rider yang digelar DUKE rider. tak la ramai tetapi lebih 5 orang jugak la. kami biasa berkayuh di DUKE highway pada setiap hari rabu malam. turut serta pada ahad lalu rider yang digelar PUJMAC. dari bukit jalil. selain itu ada juga rider2 perseorangan. inilah yang dikatakan membina jalinan silaturrahim dan juga rangkaian kerana hari tu saja lebih 3 orang kenalan baru saya dapat.

lokasi kayuhan kami pada kali ini adalah di air terjun kubang gajah, kemensah ulu kelang atau lebih dikenali dengan panggilan sofea jane.


mulanya di sini. berkumpul di shell berhampiran zoo negara. 17 rider kesemuanya. kira-kira 8.30 pagi kami memulakan kayuhan.


kampung kemensah. melalui jalan bertar tetapi mendaki sudah cukup membuatkan beberapa rider termasuk saya tercungap2 sehingga terpaksa menolak basikal sehingga ke penghujung sebelum masuk off road iaitu di institut budaya melayu baru.


bagi rider yang kurang fit seperti saya. mendaki adalah sesuatu perkara yang menyulitkan dan meletihkan. (gambar moqh dan cito sedang menolak basikal)


berehat seketika di penghujung jalan bertar di sini.


off road bermula. kami memulakan kayuhan off road dengan 90 peratus kayuhan adalah mendaki sebelum sampai ke air terjun kubang gajah.


untuk ke air terjun kubang gajah, aktiviti menolak basikal adalah perkara biasa kerana trail yang perlu mendaki tidak henti2 memenatkan ramai rider termasuk saya.


persimpangan ke kubang gajah. berehat seketika sebelum memulakan kayuhan.

selepas sahaja kami memasuki persimpangan ini tumpuan kayuhan diberikan sepenuhnya dengan tiada gambar diambil oleh kerana ingin cepat sampai ke destinasi.


tiba di pintu gerbang air terjun kubang gajah. bergambar sambil berehat kerana selepas gerbang ini kami perlu menuruni bukit yang sangat curam.


downhill terakhir sebelum ke air terjun


keadaan basikal saya


tidak sah rasanya jika tidak mendapat kesegaran air gunung asli. itulah yang menambah kmbali tenaga para rider semua.

selepas lebih kurang sejam kami bertolak pulang. menolak seketika mendaki sebelum kami downhill sampai ke bawah.


tanda kejayaan


berehat seketika sambil makan mee goreng power di kedai makan chalet rimba, JINBARA


tiba kembali ke shell, beberapa rider menonggeng basikal mereka untuk ditembak dengan air...


tahniah kepada rider semua. semoga kita boleh ride lagi lepas ni di tempat2 yang lebih menarik lagi... lagi gambar dalam link flickr.

Monday, November 9, 2009

Budaya Penyokong Bola Kita




4 gambar yang berbeza. 2 gambar di atas sebelum perlawanan dan 2 di bawah semasa kelantan ketinggalan dengan jaringan gol. adakah ini budaya penyokong bolasepak? merusuh apabila kalah... (gambar ihsan AHMAD JUNAIDI KASMI)


umum sedia ketahui akan keputusan perlawanan akhir bolasepak piala malaysia yang menyaksikan penantian selama 61 tahun negeri sembilan untuk membawa pulang piala ke negeri itu berakhir apabila menjuarai piala paling berprestij di malaysia setelah menewaskan kelantan 3-1 di stadium nasional bukit jalil sabtu lalu.

kelantan yang belum pernah mendakap piala malaysia walau sekali terpaksa menanti lagi tahun depan setelah kali terakhir melangkah ke final 39 tahun lalu. itupun jika mereka berjaya mengekalkan persembahan seperti musim ini. dengan kekalahan ini bermakna tahun ini kelantan terpaksa menelan kepahitan menghampakan penyokong mereka yang setia memenuhi segenap penjuru stadium 2 kali setelah kali pertama dalam medan akhir piala FA april lalu apabila tewas kepada selangor 2-1.

negeri sembilan pula membawa kenangan paling manis buat yang dipertuan besar yang baru ditabalkan oktober lalu dan mungkin inilah yang dikatakan persembahan diraja buat tunku mukhriz daripada pengurusan bolasepak NS, pemain2 serta penyokong2 sebagai hadiah atas pertabalan baginda sebagai payung rakyat yang baru.

tapi bagi saya bukan ini yang menjadi buah mulut rakyat malaysia sebenarnya tetapi sikap penyokong bolasepak negara kita yang sering menjadikan perlawanan bolasepak ini 'tempat berpesta' ataupun 'tempat berperang'. manakan tidak, asal saja tengok bola mesti ada mercun, bunga api, bakar membakar, api-mengapi, baling sana baling sini dan juga vandalisme. akibatnya yang tidak bersalah yang menjadi mangsa. kadang2 dalam pada keasyikan melayan nafsu2 sebegini kita terlupa yang warga2 sebelah kita ada yang membawa anak2 kecil menonton perlawanan ini dan tidak kurang juga membawa seisi keluarga menonton bersama. selain itu mereka yang berusia emas juga hadir memberi sokongan kepada pasukan mereka.

dalam perlawanan sabtu lalu saya lebih suka menyalahkan penyokong kelantan atas banyak kekecohan dan kerosakan yang berlaku dan dalam hal ini pengurusan bolasepak negeri harus bertanggungjawab atas segala yang berlaku. bukan mahu menyalahkan mereka kerana mereka juga telah memberi segala macam nasihat kepada penyokong sendiri supaya lebih berhemah semasa menonton. tetapi sebagai persatuan yang membawa bersama harapan penyokong mereka juga perlu memastikan segala kerosakan dan sikap penyokong mereka sendiri dibayar. dan umum juga sedia maklum akan sikap bukan segelintir tetapi kebanyakan penyokong2 ini yang sejak dari dulu lagi memang macam ni.

