tinggal lagi 3 hari sebelum berlangsungnya kongress FAM yang akan di adakan di shah alam. dan dalam tempoh menunggu hari sabtu ni dah bermacam-macam kenyataan keluar baik dalam media cetak mahupun elektronik. tak kira la kenyataan itu mahu di keluarkan sendiri oleh yang empunya badan atau yang dicari-cari oleh si pembuat berita.
tapi sedar atau tidak dalam pada 'ketidaksengajaan' setiap berita itu dikeluarkan, memberi publisiti kepada calon-calon yang diceritakan. kalau banyak cerita mengenai calon itu, banyaklah orang akan menumpukan padanya. kalau x de cerita atau keluar sekali je, maka tak de la tumpuan sebab orang pun tak tahu malahan ada di antaranya langsung x kenal.
calon yang mendapat liputan ini walaupun sekali, secara tidak langsung mula mengeluarkan 'manifesto' mereka secara lisan. macam2 ayat dah kita dengar dari mulut calon-calon yang diberi publisiti oleh media ini. ada yang kata itu dan ini. ada pula yang cuba mewujudkan gandingan-gandingan tertentu yang mereka fikirkan boleh memberi khidmat untuk bolasepak.
tapi kalau dilihat dari sudut psikologi atau logik akal (walaupun saya x belajar psikologi), ia memberi kredit kepada mereka yang di beri liputan ini. secara tidak langsung membuka ruang mereka untuk 'berkempen'. walaupun tak mengaku atau tidak mahu tapi itulah hakikatnya. manakala bagi pihak yang tidak diberi liputan ini sedikit sebanyak mengganggu emosi lantaran mereka tidak ada platform untuk menjual manifesto mereka.
yang penting sekarang ini bukan populariti semata-mata tetapi matlamat mereka terhadap kemajuan bolasepak negara. jangan hanya pandai menabur kata tetapi tidak dilaksana. tak kira sapa juga yang memegang jawatan itu niatnya kena la tulus. rakyat malaysia khususnya peminat bolasepak hanya mampu menanti apa yang akan dilakukan selepas berakhirnya kongres sabtu ini.
jangan sampai jadi seperti drama swasta melayu - jalan cerita berubah tetapi penamat tetap sama...
All the best to all of you!
banyak luahan kita dengar.. bukan hanya pada bola sepak , malah sukan khas nya.. Di mana kah kita?
ReplyDeletetapi aku berpendapat yang masalah KITA bukan setakat sukan je.. dalam semua bidang - di manakah kita :)
tapi harapan aku- penuis tolong sampaikan pada orang 'atas'- janganlah berpersatuan sebab nak carek nama :) macam isu bola ni.. punyalah nak bertanding - tapi idea dan perlaksanaan kemajuan bola sepak kita di mana? disiplin di ketepikan sebab pengaruh orang² beasr, pengaruh politik, pengaruh kenalan ..
tengok bola malaysia - korea - besar betul org korea ni.. laju - salah tak kalau aku cakap kita menang nasib? bukan nak menjatuhkan tapi pujian melangit bila menang sekali tu amatlah salah :)
selamat berjaya FAM