Thursday, July 15, 2010

KISAH SEBUAH KAMPUNG

(diceritakan semula oleh sang penglipurlara)

alkisah ter'develope' lah sebuah kampung yang diteroka oleh sekumpulan manusia yang berada dalam satu kapal. kampung dibangunkan untuk memastikan setiap penduduk yang menerokanya mendapat manfaat selain diambil tahu masalah2 yang dihadapi mereka. walaupun sebesar hama setidak2nya kehadiran penduduk kampung itu disedari kampung2 yang lain...

setelah berpuluh2 tahun ia ditubuhkan kampung ini semakin dikenali di seantero negara dan seluruh jajahan yang berkaitan dengannya... sehingga pemerintah-pemerintah dan pedagang-pedagang memberi sumber untuk membolehkan kampung ini terus di 'develope'kan...

namun pada satu ketika kampung ini semakin lenyap dari sebutan manusia akibat dari kekurangan sumber selain dari ramai penduduk telah mula berpindah ke penempatan lain yang mungkin memberi lebih banyak manfaat kepada mereka. tidak kurang juga disebabkan oleh kurang publisiti dari wayang2 pacak mengenai aktiviti kampung ini sehinggakan penduduk kampung sendiri tidak mengetahui sekiranya ada kenduri kahwin, doa selamat mahupun majlis cukur jambul. begitulah jadinya sehingga tiada pedagang yang sudi menyinggah memberi sebarang bekalan atau sumber.. dan diceritakan lagi beberapa punca lain yang hanya penduduk kampung tahu sebab musababnya...

setelah dipendekkan cerita tiba satu ketika berlangsungnya pemilihan ketua kampung dan tok2 sidang baru. seorang penduduk dari salah sebuah lorong di kampung itu cuba untuk menandingi kerusi ketua kampung itu. seolah telah mengetahui penduduk itu mempunyai pengaruh besar penduduk lain serta ilmu persilatan yang boleh dikatakan tinggi, ketua kampung tersebut mengundur diri bagi memberi laluan ketua kampung yang baru menjaga kampung yang harmoni itu... begitulah juga tok2 sidang serta ketua-ketua lorong yang lain yang ada diantaranya berjaya mempertahankan rumah mereka daripada diambik oleh penduduk lain selain ada yang berjaya pindah ke rumah baru dan lebih besar...

namun JKKK baru hanya dapat melaksanakan kerja-kerja membaikpulih kampung selama beberapa purnama sahaja akibat dari kelekaan JKKK lama... tetapi JKKK baru tetap menjalankan tugas mereka sehingga kembali mendapat kepercayaan penduduk kampung dan juga pedagang-pedagang yang kembali singgah untuk membantu penduduk kampung... termasuk peranan wayang-wayang pacak dan kumpulan2 dikir yang kembali mengalunkan irama mengenai kampung itu sehingga kembali disebut-sebut kampung bersebelahan..

dipendekkan cerita lagi kampung tersebut terpaksa membuat kembali pemilihan setelah tempoh mentadbir tamat seperti yang dikehendaki oleh pemerintah...

dan sebagai menghormati ilmu persilatan dan jasa ketua kampung yang baru itu, dia berjaya mempertahankan rumahnya untuk menjadi ketua kampung untuk sepenggal lagi tanpa dicabar oleh penduduk2 kampung lain termasuklah tok2 sidang dan ketua2 lorong...

tetapi nak dijadikan cerita beberapa ketua lorong dan tok sidang telah membuat sedikit kesilapan untuk bertanding kerana berlakunya pertandingan untuk merebut rumah tok sidang paling kanan dan ketua2 lorong.

seorang bekas tok empat yang cuba berebut jawatan tok sidang paling kanan mengambil kesempatan dengan melakukan beberapa tipu muslihat termasuklah yang membabitkan undang-undang penubuhan kampung. manakala ketua-ketua lorong terselamat kerana tidak terbabit dalam perebutan rumah tok sidang kanan. sebagai mencari jalan semangat berkampung semua JKKK bersetuju supaya dibenarkan juga orang itu bertanding kerana memikirkan juga jasanya sebagai tok sidang ketiga sebelum ini. tetapi masih tidak bersetuju di tok empat dengan mengeluarkan segala fakta2 berkaitan... akhirnya perkara itu diserahkan kepada penduduk kampung keseluruhannya untuk membuat keputusan...

pada hari kejadian seluruh penduduk kampung akhirnya menerima pertandingan. dan yang kelakarnya tok empat yang seperti telah mengetahui keputusan itu bersedia lebih awal dengan memorandum seolah-olah mahu menggadaikan kampung tersebut. kerana dia sedia maklum bakal ditewaskan oleh pesaingnya... dan seperti dijangka rumah tok sidang kanan akhirnya menjadi milik tok sidang ketiga sebelum ini.

cuma yang tidak seronoknya tok empat yang kembali tinggal di rumah biasa mengumumkan untuk berpindah dengan membawa segala keburukan ciptaan sendiri ke pihak-pihak pemerintah dan juga pedagang-pedagang... walhal tok empat tidak menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin semasa tinggal di rumah tok empat. penduduk juga tidaklah mengatakan bersetuju dengan semua memorandum tok empat itu.

kepada tok empat cuba fikir kembali sejak tok empat duduk di rumah JKKK sebelum ini... setidak-tidaknya ketua-ketua lorong dan tok sidang yang tak pandai cari pedagang tu ada juga bersusah payah ke sana ke mari memastikan kenduri kawin dan cukur jambul berjalan lancar.

dan kepada JKKK baru x kira yang kekal di rumah atau berpindah rumah... inilah masanya untuk tunjuk kepada tok empat yang kata-katanya nista belaka... mungkin ada hikmah kepada kampung agar ianya terus akan dikenali dan dihormati kampung-kampung bersebelahan serta pemerintah-pemerintah dan juga pedagang-pedagang...

sekian...

No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..