Monday, November 9, 2009

Budaya Penyokong Bola Kita




4 gambar yang berbeza. 2 gambar di atas sebelum perlawanan dan 2 di bawah semasa kelantan ketinggalan dengan jaringan gol. adakah ini budaya penyokong bolasepak? merusuh apabila kalah... (gambar ihsan AHMAD JUNAIDI KASMI)


umum sedia ketahui akan keputusan perlawanan akhir bolasepak piala malaysia yang menyaksikan penantian selama 61 tahun negeri sembilan untuk membawa pulang piala ke negeri itu berakhir apabila menjuarai piala paling berprestij di malaysia setelah menewaskan kelantan 3-1 di stadium nasional bukit jalil sabtu lalu.

kelantan yang belum pernah mendakap piala malaysia walau sekali terpaksa menanti lagi tahun depan setelah kali terakhir melangkah ke final 39 tahun lalu. itupun jika mereka berjaya mengekalkan persembahan seperti musim ini. dengan kekalahan ini bermakna tahun ini kelantan terpaksa menelan kepahitan menghampakan penyokong mereka yang setia memenuhi segenap penjuru stadium 2 kali setelah kali pertama dalam medan akhir piala FA april lalu apabila tewas kepada selangor 2-1.

negeri sembilan pula membawa kenangan paling manis buat yang dipertuan besar yang baru ditabalkan oktober lalu dan mungkin inilah yang dikatakan persembahan diraja buat tunku mukhriz daripada pengurusan bolasepak NS, pemain2 serta penyokong2 sebagai hadiah atas pertabalan baginda sebagai payung rakyat yang baru.

tapi bagi saya bukan ini yang menjadi buah mulut rakyat malaysia sebenarnya tetapi sikap penyokong bolasepak negara kita yang sering menjadikan perlawanan bolasepak ini 'tempat berpesta' ataupun 'tempat berperang'. manakan tidak, asal saja tengok bola mesti ada mercun, bunga api, bakar membakar, api-mengapi, baling sana baling sini dan juga vandalisme. akibatnya yang tidak bersalah yang menjadi mangsa. kadang2 dalam pada keasyikan melayan nafsu2 sebegini kita terlupa yang warga2 sebelah kita ada yang membawa anak2 kecil menonton perlawanan ini dan tidak kurang juga membawa seisi keluarga menonton bersama. selain itu mereka yang berusia emas juga hadir memberi sokongan kepada pasukan mereka.

dalam perlawanan sabtu lalu saya lebih suka menyalahkan penyokong kelantan atas banyak kekecohan dan kerosakan yang berlaku dan dalam hal ini pengurusan bolasepak negeri harus bertanggungjawab atas segala yang berlaku. bukan mahu menyalahkan mereka kerana mereka juga telah memberi segala macam nasihat kepada penyokong sendiri supaya lebih berhemah semasa menonton. tetapi sebagai persatuan yang membawa bersama harapan penyokong mereka juga perlu memastikan segala kerosakan dan sikap penyokong mereka sendiri dibayar. dan umum juga sedia maklum akan sikap bukan segelintir tetapi kebanyakan penyokong2 ini yang sejak dari dulu lagi memang macam ni.

mungkin mulai akan datang penyelesaiannya adalah dengan menghadkan kemasukan penyokong2 ke dalam stadium. kalau satu stadium boleh mamuatkan 80 ribu penyokong, 40 ribu setiap pasukan. tak kisahlah kalau sebelah pasukan tak cukup 40 ribu sekalipun kerana pada saya keuntungan dah jadi perkara nombor 2. yang penting keselamatan semua pihak terjamin. lihat sahaja kejadian sabtu lalu, rasanya banyak juga rugi dari pihak stadium. lagipun bila di bahagi sama rata, kawalan keselamatan juga menjadi lebih mudah...

entahlah... bagus juga saya x pergi stadium hari tu walaupun saya ada 1 pas dan 2 tiket. malas nak layan perangai manusia. dah la jurukamera tv sampai berbalut kepala. itu baru skit. entah apa akan jadi agaknya kalau kesemua lautan merah kat bukit jalil tu mengamuk...

2 comments:

  1. term 'segelintir' untuk segelintir penyokong yg biasa aku gunakan dulu utk tak nak bias pada mana2 pihak , tidak lagi bermakna utk red warior.
    Pada sebelah pihak aku jugak sedih kepada peminat setia pasukan kelantan. mereka ini benar2 behave tapi bilamana datangnya perosak keadaan ini, imej mereka juga terpalit.
    yang membakar mercun dari bahagian atas tempat duduk penonton telah menyebabkan 'rakan' mereka sendiri di bahagian bawah juga merasai kejutan. mereka yg kat bawah tu bukannya lelaki bujang sahaja, ada anak kecil, pakcik tua dan kaum hawa..
    apa la hebatnya perangai macam tu??
    ada juga berbual dgn kelantanis , mintak komen ttg perkara ni.. tahu apa kata meraka.."bodo la.. ghajo duk depe tu weii.."
    untuk saya- senyuman kelat ..

    ReplyDelete
  2. hhmmm... gitulah.. nak buat camna kan... kerana nila setitik. tapi yang ni bertitik2...

    ReplyDelete

your comments is valuable..