Isnin lalu dalam sidang dewan rakyat perdana menteri datuk seri najib tun razak telah mengisytiharkan 31 ogos dan 16 september sebagai cuti umum. kita sedia maklum cuti umum pada 31 ogos setiap tahun manakala pengumuman 16 september sebagai cuti umum tahunan mulai tahun depan sudah tentu menggembirakan semua rakyat terutama rakyat sabah dan sarawak yang sekian lama menantikan pengumuman sebegini.
mengikut kepada pengumuman itu dimana 31 ogos merupakan hari malaya mencapai kemerdekaan dimana tarikh ini akan diisi dengan acara-acara seperti perarakan dan sebagainya sementara tarikh 16 september yang merupakan tarikh penubuhan negara malaysia dengan kemasukan sabah dan sarawak akan diisi dengan acara2 bersifat perpaduan kaum.
nampaknya segala pengorbanan dan keluhan2 orang seberang sana berbaloi apabila dihadiahkan hari cuti umum. secara tidak langsung ia sebagai pengiktirafan kerajaan persekutuan tentang 'perjuangan orang sabah dan sarawak' yang turut dilakukan demi memastikan kemajuan negara malaysia dan pengukuhan pentadbiran kerajaan yang memerintah sekarang ini.
posting mengenai tarikh ini telah pun saya buat pada 17 september baru2 ini dan ia boleh dibaca di -SINI- dan -SINI-
apa2 pun saya sebagai orang kuala lumpur yang beristerikan orang sabah sangat2 mengucapkan terima kasih atas segala jasa yang dicurahkan oleh orang2 sabah sarawak untuk negara.
Syabas diucapkan!
No comments:
Post a Comment
your comments is valuable..