Wednesday, July 28, 2010

BYE BYE MARADONA


legenda argentina diego maradona akhirnya menamatkan kariernya sebagai jurulatih kebangsaan negaranya, mengakhiri pencapaian tidak menentu selama 21 bulan dan kemuncaknya apabila mengalami kekalahan memalukan di piala dunia baru-baru ini.

keputusan dicapai sebulat suara jawatankuasa eksekutif persatuan bolasepak argentina AFA yang tidak akan menyambung kontrak maradona.

maradona menjadi jurulatih argentina pada november 2008 menggantikan alfio basile. dia yang berusia 49 tahun sangat kurang pengalaman dalam pengurusan.



dibawah kendalian maradona, pasukan yang menjuarai piala dunia dua kali itu mengalami dua kekalahan yang mengaibkan, kalah 6-1 kepada bolivia dalam kelayakan piala dunia dan tewas 4-0 kepada jerman dalam suku akhir piala dunia yang mendedahkan kelemahan pertahanan dan bahagian tengah yang lembab.

menurut sumber maradona hanya akan menerima tawaran 4 tahun bagi persediaan ke piala dunia brazil 2014 jika dia dibenarkan mengekalkan orang bawahannya dan ia tidak dipersetujui presiden AFA julio grondona yang mahukan beberapa pertukaran pembantu. antaranya rakan baik maradona alejandro mancuso.

keputusan tidak memperbaharui kontrak maradona mungkin agak mendukacitakan tetapi ianya tidak ada cara lain bagi memenuhi aspirasi AFA demi kemajuan bolasepak argentina.

AFA memaklumkan buat masa ini pengurus pasukan remaja sergio batista akan menjalankan tugas jurulatih menjelang perlawanan persahabatan menentang republik ireland 11 ogos ini di dublin dan ia belum pasti siapa yang akan menjadi jurulatih apabila argentina menerima kunjungan juara piala dunia sepanyol pada satu lagi perlawanan persahabatan di beunos aires 7 september nanti.

maradona pernah mengejutkan dunia bolasepak apabila salah satu golnya pada perlawanan akhir piala dunia 1986 di gelar 'hand of god' apabila menggunakan tangan. argentina menjuarai piala dunia tahun itu. maradona juga merupakan antara pemain terbaik pada zamannya sehingga di gelar lagenda bolasepak.

Tuesday, July 27, 2010

PERANG PSIKOLOGI DAN EMOSI


tinggal lagi 3 hari sebelum berlangsungnya kongress FAM yang akan di adakan di shah alam. dan dalam tempoh menunggu hari sabtu ni dah bermacam-macam kenyataan keluar baik dalam media cetak mahupun elektronik. tak kira la kenyataan itu mahu di keluarkan sendiri oleh yang empunya badan atau yang dicari-cari oleh si pembuat berita.

tapi sedar atau tidak dalam pada 'ketidaksengajaan' setiap berita itu dikeluarkan, memberi publisiti kepada calon-calon yang diceritakan. kalau banyak cerita mengenai calon itu, banyaklah orang akan menumpukan padanya. kalau x de cerita atau keluar sekali je, maka tak de la tumpuan sebab orang pun tak tahu malahan ada di antaranya langsung x kenal.

calon yang mendapat liputan ini walaupun sekali, secara tidak langsung mula mengeluarkan 'manifesto' mereka secara lisan. macam2 ayat dah kita dengar dari mulut calon-calon yang diberi publisiti oleh media ini. ada yang kata itu dan ini. ada pula yang cuba mewujudkan gandingan-gandingan tertentu yang mereka fikirkan boleh memberi khidmat untuk bolasepak.

tapi kalau dilihat dari sudut psikologi atau logik akal (walaupun saya x belajar psikologi), ia memberi kredit kepada mereka yang di beri liputan ini. secara tidak langsung membuka ruang mereka untuk 'berkempen'. walaupun tak mengaku atau tidak mahu tapi itulah hakikatnya. manakala bagi pihak yang tidak diberi liputan ini sedikit sebanyak mengganggu emosi lantaran mereka tidak ada platform untuk menjual manifesto mereka.

yang penting sekarang ini bukan populariti semata-mata tetapi matlamat mereka terhadap kemajuan bolasepak negara. jangan hanya pandai menabur kata tetapi tidak dilaksana. tak kira sapa juga yang memegang jawatan itu niatnya kena la tulus. rakyat malaysia khususnya peminat bolasepak hanya mampu menanti apa yang akan dilakukan selepas berakhirnya kongres sabtu ini.

jangan sampai jadi seperti drama swasta melayu - jalan cerita berubah tetapi penamat tetap sama...
All the best to all of you!

