haaa
esok nak raya... so episod aku pun nak tamat hari ni... macam sinetron tv malaysia la kan...
ok entry yang terakhir pasal rinjani - REWARD. kenapa? aku anggap sebaik kau turun dari gunung rinjani, harus ada sesuatu yang menggembirakan baki hari kau atau yang menyantaikan kepala kau. walaupun bentuk yang ala kadar orang kata. so ini lah yang kami buat.. ambik cuti lama skit, supaya masa tu tak terisi dengan mendaki semata-mata, tetapi juga turut disertai episod-apisod santai.
1. TIU KELEP & SENDENG GILA
ni nama air terjun. kat lombok ada lebih 1500 air terjun. ni antara yang popular. kebetulan tempat dia dekat je penginapan kami yang kami turun dari senaru tu. memang tempat dia kat senaru pun. nak ke tempatnya aku ingat masuk-masuk trus sampai, rupanya kene turun bukit naik bukit gak. hhmmm, tak pe lah layankan je.
tiu kelep mula-mula kami jumpa. air terjun nampak macam besar. tak lama disitu, lepas tu ke sendeng gila. aku ingat apa, dah le jauh ke dalam kene tracking. sekali sampai tu dia besar gila air terjun. siap kolam besar. cumanya aku difahamkan sendeng gila jangan buat gila. dah ada yang arwah kene telan pusaran. so bebaik je ke tepi sudah.
tiu kelep
route ke sendeng gila
sendeng gila. jangan buat gila kat sini...
2. GILI TRAWANGAN
kami di air terjun x lama. dalam 2 / 3 jam gitu. tengahari siap-siap ke lokasi seterusnya iaitu gili trawangan.
pulau ni kira paling popular di lombok. kat lombok byk pulau. tapi trawangan adalah paling popular sekali. orang asing ramai. kat sini tiada kenderaan petrol. ada kereta kuda dengan basikal je. memang layan. kami sampai lepas jam 1 kalo x silap. rehat-rehat, petang tu ambik basikal, kayuh ke kawasan buaian, tempat ambik gambar popular kat trawangan. sini byk buaian. pilih je.
kami di trawangan semalam je. kira sampai petang, pagi esoknya nak kene gerak ke tempat lain pulak. tapi tempat ni memang rilek. rasa nak datang lagi next time..
jeti ke trawangan
petang di gili trawangan
layan makan di pasar malam
next morning - pulang
3. SEKITAR LOMBOK
sebaik di pulau besar lombok, kami ke sekitar, kira singgah2 otw ke mataram, pekan utama lombok. ada la tempat-tempat tinjauan, tengok pantai dsbnya. tapi memang aku rasa pulau ni cantik. air jernih. karang batu sangat dara.
abis singgah menyinggah, ke mataram. tempat menginap utk last day. petang tu, beli la dulu souvenir mana boleh.
pemandangan dari tempat tinjau di atas bukit
villa hantu. x de hantu pun. saja letak nama. difahamkan ia villa separuh siap. kerana lama terbengkalai, penduduk jadikan sbg look out point juga.
kalau tak silap. ni senggigi. antara tempat tumpuan di lombok juga
pekan mataram. tiada yg istimewa. biasa je.
malam last layan ayam taliwang = ayam remaja
sebelum balik dan tido, singgah rumah juan, agen kami. dia patah tangan. so x boleh byk bergerak. pasang org je uruskan kami. servis sangat tip top. orangnya tak berkira. lebih kurang je asalkan kita pun lebih kurang dengan dia. layanan sangat baik. pendek kata aku bagi 5A kat juan. memang bagus. recommended. siap boleh lepak lagi. so aku rekemen dia. dari A sampai Z dia boleh urus semua untuk korang. dan sangat profesional. motto dia mudah je. lambat tak pe janji sampai puncak... hehehe...
juan yg duduk tangan berbalut.
next day, kami pun gerak balik. so aku rasa ini lah episod terakhir perjalanan kami. kesimpulannya kami sangat puas hati. rasa macam nak datang lagi. tapi rugi pulak. baik pergi tawan gunung lain pulak ye tak. bagi aku lombok memang sangat tenang, sangat enjoy, sangat sesuai untuk relax. tabik untuk juan atas servis yang sangat bagus untuk kami.
sekian TAMAT...
No comments:
Post a Comment
your comments is valuable..