Friday, October 30, 2009
I'm Inside Todays Malay Mail page 40
Thanks for mr kamaruzaman for this column... even its just a small one but still make me proud of myself... mr kamazuzaman can be reach at malputeh@yahoo.com.
Thursday, October 29, 2009
DUKE Ride 28/10/09
Wednesday, October 28, 2009
ECC Malacca Nite Jamboree 09
Salam... sabtu baru ni saya berkesempatan menyertai kayuhan malam di air keroh melaka. sepatutnya saya tak boleh ride sebab tangan kiri belum full recovered. tapi dek kerana gian tambahan lagi saya dah register lebih sebulan lepas maka saya gagahkan diri gak kayuh.
dengan bantuan pvc tape yang dibeli dengan harga seringgit (beli 3 buat standby), saya ikat pergelangan tangan saya sementara siku dibantu oleh elbow tension. masalah yang saya hadapi sekarang bukan sebab otot lagi tetapi urat di tangan kiri macam tak betul pulak. kejap pusing kiri sakit kejap pusing kanan sakit, kejap x sakit, kejap siku boleh lurus kejap bila lurus sakit urat kat ibu jari. macam2...
ok la back to story... saya bertolak dari kl kira2 pukul 9 pagi bersama wife dan anak bongsu. dipendekkan cerita berhenti rehat di air keroh. sebab belum makan pagi lagi. lebih kurang kul 12.30 sampai dataran air keroh lokasi kejadian.
oleh kerana masa saya nak register tu dia kata t-shirt belum sampai so saya ambik keputusan cari bilik. memang masih ada kosong di d'village sebelah je. senang sangat wife saya nak gerak.
pukul 2 lebih baru ambik semua goodies serta register.
di pendekkan cerita lagi saya bertemu dengan rakan2 rider dari kl seperti hirman geng kayuh duke, geng2 PUJMAC, yat dan shahrul, GENGGEREK serta haris bc kelolo and the gang. bro haris ni dalam pada tu sempat mencari pendapatan sampingan dengan jual lampu dan blinker. memang laku. yang ni je yang saya kenal buat masa ni.
malam tu saya join genggerek seperti yang dijanjikan semasa berfb dan berchatting dengan cikgu zaidi sebelum hari kejadian. 4 orang termasuk saya. yang lain cikgu zaidi, redz dan syed.
mula kayuhan saya berdua dengan cikgu zaidi di depan manakala redz dan syed dibelakang tapi saya hanya mampu ikut cikgu zaidi sampai CP1 je. lepas tu saya tertinggal sebab kaki banyak kali cramp. last2 saya terjoin redz dan syed. geng2 ni memang kayuh rilek je. asalkan sampai dan complete the race. dan bertuah juga saya ikut diorg sebab syed ada spray utk cramp(tah apa nama tah)...
dan akhirnya kami complete the race walaupun among the last sebelum cut off time. rasanya nombor 4++ kot daripada lebih 700 riders. memang enjoy sekali. dan ia adalah jamboree nite pertama kali seumpamanya... tahniah organizers...
kronologi-
haris bc kelolo dengan lampu2nya
satu family kayuh
setting up basikal
my beloved merida
hirman dan epic merahnya
nice number bro... '1001'
yat
standby already
semua dah ready...
Seminar Pengurusan Sukan Peringkat Kebangsaan
ok lah... terlebih dahulu saya ingin melakar sejuta penghargaan buat persatuan penulis2 sukan malaysia SAM kerana memberi peluang untuk saya sama2 menghadiri seminar berkaitan pengurusan sukan ini yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara MSN. 6 ahli sam termasuk saya dipilih. yang lain2 adalah dari jabatan2 sukan di universiti2, persatuan2 sukan dan mereka2 yang mempunyai hubungkait dengan sukan.
amatlah bermanfaat seminar ini kerana sedikit sebanyak kita dapat maklumat mengenai cara mengurus sukan dengan baik termasuk penyediaan prasarana, mengurus atlet, hubungan dengan media2 sukan dan lain2 lagi.
