Friday, February 13, 2015

URUS KEWANGAN DENGAN BAIK

assalamualaikum.. memang seputar harian itu berlalu pantas tanpa disedari. lantaran kita terlalu mengejar masa itu untuk mencapai apa yang dihajati. sehinggakan apa yg harus dilakukan tertinggal begitu sahaja.

tetiba aku tergerak hati nak cerita pasal hal ni... tambahan hidup di kota metropolitan, yang sentiasa dihambat dengan paksaan untuk seiring dengannya. walhal semua masyarakat kota tahu ianya jelas semakin tidak seimbang. apabila rakyat sendiri sudah semakin sukar untuk mengejar kepesatan pembangunan.

tapi tak mengapa.. boleh la aku kongsi kongsi sikit bagaimana nak urus kewangan / pendapatan dengan baik, atau sekurang kurangnya hampir baik - #caraaku.. alhamdulillah ternyata ianya memberi sedikit kelegaan untuk terus berjuang di bandar penuh cabaran ini. Dan perkara ini memang sepatutnya jadi perkara yang common, melainkan kita sendiri yang jadikannya luar biasa.

Sekiranya kita makan gaji, pertama sekali bila dapat gaji jgn terus fikir benda lain. Perkara pertama harus dilakukan dan dalam tempoh kurang 5 hari - bayar segala hutang piutang. Dari sebesar besar loan rumah / kenderaan, sehingga sekecil kecil bil utiliti. Tak kira lah walau sekalipun gaji tu terlalu awal dari sepatutnya, macam gomen, kadang baru dapat gaji hari ni, dua minggu tak sampai gaji lagi. Maka teruslah settlekan hutang tu dulu.. Kenapa? Trust me, kalau x buat, kebarangkalian itu sangat tinggi untuk menghalakan duit ke arah yang tidak sepatutnya (ye lah duit dalam tangan kan).. X percaya? Disiplin? Boleh peram duit tu? Kehkehkeh.. Kena faham duit tu bukan baja.. Boleh tumbuh tumbuh... Oleh itu langsaikan mana patut.. Ada lebih then baru lah kita fikir selanjutnya apa rancangan. 

Seterusnya, Pastikan hutang tu x lebih 60 peratus dari jumlah gaji. Kalau rasa gaji 2 ribu, sekurang kurangnya baki bersih buat belanja lepas tolak hutang biarlah 800 ringgit. At least boleh la bajet bajet untuk makan. Dan paling istimewa bole la buat balik kampung atau kirim lebih sikit kat orang tua.

Ni mustahak. Ukur baju di badan sendiri. Rajin rajinkanlah berdiri didepan cermin, perhati atas sampai bawah. Kalau rasa pendapatan tu layak untuk sebuah kereta myvi, maka myvi lah jawapannya. Kalau viva lagi bonus, ada lebihan belanja bole buat makan mewah skali sebulan contohnya. Bukan untuk menidakkan keinginan, tetapi biarlah ia berasaskan kepada kemampuan. Takut bila terlalu mengikut kehendak, perut dicerut, kenderaan pun x bergerak, sebab duit dok abis bayar kat kereta. Kalau rasa keinginan tu tinggi sangat, guna pendekatan seperti di bawah:

Cari pendapatan tambahan. Yang ni memang penat. Tapi pulangannya kalau kene gaya berbaloi. Makanya jiwa pun sedikit lapang. 3 bulan sekali boleh la keluar berjalan makan angin walau setakat port dickson. Boleh la rilekkan fikiran. Tak kira lah cara mana datangnya pendapatan tambahan tu yang penting halal dan berkat. Contoh jual beger ke kerta ot ke berniaga kecil kecilan ke.

Tetapi kesinambungan dari perenggan atas ada sedikit pantangnya. Iaitu pastikan pendapatan tambahan tu buat melegakan urusan harian, atau sebagai tambahan untuk rancangan kedepan contoh kalau nak bercuti. Bukan pendapatan tambahan tu untuk menambah beban hutang secara tetap. Maksudnya duit tu bukan untuk tambah loan bagai. Bahaya. Nama pun pendapatan tambahan dan sampingan, maka tidak bersifat kekal, bila bila masa boleh hilang. Makanya kalau nak berhutang tu pakai duit gaji, manakala pendapatan tambahan buat melancarkan lagi urusan harian.

Dan yang last sekali, paling king dari yang atas ni semua, yang ramai masih tak percaya, dan seolah menidakkan kuasa Tuhan, iaitu mencari keberkatan orang tua. Ini belum apa apa dapat duit dah fikir nak enjoy, tanpa fikir mereka yang bersusah payah besarkan kita sampai kita mampu berdikari walaupun keje biasa biasa je. Kadang pelik, bila ditanya jawapan kliche - " ala mak.. X cukup belanja makan. Dapat gaji habis bayar hutang "... Adoi... Apa gila punya jawapan.. Ko bayar kereta sampai 500 sebulan boleh tapi nak bagi 50 ringgit kat orang tua pun susah? Belajar mencari keberkatan beb, Percaya kepada rezeki. Doa orang tua tiada hijab. Diorang dapat duit rasa hati lapang, gembira, bersyukur tu pun bakal bagi pulangan kat kita secara tak langsung. Itu belum lagi kalau diorg cium duit tu, mengucap terima kasih, mengucapkan syukur dan sebagainya. Percayalah, pasti ada pulangannya. Sebab tu kita kena bahagiakan orang tua supaya dapat membahagiakan diri kita. Biasa biasakan diri bersedekah kepada keluarga. Pulangannya pasti berlipat ganda, hati pun tenang. Tak percaya? Alami sendiri. Kau berat membahagiakan keluarga, diri kau pun akan sentiasa rasa tak selesa dan memanjang tak cukup.

Sedikit sebanyak apa yang dapat aku kongsikan untuk pembaca sekelian. Berdasarkan pengalaman hidup aku sebagai hambaNya. Alhamdulillah walaupun aku tak kaya tapi aku tenang kerana dapat menguruskan kewangan dengan baik. Dan alhamdulillah rezeki tak pernah putus. Aku juga dapat melapangkan diri sekali sekala untuk keluarga walaupun kerja harian sibuk.

Mungkin ada lagi perkongsian yang tidak tercatat. Aku lupalah tu gamaknya. Maklumlah masa idea tu datang aku cuma sempat buat 2 perenggan je. Tau je lah manusia macam aku ni bukan terlalu sibuk, tapi norma tugas seharian tu terlalu membataskan aku untuk menghadap blog aku ni. Ni pun aku sambung tengah malam. 

Tapi takpe, semoga sedikit sebanyak dapat membantu mengurus kewangan anda lebih baik lepas ni. Mungkin setiap orang berbeza caranya, aku sekadar berkongsi, nak ikut terserah, tak nak itu masing masing punya cara. Kerana ini adalah sebahagian pengetahuan am, Automatik dan common sense yang semua harus tahu. Dan ini juga #CARAAKU.

Ps:  mungkin rakan seIslam perlu ingat. Apapun pokok utama wajib percaya kepada kuasa Allah. Jangan sehingga perbuatan itu seolah menidakkan kuasaNya. Jadi setiap perbuatan tu harus ikhlas keranaNya, dan wajib percaya rezeki tu datang dariNya. Kita hambanya hanya berusaha.



No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..