Sunday, July 25, 2010

SABAH KE LIGA SUPER

akhirnya jumaat lalu terjawab sudah satu lagi slot ke liga super setelah sabah berjaya menewaskan pos malaysia dengan 1-0 manakala pkns brputih mata apabila tewas kepada harimau muda 2-1.

penantian sabah selama 3 musim untuk naik ke liga super dibayar musim ini dengan persembahan konsisten pemain walaupun agak tidak menentu ketika berada di awal musim.

pkns pula terpaksa tunggu musim depan untuk cuba sekali lagi. namun pujian juga harus diberikan kepada barisan pemain abd rahman ibrahim yang turut memberikan saingan menarik dalam liga sehingga mampu bersaing untuk berebut piala liga dengan felda united. cuma felda agak bertuah kerana berkelebihan mata dari pkns.

apa pun tahniah sabah. semoga tahun depan kalian mampu untuk memberi persaingan lebih hebat dalam liga super.

Tuesday, July 20, 2010

SAM MEDAN UNTUK BERPOLITIK KE?

tergelak saya bila dipikirkan balik. ada ke patut disuruhnya menggunakan platform SAM untuk berkempen.

kisah di ceritakan seorang kawan. ye la ramai kita tau ada persatuan sukan besar kat malaysia ni akan buat kongress hujung bulan ni bagi memilih majlis baru untuk next term.

dipendekkan cerita berlaku la situasi telefon menelefon yang kawan saya je tau apa sebabnya. yang ditelefonnya tu salah seorang calon yang akan bertanding. kebetulan calon ni tau la kawan saya ni ada hubungkait dengan SAM. pas tu disuruhnya tolong kempen untuk dia.

SAM ni parti politik ke? berapa gaji ahli2 majlis SAM setiap bulan? berapa banyak elaun kitorang dapat? adehhh.....

ni nak diceritakan tujuan utama penubuhan SAM seperti yang termaktub dalam perlembagaan persatuan peraturan 4:

a) untuk menyatukan semua penulis sukan, pengulas sukan, penerbit sukan radio & tv, jurufoto sukan serta individu yang memiliki tugas berkaitan dengan pemberitaan berita-berita sukan di malaysia dan memastikan ahli mendapat kemudahan yang terbaik sewaktu menjalankan tugas di seluruh negara.


b) untuk mempertahankan segala kepentingan moral profesional setiap ahli.

c) untuk bekerjasama serta memperbaiki lagi hubungan di antara ahli dengan pertubuhan-pertubuhan sukan peringkat negeri, kebangsaan dan pihak kerajaan.


d) untuk menganjurkan kursus-kursus berupa latihan dan seminar bagi faedah ahli pada bila-bila masa yang bersesuaian.


selain dari yang di atas ni antara lainnya adalah merapatkan hubungan silaturrahim sesama pengamal media sukan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan tidak kira aktiviti berupa sukan, kemasyarakatan mahupun sosial sesama ahli.

jadi rasanya dah paham la kot tujuannya. kita tidak mahu SAM dijadikan tempat berpolitik seperti yang berlaku kepada banyak pertubuhan sukan yang akhirnya atlet menjadi mangsa. walaupun SAM x de atlet tapi amat memalukan sekiranya SAM menjadi satu persatuan yang menjadi bahan tawa persatuan sukan walhal ahlinya terdiri dari pengamal2 media sukan yang kadangkalanya ada menceritakan perihal gosip dan kontroversi orang lain. ibarat paku dulang paku serpih.... setakat ini SAM berjaya dipertahankan dari anasir2 yang tidak dibenarkan walaupun tempoh hari ada berlaku sedikit kegelinciran namun berjaya diatasi dengan cara berhemah oleh ahli-ahlinya.

kita cuma mahu SAM dihormati dan menjadi bahan rujuk untuk memajukan lagi sukan di malaysia kerana rasanya ahli2nya lebih tahu perihal sukan di malaysia sehingga ada yang sanggup mengkaji atau dengan bahasa mudah 'follow up' setiap apa yang berlaku. bukannya dijadikan pusat berkempen atau platform untuk meraih undi...

harap datuk paham la ye...