saya juga berkesempatan bertemu dengan orang2 kuat sukan selain rakan2 dari persatuan sukan yang sering berhubung rapat dengan pihak media. juga turut dapat mengenali lain2 peserta dari bermacam2 persatuan sukan.
lebih 300 peserta dari seluruh negara menyertai seminar yang julung2 kali diadakan ini. diharap pada tahun hadapan ia dapat diteruskan dengan input2 yang lebih menarik lagi...
cuma kalau boleh biarlah ianya di bandar2 besar dan bukan di atas bukit di awana genting. cukuplah sekali ini. sebab saya lihat banyak peserta mati langkah. tak ada arah tuju. tapi dari sudut lain bagus jugak sebab setidak2nya tumpuan lebih dapat diberikan daripada merayau tak tentu hala... ekekek
gambar2 boleh ditonton di SINI dan di SINI
celcom of celcom
masalahnya kenapa kat rumah saya lina problem??? konpius betul... dimana2 saya pergi kalau connect mesti tip top termasuk lah di pantai barat sabah. kampung mertua di bongawan, terengganu, di hujung2 di sungai rengit, kota tinggi dan banyak lagi. tapi rumah saya yang terletak di tengah2 kotaraya kuala lumpur yang hanya 5 minit berkereta ke klcc mengalami masalah penyambungan talian.
mentang2lah saya tinggal di rumah tinggi2... bersebelahan dengan jalan u-thant... agaknya sebab tu line problem... U-THANT dengan 'HUTAN' bunyinya kan tak jauh...
so kalau2 orang celcom terbaca cerita ni tolong2lah ye... rumah saya kuarters kerajaan jalan u-thant... blok sebelah belakang...
cis!!!
Wednesday, October 21, 2009
Job Opportunities
(EMAIL DITERIMA DARI EN NUR EKMAL BUHARY, PENGERUSI PROMOSI DAN PENAJAAN MASUM)
TAWARAN SEBAGAI JURULATIH SAMBILAN PASUKAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
PUSAT SUKAN Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ) ingin mempelawa calon-calon yang berkelayakan, berpengalaman dan komitet untuk memohon jawatan sebagai Jurulatih Sambilan Sukan / permainan berikut :
Futsal
Bola Sepak
Tenpin Boling, Silat Olahraga /Seni, Memanah, Trek & Olahraga, Kayak
Karate Do
Tawaran ini dibuka bagi memenuhi keperluan Program Pembangunan Sukan USIM yang akan meliputi program persediaan atlet pelajar yang menyertai kejohanan anjuran Majlis Sukan Universiti Malaysia ( MASUM ), Program Persediaan Atlet Staff USIM melalui Majlis Sukan Kakitangan USIM.Calon yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan menerusi talian dan alamat seperti berikut :
Pejabat Am
PUSAT SUKAN
d/a BANGUNAN KOMPLEKS HAL EHWAL PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
BANDAR BARU NILAI
71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN
Tel : 06-798 6134 / 33/ 32 / 31
Fax : 06-798 6124 / 6154
Borang Permohonan boleh diperolehi melalui : http://infosukan.usim.edu.my
Atau pertanyaan melalui emai : info.pusatsukan@usim.edu.my
SEBAR2KAN!
KEJOHANAN HOKI DEWAN 6s - UPSI KE 4.
KEJOHANAN HOKI DEWAN 6s UPSI KE 4 YANG AKAN BERLANSUNG PADA 23 HINGGA 25 OKTOBER 2009 AKAN DISERTAI OLEH 66 PASUKAN. KEJOHANAN TAHUNAN INI DIPERTANDINGKAN DALAM KAMPUS SULTAN ABDUL JALIL SHAH, TANJONG MALIM.
