Wednesday, January 12, 2011
HABUAN BESAR BUAT PEMAIN
agak mengejutkan tapi nyata ianya satu tanda penghargaan yang tidak ternilai dari pihak kerajaan. RM65 ribu semuanya untuk setiap pemain dan jurulatih seramai 25 orang. setiap seorang dihadiahkan deposit amanah saham wawasan sebanyak 50 ribu ringgit, ganjaran khas pihak kerajaan sebanyak 10 ribu ringgit dan juga 5 ribu ringgit hadiah kemenangan shakam. itulah hadiah terbesar yang semua skuad AFF suzuki perolehi hari ini yang disampaikan sendiri perdana menteri datuk seri najib tun razak pada majlis meraikan skuad kebangsaan piala AFF di kediamannya di seri perdana, presint 10 putrajaya. 3 jurulatih 1 malaysia turut mendapat habuan tersebut iaitu ketua jurulatih k. rajagobal, penolong jurulatih tan cheng hoe dan jurulatih penjaga gol fauzi mukhlas.
bukan setakat itu, PM turut mengumumkan bantuan khas kerajaan untuk membangunkan lagi bolasepak negara ke peringkat lebih tinggi termasuk menghantar pemain-pemain untuk 'attachment' di luar negara selain tambahan dana untuk membina gymnasium beserta sauna termasuk menyediakan instruktor kecergasan. semuanya demi memastikan kejayaan bolasepak negara tidak terhenti setakat ini.
ganjaran ini belum lagi termasuk yang diperolehi setiap pemain dari kerajaan negeri masing2. ada yang dapat duit dan ada juga yang dapat duit berserta tanah. ada juga dapat rumah dan ada juga yang tak dapat apa2... namun saya percaya bukan ini semua yang mereka mahukan pada asalnya kerana apa yang terlintas di fikiran mereka ketika bertanding ialah mahu memartabatkan dan mengharumkan nama malaysia di persada antarabangsa.
dan bakal menanti mereka lagi ialah sumbangan tabung akujanji ganjaran yang diusahakan oleh persatuan penulis2 sukan malaysia SAM. walau tidak lah banyak tapi saya percaya ia cukup bagi mereka kerana sokongan padu seluruh rakyat malaysia lebih bernilai dari wang ringgit. kalau mengikut kiraan kasar setiap pemain bakal mendapat RM3,500 ke 4 ribu ringgit setiap seorang dari tabung ini.
mungkin bagi sesetengah orang pujian2 dan penghargaan2 sebegini terlalu tinggi sehingga mungkin boleh dikategorikan sebagai melampau kerana ia hanyalah piala AFF atau dengan bahasa kasarnya piala asia tenggara. tetapi perlu diingat setakat ini, inilah piala tertinggi pernah kita julang. dan perlu juga ingat skuad negara telah melalui pelbagai getir termasuk tohmahan2 sejak ia dipertandingkan pada tahun 1996. dan sepanjang 14 tahun inilah kali pertama kita menjulang piala ini. jadi rasanya tidak salah jika kita memberi penghargaan buat mereka yang telah berjuang bermati-matian demi menjulang semula nama negara yang tenggelam satu ketika dulu.
saya kira hadiah2 dan ganjaran2 ini sedikit sebanyak membantu pemain2 kita merancang masa depan. kerana dalam sukan kejayaan tidak selalunya memihak kepada pemenang. oleh itu setidaknya hadiah ini boleh membantu mereka dikala musim gemilang mereka berakhir atau bersara satu hari nanti. adakah kita perlu tunggu untuk olimpik atau piala dunia baru ingin menghargai? saya percaya jika pemikiran ini diamalkan ia akan jadi seperti pemain2 dahulu yang ada diantaranya kini hanyalah ibarat melukut di tepi gantang. perlu juga diingat mereka juga mengorbankan fizikal mereka untuk negara terutama kaki mereka. jika mereka mengalami kecederaan, bagaimana mahu menanggung perbelanjaan kerana tidak beraksi di padang? jadi penghargaan sebegini harus diberikan agar pemain2 kita terus bersemangat untuk meningkatkan lagi nama malaysia di persada dunia. siapa tahu kita bakal beraksi di sukan olimpik tahun depan? walau nampak mustahil tapi ianya tidak mustahil jika ada kesungguhan kerana malaysia telahpun melakukannya dua kali iaitu 1972 dan 1980.
harapan kita semua agar kejayaan trus mewarnai bolasepak negara kita pada masa akan datang. mungkin juga pihak kerajaan dan pihak2 korporat serta rakyat malaysia yang cintakan bolasepak boleh berkira2 apakah habuan seterusnya yang boleh diberikan kepada pemain jika mereka dapat melangkah ke sukan olimpik 2012... terlalu optimis? mungkin tapi seperti saya tulis diatas nampak mustahil tetapi ianya tidak mustahil...
TAHNIAH SEMUA!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
your comments is valuable..