Sunday, July 18, 2010

MENANTI KEPIMPINAN BARU FAM

31 julai ini kita akan dapat menyaksikan kepimpinan baru persatuan bolasepak malaysia FAM bagi penggal 2010-2015. cuma pertandingan kali ini bakal melihat ramai tokoh mencuba nasib berebut kerusi-kerusi hangat persatuan bola sepak utama di malaysia itu.

seperti biasa bagi jawatan presiden Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah kekal memegang jawatan tanpa mahu di cabar oleh sesiapa. jawatan lain contohnya timbalan presiden, 6 calon cuba mempertaruhkan nasib berebut 2 kerusi penting itu. yang pasti khairy jamaluddin tidak akan mempertahankan jawatan timbalan presiden yang dipegang sebelum ini. mungkin terlalu sibuk dengan dunia politiknya atau mungkin juga tidak mampu untuk memberikan khidmat kepada bolasepak.

nampaknya kali ini begitu ramai nak membuktikan kehebatan mereka. tak macam dulu. mungkin sebab track record yang dah mereka ada sebelum ni. sebagai contoh Tengku Abdullah yang 'berehat seketika' dari bolasepak membuat comeback setelah yakin persatuan hoki yang dipimpinnya mampu untuk dilepaskan berdikari. kalau dilihat atas kertas, tengku abdullah rasanya tak ada masalah nak dapatkan kertas undi.

cuma datuk redzuan sheikh ahmad yang dah lama memegang jawatan timbalan presiden mungkin terpaksa berhadapan dengan cabaran sengit dari mereka2 yang mempunyai reputasi dan pengaruh yang besar. selain itu juga populariti pancabarnya mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi proses pengundian nanti.

bagi jawatan naib presiden pula hanya dato' afandi hamzah yang akan mempertahankan jawatannya. dato' che mat jusoh pula akan mencuba nasib bertanding jawatan timbalan presiden. dua lagi penyandang tidak bertanding. selain itu dato raja ahmad zainudin kembali bertanding setelah tewas dalam pemilihan sebelum ini.

kongress FAM akan bersidang di gelnmarie, shah alam.

SENARAI CALON2 YANG BERTANDING-

PRESIDEN
Sultan Ahmad Shah - menang tanpa bertanding

TIMBALAN PRESIDEN (2 kerusi)
1. Tengku Abdullah Sultan ahmad Shah
2. Dato' Sri Redzuan Sheikh Ahmad
3. Dato' Che Mat Jusoh
4. Tan Sri Anuar Musa
5. Dato' Seri Shahidan Kassim
6. Dato' Mokhtar Ahmad

NAIB PRESIDEN (4 kerusi)
1. Dato' Afandi Hamzah
2. Dato' Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar
3. Dato' S. Subramaniam
4. Dato' Hamidin Mohd Amin
5. Dato' Seri Zahrain Hashim
6. Dato' Seri Abdullah Hishan Mohd Hashim
7. Dato' Subahan Kamal
8. Dato' Lawrence Gimbang

AHLI EKSEKUTIF (8 kerusi)
1. Tan Sri Mohd Noor Abdul Rahim
2. Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Rahman
3. Dr Hamdan Mohamed Khalib
4. DAto' Takiyuddin Hassan
5. Dato' Jeferey Low Han Chau
6. Dato' Astaman Abdul Aziz
7. Dato' Ibrahim Shamsuddin
8. Dato' Osman Salleh
9. Dato' Soh Chin Ann
10. Rosmadi Ismail
11. Mej Rani Abdul Rahim
12. Wan Mohd Nizam Wan Omar
13. S. Sivasundram

Friday, July 16, 2010

SATU GOL SUDAH MEMADAI

saingan perebutan takhta liga premier tamat malam ini dengan Felda utd menjulang piala edisi 2010 setelah menewaskan Harimau Muda.

pesaing terdekat PKNS dan Sabah berkenduri gol malam ini. PKNS menewaskan Shahzan Muda 8-0 manakala Sabah menundukkan Melaka 8-2. tapi itu semua tidak memadai untuk pasukan ini menyekat kemenangan berharga felda utd apabila satu gol sahaja menerusi tendangan penalti sudah cukup untuk membolehkan mereka menjadi juara musim ini selain bakal 'naik pangkat' apabila bersaing dalam liga super musim depan.

semuanya gara-gara kesilapan amir saidin yang tak sengaja atau sengaja 'handball'. dan peluang diambil oleh munir amran untuk memberikan gol emas buat felda utd.

