Monday, September 7, 2015

Apabila Lalang Menguasai


aku tak tau nak intro apa.. tapi elok aku straight to point je..

dulu.. kau puja-puja yang di timur... sekarang kau hina-hina kau kutuk-kutuk... sama jugak yang diutara ditengah di barat...

dulu, bila yang di selatan buat perubahan drastik, kau kutuk-kutuk kau cakap macam-macam... tapi sekarang kau puja-puja semuanya kau ikut...

dulu, yang situ yang sini kau tak puas hati kau suruh tukar sana sini... sudah ditukar kau nak tukar lagi... pada kau tak betul itu ini pulak... sudah malu malu alah, lagi buat muka tak tau malu.. mana satu yang betul aku pun tak tau...

dulu, yang bawak balik piala tu kau puja-puja kau julang kau agung-agung... lepas lama x jadi kau kutuk kau hina kau desak suruh tukar... bila dah tukar lagi teruk masa tu kau kata pulak yang dulu lagi bagus la piala la apa la...

aku bagi contoh mudah je... yang kat tengah2 ni... orang tu jugak bawak balik piala org tu jugak yang urus kumpulan, orang tu jugak yang berpayah-payah sampai juara, belakang bila sudah x menjadi org tu jugak kau paksa turun... yang aku kelakar yang baru duduk ganti tempat pun jadi mangsanya... padahal dia pun baru jalan tugas dia je... alasan? takde perubahan... kau nak perubahan camna? aku pun pening...

dulu bila orang tu orang ni cakap naturalisasi, kau bangkang, belakang bila orang tu orang ni cakap naturalisasi kau sokong... bila kedepan kau tak cakap apa, bila ke belakang kau cakap macam-macam.. sama jugak bila ke depan kau cakap macam-macam, bila ke belakang kau diam tak bercakap...

betul la apa yang aku rasa... dunia maklumat baru ni sangat mencabar... sekelip mata kau boleh berubah jadi hipokrit.. sekelip mata kau boleh ikut bontot orang... sekejap orang ni sekejap org tu.. sebab apa? sebab kau tak de pendirian... hari ni kau kata lawan esok kau kata sokong, hari ini kau kata sokong esok kau lawan.. sebab apa? kau lebih suka follow orang dan follow majoriti dari kata pendirian... kau takut bila kau bangkang kau dikutuk... sama juga kau takut kau ikut kau dikutuk...

sebab tu apa pun biar berpada.. bukan obses tak tentu hala... bila jadi tunggang langgang masa tu dengan kau kau pun jadi tunggang langgang.. mana pergi prinsip mana pergi matlamat..

sekarang ni semua manja belaka... tak bole kene cuit walau sikit.. baru kene tulis sikit, baru kene kritik, bukan menghina pun, kau boleh kata tak de etika la apa la.. kau tau ke apa itu etika?  dulu x de teknologi baru tak de social media ni semuanya gentar apa yang bakal tersiar.. semuanya bermati-matian berjuang..  semua terima semua tak de masalah semua okey, sudah jadi lumrah... sekarang ni memang bikin aku gelak... dengan yang tak tau apa boleh jadi pahlawan.. seolah dia lah yang paling arif sekali berperang walau di papan kekunci...

kene cuit sikit kau boleh kata 'bukan kau yang bertarung tapi aku'... bende ni sama la dengan apa yang aku pernah baca bunyi lebih kurang macam ni 'memang bukan aku yg bertarung, tapi aku jugak yang datang bagi sokongan aku jugak yang bayar tiket aku jugak yang terpekik terlolong support kau'

perkara sama la bila kau kata kat orang yang menulis dan orang yang menyiar... diorg boleh kata 'sudah jadi kerja aku kritik, sudah jadi kerja aku ulas, sudah memang aku dibayar macam ni.. kalau kau rasa kau bagus sangat kau je lah tulis'...

yang aku heran ada je malaun... dalam medan kau boleh kutuk orang tu kau sokong orang ni kau support, gila-gila kau bela... keluar duduk kedai kopi kau belit, kau kutuk pulak orang ni kau hina kau bukak cerita abis seolah-olah kau lah paling bagus sekali...

yang satu pihak lagi pulak, dah macam takde matlamat.. kau dengar je bulat-bulat apa orang kata... idea tu tetap idea cadangan tu tetap cadangan pandangan tu tetap pandangan.. tapi akhirnya keputusan tu terletak pada kau.. sebab kau yang mencorakkan perjalanan kumpulan kau bukan orang lain..

sekarang kau nampak bukan? tak de beza semuanya... maka terima seadanya... kau cakap aku aku cakap kau... terima dan baiki... semudah itu... kalau jadi lagi kau terima lagi dan baiki sampai bila bila sekalipun... kau nak puas kan hati semua orang bukan boleh.. sama juga pihak kedua pihak ketiga keempat kelima atau berapa sekali pun, nak puaskan hati semua orang bukan senang... kau ikut sangat cakap orang itu ini dengan kau kau sekali jahanam... try n error itu lagi bagus, daripada tak buat apa... tak jadi cuba lagi... sebab setahu aku tak de bende yang memanjang x jadi... satu kali mesti jadi... melainkan kau tak nak buat apa-apa...

.........................

kalau aku, aku tak pedulik apa yang jadi... semua tak bagi apa2 keuntungan kat aku... apa jadi turun naik aku malas nak pedulik... aku lebih suka duduk perhati je... lagi pun aku masuk tak bayar tiket pun, datang atas kerja, jadinya aku pun tak membazir duit aku, walau mungkin aku boleh rasa masa aku sedikit membazir. tapi dah nama tanggungjawab aku kene la lunaskan tanggungjawab aku. kalau tak aku pun tak hingin buang masa aku...

sebab tu apa jadi pun aku lebih suka zip mulut aku... aku ikat jemari aku daripada aku tulis yang bukan-bukan... korang boleh kata aku ni bukan real supporter la apa la... tapi untuk apa perlu aku obses kan diri aku utk semua ni? baik aku duduk rumah urus keluarga aku bebaik atau buat bende lain yang lebih bagi manfaat kat aku.. banyak lagi bende aku buat yang boleh bagi aku keuntungan rohani dan jasmani...

persoalannya... adakah dengan mendiamkan diri itu tandanya kau lalang dan tiada pendirian ataupun dengan kejap kekiri kejap kekanan kejap depan kejap belakang itu yang lalang dan tiada pendirian?

kau faham apa aku tulis? kalau tak faham kau abaikan je... semua tu boleh memudaratkan fikiran kau kalau kau dok pening-pening nak memahamkannya...


No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..