Thursday, August 26, 2010

ANUGERAH WANITA DAN SUKAN MAJLIS OLIMPIK MALAYSIA (MOM)

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) melalui Jawatankuasa Wanita dan Sukan telah mewujudkan anugerah yang dinamakan “Anugerah Wanita dan Sukan”. Anugerah ini diadakan setiap tahun untuk menghargai dan mengiktiraf individu atau organisasi yang telah banyak membantu membangun, mempromosi serta mempertingkatkan perasan Wanita dalam Sukan di Malaysia.
Pada masa yang sama, MOM juga akan menyampaikan “Anugerah Wanita dan Sukan untuk Media” kepada wartawan yang telah banyak membantu mempromosikan peranan Wanita dalam sukan melalui media.

Oleh yang demikian, MOM telah memohon SAM untuk mencalonkan beberapa nama individu yang layak untuk dipertimbangkan bagi anugerah tersebut mengikut kriteria-kriteria yang ditelah ditetapkan.

Pihak Persatuan amat mengalu-alukan jika sekiranya ada di antara ahli-ahli yang ingin mencadangkan individu-individu yang difikirkan layak untuk anugerah yang tersebut. Sila hubungi pejabat di talian 03-2078 0985 untuk mendapatkan borang pencalonan.


Pencalonan
3.1 Pencalonan hendaklah diisi dalam borang yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Wanita dan Sukan Majlis Olimpik Malaysia, dan boleh dibuat oleh mana-mana berikut dibawah :-

(i) mana-mana sekolah, kolej, universiti atau mana-mana institusi pendidikan awam atau persendirian;

(ii) mana-mana kelab atau organisasi berdaftar; atau

(iii) lain-lain individu atau badan korporat atau organisasi persendirian atau awam

3.2 Pencalonan hendaklah dibuat dengan persetujuan calon, dan hendaklah disertakan bersamap-sama biodata peribadi atau keterangan ringkas calon bagi menyokong pencalonan, bersama dengan sijil dan dokumen tentang pencapaian serta sumbangan yang diberikan oleh calon beserta dengan dua (2) keping gambar calon berukuran 2” x 2”.

3.3 Semua pencalonan hendaklah sampai ke Urusetia MOM selewat-lewatnya sebelum 30 Ogos 2010.


Kriteria Pemilihan

4.1. (i) terlibat secara aktif dalam aktiviti sukan atau sukan berkaitan untuk sekurang-kurangnya lima (5) tahun berterusan iaitu lima tahun terdahulu sebelum anugerah (2010), semasa dan termasuk tahun penganugerahan tersebut; DAN

4.1. (ii) menunjukkan pencapaian dan sumbangan yang bermakna terhadap kemajuan wanita dalam mana-mana aktiviti sukan atau sukan berkaitan di dalam Negara; ATAU

4.1. (iii) telah memberi sumbangan masa dan tenaga yang sangat bermakna ke arah mempromosi, pembangunan dan kemajuan wanita dalam mana-mana aktiviti sukan atau sukan yang berkaitan di dalam negeri, melalui kepimpinan dan atau pentadbiran.

No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..