PKNS dan Sabah kini hanya bersaing untuk berebut satu lagi slot ke liga super musim depan. kedua-duanya kini mengumpul mata sama dengan masing-masing perlu mencari kemenangan terakhir bagi membolehkan mereka turut bersaing dalam liga gred A itu.

kepada felda utd tahniah diucapkan. semoga pasukan berpengkalan di ibu kota ini terus menempa kejayaan masa akan datang. nampaknya mereka perlu berbelanja lebih lepas ni untuk mendapatkan pemain-pemain handalan. jangan jadi seperti beberapa kelab sebelum ini yang akhirnya terpaksa menggantung but atau gulung tikar akibat kekurangan dana untuk menampung perbelanjaan kelab...

Thursday, July 15, 2010

KISAH SEBUAH KAMPUNG

(diceritakan semula oleh sang penglipurlara)

alkisah ter'develope' lah sebuah kampung yang diteroka oleh sekumpulan manusia yang berada dalam satu kapal. kampung dibangunkan untuk memastikan setiap penduduk yang menerokanya mendapat manfaat selain diambil tahu masalah2 yang dihadapi mereka. walaupun sebesar hama setidak2nya kehadiran penduduk kampung itu disedari kampung2 yang lain...

setelah berpuluh2 tahun ia ditubuhkan kampung ini semakin dikenali di seantero negara dan seluruh jajahan yang berkaitan dengannya... sehingga pemerintah-pemerintah dan pedagang-pedagang memberi sumber untuk membolehkan kampung ini terus di 'develope'kan...

namun pada satu ketika kampung ini semakin lenyap dari sebutan manusia akibat dari kekurangan sumber selain dari ramai penduduk telah mula berpindah ke penempatan lain yang mungkin memberi lebih banyak manfaat kepada mereka. tidak kurang juga disebabkan oleh kurang publisiti dari wayang2 pacak mengenai aktiviti kampung ini sehinggakan penduduk kampung sendiri tidak mengetahui sekiranya ada kenduri kahwin, doa selamat mahupun majlis cukur jambul. begitulah jadinya sehingga tiada pedagang yang sudi menyinggah memberi sebarang bekalan atau sumber.. dan diceritakan lagi beberapa punca lain yang hanya penduduk kampung tahu sebab musababnya...

setelah dipendekkan cerita tiba satu ketika berlangsungnya pemilihan ketua kampung dan tok2 sidang baru. seorang penduduk dari salah sebuah lorong di kampung itu cuba untuk menandingi kerusi ketua kampung itu. seolah telah mengetahui penduduk itu mempunyai pengaruh besar penduduk lain serta ilmu persilatan yang boleh dikatakan tinggi, ketua kampung tersebut mengundur diri bagi memberi laluan ketua kampung yang baru menjaga kampung yang harmoni itu... begitulah juga tok2 sidang serta ketua-ketua lorong yang lain yang ada diantaranya berjaya mempertahankan rumah mereka daripada diambik oleh penduduk lain selain ada yang berjaya pindah ke rumah baru dan lebih besar...

namun JKKK baru hanya dapat melaksanakan kerja-kerja membaikpulih kampung selama beberapa purnama sahaja akibat dari kelekaan JKKK lama... tetapi JKKK baru tetap menjalankan tugas mereka sehingga kembali mendapat kepercayaan penduduk kampung dan juga pedagang-pedagang yang kembali singgah untuk membantu penduduk kampung... termasuk peranan wayang-wayang pacak dan kumpulan2 dikir yang kembali mengalunkan irama mengenai kampung itu sehingga kembali disebut-sebut kampung bersebelahan..

dipendekkan cerita lagi kampung tersebut terpaksa membuat kembali pemilihan setelah tempoh mentadbir tamat seperti yang dikehendaki oleh pemerintah...