PADA MESYUARAT TEKNIKAL YANG DIPENGERUSIKAN OLEH EN. M. KULASINGAM, WAKIL PERSATUAN HOKI NEGERI PERAK, PADA 19 OKTOBER 2009 (ISNIN), SEBANYAK 66 PASUKAN TELAH MENGHANTAR BORANG PENYERTAAN KEPADA URUSETIA. 4 BUAH PASUKAN DARI NEGARA JIRAN TURUT MENGAMBIL BAHAGIAN. BILANGAN PERYERTAAN PADA TAHUN INI SEKADAR LEBIH SIKIT DARIPADA TAHUN LEPAS.
KEJOHANAN INI DIBAHAGIKAN KEPADA 5 KATEGORI, IAITU TERBUKA LELAKI (17 PASUKAN), IPT LELAKI (15 PASUKAN), IPT WANITA (15 PASUKAN), BAWAH 16 TAHUN LELAKI (12 PASUKAN) DAN BAWAH 16 TAHUN WANITA (7 PASUKAN).
SEPANJANG PERTANDINGAN, PASUKAN YANG BERTANDING TIDAK PERLU MEMBAWA KAYU HOKI. PENGANJUR TELAH MENYEDIAKAN KAYU HOKI YANG DIGUNAKAN UNTUK PERTANDINGAN. HANYA KELENGKAPAN UNTUK PENJAGA GOL SAHAJA YANG PERLU DIBAWA.
ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA PERMAINAN HOKI DEWAN MASIH BARU DALAM NEGARA. JUSTERU UPSI MENGANJURKAN KEJOHANAN INI ADALAH UNTUK MENYOKONG DAN MEMBANTUKAN MEMBANGUNKAN SUKAN UNTUK MASYARAKAT SETEMPAT.
ORANG RAMAI DIUNDANG UNTUK MENYAKSIKAN KEJOHANAN INI. MELIHAT KEPADA SAMBUTAN PEYERTAAN YANG SANGAT POSITIF PADA TAHUN INI, PENGANJUR BERHASRAT UNTUK MEMPERTANDINGKAN KATEGORI BAWAH 12 TAHUN (LELAKI DAN WANITA) PADA TAHUN HADAPAN.
AHMAD HJ OMAR.
UPSI (20/10/09).
TEL: 019 – 2436169.
Email : ahmadomar@upsi.edu.my
Cuti Umum 31 ogos dan 16 September
mengikut kepada pengumuman itu dimana 31 ogos merupakan hari malaya mencapai kemerdekaan dimana tarikh ini akan diisi dengan acara-acara seperti perarakan dan sebagainya sementara tarikh 16 september yang merupakan tarikh penubuhan negara malaysia dengan kemasukan sabah dan sarawak akan diisi dengan acara2 bersifat perpaduan kaum.
nampaknya segala pengorbanan dan keluhan2 orang seberang sana berbaloi apabila dihadiahkan hari cuti umum. secara tidak langsung ia sebagai pengiktirafan kerajaan persekutuan tentang 'perjuangan orang sabah dan sarawak' yang turut dilakukan demi memastikan kemajuan negara malaysia dan pengukuhan pentadbiran kerajaan yang memerintah sekarang ini.
posting mengenai tarikh ini telah pun saya buat pada 17 september baru2 ini dan ia boleh dibaca di -SINI- dan -SINI-
apa2 pun saya sebagai orang kuala lumpur yang beristerikan orang sabah sangat2 mengucapkan terima kasih atas segala jasa yang dicurahkan oleh orang2 sabah sarawak untuk negara.
Syabas diucapkan!
Model Studio Shoot
Friday, October 9, 2009
Cheese Tart Arid
masa tu pun kecil-kecilan. mula mengambil order sikit2. lama-kelamaan makin banyak. akhirnya berpindah ke sebuah bekas kedai makan kepunyaan mertua adik saya. dan yang paling ketara pada menjelang raya 2009 apabila tak menang tangan dibuatnya.
cerita pasal diorg boleh dibaca dekat sini- KOSMO 7 oktober edisi GENK.