Monday, August 24, 2015
OCM 2015 - 2017 . Dari Kacamata Aku
Presiden
- TUNKU TAN SRI IMRAN TUANKU JA'AFAR
Timbalan Presiden
- DATUK SERI NORZA ZAKARIA
Naib Presiden
- PROF DATUK DR ZAKARIA AHAMAD
- DATUK MUMTAZ JAFFAR
- DATUK MEGAT ZULKARNAIN TAN SRI OMARDIN
- MOHD NAZIFUDDIN DATUK SERI MOHD NAJIB
- DATUK ONG POH ENG
Setiausaha Kehormat
- DATUK LOW BENG CHOO
Penolong Setiausaha Kehormat (Lelaki)
- DATUK SIEH KOK CHI
Penolong Setiausaha Kehormat (Wanita)
- MOIRA TAN SIEW SEE
Bendahari
- ROSMANIZAM ABDULLAH
Penolong Bendahari
- AHMAD FEISAL AHMAD TAJUDDIN
Kesimpulan dari apa yang aku lihat, populariti memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pemilihan. selain itu faktor apa yang mampu kau bawak sekiranya kau dipilih. mungkin itu faktor utama.. sebab yang penting ada dana masuk.. mungkin lah.. kalo ikut logiknya macam tu lah.. tengok saja 2 jawatan tertinggi. aku nampak satu je.. masuk dana (keluar balik dana itu aku x tau).. lihat juga pada posisi naib presiden. aku nampak 2 pengaruh besar, anak PM dan wakil silat. populariti mereka mungkin mengatasi yang lain selain harapan orang untuk membawa pembangunan lebih banyak kepada sukan negara. 3 lagi naib presiden aku kira sorang dari gymnastik datuk zakaria (betulkan kalau aku silap), sorang angkat berat iaitu Datuk ong poh eng dan wakil wanita datuk paduka mumtaz.
Tapi masih lagi dalam posisi-posisi atas ni faktor politik tetap diambil kira. aku x tau la sebab apa. sama ada mereka mencari platform atau jalan singkat politik, cari nama, cari projek atau mungkin faktor pengaruh mereka diperlukan untuk pembangunan spt bantuan dana. takpe aku sentiasa bersangka baik. bagi peluang sepenggal untuk mereka buktikan. ada sukan olimpik rio 2016 tahun depan dan paling penting ada sukan sea 2017 yang tentunya waktu tu kita tuan rumah... bajet sedia maklum lebih 1 billion sebagai persediaan.. whut? apakah? hhmmm ada bau macam kurang enak ke?
takpe yang penting kita lihat persediaan ke olimpik. itu paling hampir.. tinggal lagi setahun lebih kurang cuma ada 2 wakil setakat ini yang sah beraksi. dua dua dari acara terjun. badminton kemungkinan besar tiada masalah. memanah? aku dengar tinggal satu je peluang cari tiket lepas mereka gagal di denmark masa awal syawal baru ni.
ok berbalik pada jawatan atas ni... aku nampak ada sedikit kelakar.. nampaknya datuk sieh kok chi memang tak nak tinggalkan ocm begitu saja.. sudah menjadi ibarat darah daging dia dan mungkin juga rumah dia.. sebab tu dia tak kisah pun 'turun pangkat' jadi penolong.. tidak seperti 2 dekad lalu menjadi setiausaha. mungkin bangunan ocm sudah sebati dengan hidupnya. manakala datuk low beng choo bakal menjalankan tugas selaku setiausaha kehormat lepas ni, jawatan yang menuntut lebih kerja untuk dia.
jawatan-jawatan lain tu aku tak berapa pandai nak ulas. cuma rosmanizam memang susah juga nak lawan mungkin sebab rekod cemerlang dia di ocm sebelum ini.
yang menang tahniah, yang kalah janganlah kecewa dan marah.. dua tahun je pun. pejam celik bertanding lagi. paling mustahak pembangunan sukan, bukan buta jawatan. aku ni tak le pandai tapi aku pun rakyat yang nak tengok kejayaan sukan di olimpik jugak... ok selamat bertugas kepada semua!
p/s.. siapa ye CDM malaysia ke olimpik?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
your comments is valuable..