dan sebagai menghormati ilmu persilatan dan jasa ketua kampung yang baru itu, dia berjaya mempertahankan rumahnya untuk menjadi ketua kampung untuk sepenggal lagi tanpa dicabar oleh penduduk2 kampung lain termasuklah tok2 sidang dan ketua2 lorong...

tetapi nak dijadikan cerita beberapa ketua lorong dan tok sidang telah membuat sedikit kesilapan untuk bertanding kerana berlakunya pertandingan untuk merebut rumah tok sidang paling kanan dan ketua2 lorong.

seorang bekas tok empat yang cuba berebut jawatan tok sidang paling kanan mengambil kesempatan dengan melakukan beberapa tipu muslihat termasuklah yang membabitkan undang-undang penubuhan kampung. manakala ketua-ketua lorong terselamat kerana tidak terbabit dalam perebutan rumah tok sidang kanan. sebagai mencari jalan semangat berkampung semua JKKK bersetuju supaya dibenarkan juga orang itu bertanding kerana memikirkan juga jasanya sebagai tok sidang ketiga sebelum ini. tetapi masih tidak bersetuju di tok empat dengan mengeluarkan segala fakta2 berkaitan... akhirnya perkara itu diserahkan kepada penduduk kampung keseluruhannya untuk membuat keputusan...

pada hari kejadian seluruh penduduk kampung akhirnya menerima pertandingan. dan yang kelakarnya tok empat yang seperti telah mengetahui keputusan itu bersedia lebih awal dengan memorandum seolah-olah mahu menggadaikan kampung tersebut. kerana dia sedia maklum bakal ditewaskan oleh pesaingnya... dan seperti dijangka rumah tok sidang kanan akhirnya menjadi milik tok sidang ketiga sebelum ini.

cuma yang tidak seronoknya tok empat yang kembali tinggal di rumah biasa mengumumkan untuk berpindah dengan membawa segala keburukan ciptaan sendiri ke pihak-pihak pemerintah dan juga pedagang-pedagang... walhal tok empat tidak menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin semasa tinggal di rumah tok empat. penduduk juga tidaklah mengatakan bersetuju dengan semua memorandum tok empat itu.

kepada tok empat cuba fikir kembali sejak tok empat duduk di rumah JKKK sebelum ini... setidak-tidaknya ketua-ketua lorong dan tok sidang yang tak pandai cari pedagang tu ada juga bersusah payah ke sana ke mari memastikan kenduri kawin dan cukur jambul berjalan lancar.

dan kepada JKKK baru x kira yang kekal di rumah atau berpindah rumah... inilah masanya untuk tunjuk kepada tok empat yang kata-katanya nista belaka... mungkin ada hikmah kepada kampung agar ianya terus akan dikenali dan dihormati kampung-kampung bersebelahan serta pemerintah-pemerintah dan juga pedagang-pedagang...

sekian...

Wednesday, July 14, 2010

AZRAAI LETAK JAWATAN

teka teki status pengendali harimau muda a akhirnya terjawab apabila setiausaha agung FAM datuk azuddin ahmad mengesahkan menerima surat perletakan azraai khor petang hari ini.

azraai yang membimbing pasukan harimau muda A kurang 6 bulan dilantik mengisi jawatan tersebut menggantikan k.rajagobal yang dilantik sebagai jurulatih kebangsaan.

namun walaupun azraai meletak jawatan hakikatnya dia telah digantung oleh jawatankuasa teknikal FAM atas 'persembahannya' ketika membawa skuad bawah 21 tahun harimau muda ke slovakia.

bagai telah mengetahui nasib yang menimpanya azraai mengambil jalan selamat dengan memberi surat perletakan jawatan. mungkin sebab tidak mahu menanggung malu atau merasakan bertanggungjawab atas apa yang terjadi semasa membawa anak2 buah berguru di sana.

kita pun tidak jelas apa yang berlaku semasa di slovakia. kalau tahu pun buat2 lah tak tahu demi kebaikan bolasepak negara. yang tahu hanya azraai dan anak-anak buahnya. tak perlu kita nak merosakkan lagi situasi ni... dah la dari dulu silih berganti... bertukar sana sini... yang jadi mangsa pemain itu sendiri. tapi keputusan ini mungkin yang terbaik oleh FAM demi memastikan martabat bolasepak negara dipelihara.

setakat ini jurulatih harimau muda B ong kim swee bakal mengambil alih tugas azraai bagi meneruskan perancangan FAM untuk harimau muda A.

