Saturday, December 26, 2009

Acheh 2004


payah betul nak blogging skrg ni. tambahan apabila diberikan tugasan yang tidaklah seberat mana tetapi menuntut masa yang padat dan komitmen yang tinggi agar ianya dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah dan bebanan yang timbul... musim 2010 lebih mencabar buatku. stadium2 di malaysia bakal menjadi tempat singgahan buatku setiap minggu. pakar2 bolasepak, jurulatih2, pengurus2, pemain, pengadil mahupun penyokong2 dan sesiapa juga yang terlibat secara langsung mahupun tidak pasti akan ku cari dan ku kejar... hmmm... dan kesannya kehidupanku buat permulaan seminggu dua ni agak tidak teratur dan kelam kabut. tak pe pelan2 kayuh... lama2 dapat tempo ok la tu.

sebenarnya saya nak ceritakan pasal pengalaman saya pergi ke negara bencana lebih kurang 5 tahun lepas. kira time2 tarikh ni rasanya saya ke sana.

genap 5 tahun berlalu sejak kejadian tsunami pada hari krismas 2004. lebih 200 ribu menjadi mangsa di beberapa tempat di dunia dan yang paling teruk menerima kesan ... acheh. lebih 100 ribu rakyat acheh menjadi korban yang meninggalkan sejarah pahit buat wilayah itu. utara malaysia juga menerima kesannya. walaupun korban tidaklah seramai acheh (tidak sampai 1 peratus pun) tetapi ianya tetap meinggalkan kesan mendalam terhadap rakyat terutama mangsa2..

saya yang kebetulan berkhidmat sebagai wartawan radio pada waktu itu terus diarahkan untuk membuat liputan kira2 seminggu selepas kejadian. tambahan pula pada waktu itu tidak ramai yang suka pergi tempat2 bencana seperti itu. 2 kali ke acheh. pertama sewaktu kapal TLDM kd mahawangsa menghantar bantuan besar-besaran ke sana. pengalaman menaiki kapal pengangkut juga sukar saya lupakan. perjalanan mengambil masa 2 hari (kalau x silap) diatas laut. agak bosan juga. bagaimana la agaknya anggota tentera kita berhari2 melihat laut. dan oleh kerana muatan kapal x cukup utk penumpang maka saya terpaksa menumpang tidur di stor kecik di sebahagian dari ruang kapal tu. dan yang kali kedua saya pergi ialah dengan menaiki kapal terbang CN130 milik TUDM. saya tak ingat masa tu. dan pengalaman itu juga adalah sesuatu yang menarik dan mencabar. dan kali kedua ini juga lah saya ibarat pelarian disebabkan kehilangan beg pakaian sebaik pemunggahan dilakukan setelah mendarat. dengan pakaian yang sedia dipakai serta membeli sehelai seluar dan baju di pasar. dengan pakaian itu lah saya membuat liputan selama seminggu.

tapi apa yang diceritakan bukanlah perenggan di atas, tetapi bencana yang tiba2 melanda tanpa isyarat tu. macam2 cerita keluar dari penduduk setempat. ada yang kata punca jadi disebabkan itu dan ini tetapi semuanya kuasa Allah. mereka hanya boleh membuat spekulasi je. kali pertama saya pergi mayat merata2. asal saja lalu lori sebelah saya time tu la menusuk segala bau. di tepi jalan tempat peringatan saya dapat lihat mayat2 ditolak sahaja dalam kubur besar menggunakan jentolak. bangunan runtuh sana sini...

kali kedua tidak banyak berubah. cuma sedikit bersih. tapi masih kotor dan serabut. dan masih ramai mangsa yang tidak bernyawa di bawah runtuhan bangunan. walaupun dah 2 ke 3 minggu berlalu. agak sukar kerana mangsa terlalu ramai. walaupun banyak bantuan dari negara2 luar.

kini banda acheh banyak berubah. apa yang saya tengok di tv ianya secara tidak langsung menjana pendapatan dari sektor pelancongan. tempat2 kejadian menjadi tempat2 pelancong. termasuklah kapal besar yang tersadai di darat di salah satu kawasan bencana. dan saya pasti satu hari nanti saya akan kesana untuk melihat perubahan yang berlaku sambil jalan2 makan angin kerana orang kata acheh ni pun menarik juga kalau nak jalan2.

apapun ianya meninggalkan kesan sejarah buat dunia. sejak dari itu langkah berjaga2 sentiasa diambil semua pihak dari seluruh negara. dan kita rakyat malaysia harus bersyukur kerana negara kita terletak di atas garisan khatulistiwa yang memisahkan kita dari segala macam bencana alam yang besar. walaupun dapat tempias tetapi masih selamat...

sedikit gambar ketika kali kedua ke sana. nak lagi bukak flickr saya di pautan kanan blog.

No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..