mungkin mulai akan datang penyelesaiannya adalah dengan menghadkan kemasukan penyokong2 ke dalam stadium. kalau satu stadium boleh mamuatkan 80 ribu penyokong, 40 ribu setiap pasukan. tak kisahlah kalau sebelah pasukan tak cukup 40 ribu sekalipun kerana pada saya keuntungan dah jadi perkara nombor 2. yang penting keselamatan semua pihak terjamin. lihat sahaja kejadian sabtu lalu, rasanya banyak juga rugi dari pihak stadium. lagipun bila di bahagi sama rata, kawalan keselamatan juga menjadi lebih mudah...

entahlah... bagus juga saya x pergi stadium hari tu walaupun saya ada 1 pas dan 2 tiket. malas nak layan perangai manusia. dah la jurukamera tv sampai berbalut kepala. itu baru skit. entah apa akan jadi agaknya kalau kesemua lautan merah kat bukit jalil tu mengamuk...

Thursday, November 5, 2009

Adakah Kelantan Atau Negeri Sembilan


final piala malaysia sabtu ini pastinya bakal meninggalkan sejarah buat kelantan dan negeri sembilan apabila kedua2nya telah menanti sekian lama untuk mendakap piala malaysia yang paling berprestij itu. andai kata salah satu pasukan menang maka yang kalah itu pastinya perit untuk ditelan apatah lagi membawa harapan menggunung penyokong yang bakal membanjiri setiap ruang stadium nasional bukit jalil, tempat berlangsungnya perlawanan akhir itu.

namun yang pasti pihak2 berkaitan telah menyusun langkah berjaga2 bagi mengelakkan berlakunya lagi tragedi2 yang tidak sepatutnya berlaku apatah lagi kedua2 pasukan ini pernah menempuh detik sejarah hitam pada perlawanan piala FA april lalu apabila penjaga gawang kelantan yang terkenal dengan sifat 'gedebe'nya itu mengkasari penyerang negeri sembilan mengakibatkannya digantung untuk beraksi namun hukuman akhirnya diringankan dan kini kembali menggalas cabaran akhir yang saya kira bakal mengundang lebih besar masalah jika tidak dibendung. rekod telah tercatat, dan penyokong pula pasti bersedia dengan segala macam perisai sekiranya terjadi apa2 yang tidak diingini. cuma x tahu la sapa yang kena.

dari sumber2 yang sangat boleh dipercayai, pihak berkuasa bakal meletakkan ramai preman di kerusi2 penonton bagi melihat siapakah yang suka mencetuskan suasana tidak senang dalam stadium. yang diluar pula akan memastikan tiada bahan2 letupan dan senjata2 yang boleh mengakibatkan kecederaan dan yang paling penting sekali ialah tiket2 akan di 'scan' agar tiada yang masuk menggunakan tiket palsu. tiket pun rasanya sudah mula dipalsukan pihak2 tertentu demi mengaut keuntungan semata2...

yang pasti dari maklumat itu lagi kelantan telah menempah lebih 50 ribu tiket untuk penyokong2 mereka, lebih banyak dari negeri sembilan. dan ramai menjangkakan kelantan bakal menjulang piala malaysia untuk edisi 2009 ini nanti. namun apapun kata orang, jawapannya hanya dapat dipastikan pada tarikh 7 november sabtu ini selepas habis tiupan wisel penamat oleh pengadil yang akan bertugas nanti.

tak kisah la apa pun... yang penting FAIRPLAY beb...

saya pun dapat la tiket free 2 keping utk malam tu. masalahnya yang mintak dari saya lebih 10 orang. so untuk bagi adil kepada semua... saya simpan je buat kenangan...

Wednesday, November 4, 2009

Pertunangan Radi dan Izzati

inilah penerbit bolasepak liga M tersohor iaitu tarmizi muhidin. kredit utk abg mizi

Tiba-tiba pulak cerita bab tunang kawin kan... bukannya apa sebenarnya ianya juga adalah sebahagian kelebihan yang Allah berikan pada saya iaitu kebolehan mengambil gambar walaupun tidaklah sehebat yang 'hebat2' di luar sana.

tapi cerita gambar ni lain sikit. sebab yang bertunangnya ialah anak kepada PENERBIT SIARAN LANGSUNG BOLA SEPAK LIGA MALAYSIA iaitu mr Tarmizi Muhidin. dia buat masa ni menjalankan tugas jadi bos di unit sukan tv. bos sebelum ni dah ditukarkan ke produksi berita. saya dipertanggungjawabkan untuk mengambil gambar anak abg mizi dan seterusnya buat album la kiranya.

abg tarmizi dah lama jadi penerbit utk bola malaysia. dah lali dah dengan perjalanan produksi utk bolasepak ni. dari a sampai z. teknikal pun pakar dah. janganlah korang tipu dia. naya je kena balik.

anak dia yang bertunang ialah izzati, yang perempuan lah. sekarang tengah buat master di scotland atas tajaan UKM. kira bakal pensyarah la ni. dengar kata lepas ni sambung PHD. tunang dia radi pun baru lepas abis master dengar cerita. buat di UK. bertuah abg mizi anak bagus2. dengar2 lelaki sulung dia pun pensyarah jugak.

apapun tahniah buat abg mizi sekeluarga. semoga jodoh anak berkekalan ke jinjang pelamin yang akan diadakan bulan disember ni. dan juga semoga berbahgia selalu...