nampaknya badi abd rahman ibrahim, norizan bakar dan b.sathianathan melekat kat azraai khor cuma mungkin kes yang sedikit berbeza...

gud luck buat azraai walau dimana saja anda pergi selepas ini kerana kita sedia maklum jasa azraai kepada bolasepak sungguh besar terutama buat skuad kenari dan mungkin kehebatan azraai akan lebih terserlah sekiranya mengemudi skuad bolasepak negeri seperti b.sathianathan.
mungkin selepas ini azraai boleh kembali ke utara berganding bahu dengan ahmad yusof membawa kembali kegemilangan skuad kenari seperti yang pernah dilakukannya satu ketika dulu...
keratan akhbar kosmo 12 julai 2010 (klik pada gambar untuk lihat lebih jelas)



BARISAN KEPIMPINAN BARU SAM 2010-2012

baru-baru ini (11 julai 2010) berlangsung BGM persatuan penulis-penulis sukan malaysia SAM bagi pemilihan ahli-ahli majlis baru untuk sesi 2010-2012. dirasmikan oleh ketua pengarah MSN dato' dzolkeples embong ianya berlangsung dengan lancar walaupun berlaku sedikit insiden yang mungkin memberi kesan kepada ahli-ahli majlis yang baru dilantik dan juga ahli2 SAM sendiri yang bagi saya mungkin ada baiknya walaupun ada buruknya... senarai kepimpinan baru SAM seperti berikut.

PRESIDEN
Ahmad Khawari Isa (Astro Arena)

TIMBALAN PRESIDEN
Asan Ahmad (Kosmo!)

NAIB PRESIDEN
Eric Samuel (The Star)
NorIsmadi Abd Manap (RTM)

SETIAUSAHA AGUNG
Faisal Jamal (Astro Arena)

BENDAHARI
Mohd Ali Majid (Berita Harian)

EXCO SAM
Abd Razak Ahmad (RTM)
Jalil Mat Dom (RTM)
Tumpang Saptu (RTM)
Yu Nee Kong (Sin Chew Jit Poh)
Izahar Atan (Karangkraf)
Zairee Zahir (Berita Harian)


tahniah kepada khawari yang berjaya mengekalkan jawatan tanpa di cabar oleh sesiapa (menang tanpa bertanding). begitu juga dua naib presiden iaitu eric samuel yang berjaya mengekalkan jawatannya serta muka baru barisan kepimpinan ismadi yang turut mengisi kerusi naib presiden tanpa dicabar. turut mengekalkan jawatan tanpa bertanding ialah bagi jawatan bendahari yang kekal diisi oleh haji mohd ali majid dari berita harian.

pertandingan berlaku bagi merebut jawatan timbalan presiden, setiausaha dan 5 orang ahli exco. bagi jawatan timbalan presiden 3 calon mencuba nasib tetapi akhirnya menyebelahi pengarang sukan kosmo asan ahmad yang menewaskan penyandang jawatan ibrahim bakar dan bekas setiausaha agung rahim lajis. asan sebelum ini merupakan naib presiden SAM.

jawatan setiausaha membabitkan pertandingan satu lawan satu iaitu saya sendiri bertemu ahmad alimi wan mahmood dari rtm. dan nasib menyebelahi saya apabila menang dengan majoriti 13 undi.

bagi pertandingan jawatan exco 6 calon beradu nasib untuk mengisi 5 kekosongan. namun begitu zairee zahir yang tewas 2 undi untuk kerusi terakhir akhirnya dilantik mengisi jawatan exco secara lantikan bagi mengisi satu dari 3 kekosongan kerusi 'secara lantikan' kerana mengikut perlembagaan persatuan selain 5 kerusi exco yang dilantik secara pertandingan, terdapat 3 lagi kerusi yang boleh diisi secara lantikan. jadi zairee telah pun mengisi kekosongan itu atas semangat kerjasama dan setiakawan.

disini diri saya sendiri ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan ahli sam kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk duduk di kerusi 'hangat' SAM dan kepercayaan yang anda beri akan saya balas dengan berkhidmat secara jujur dan sebaik mungkin demi memastikan SAM terus relevan untuk semua ahli-ahlinya serta industri sukan di malaysia keseluruhannya. InsyaAllah...