Tuesday, September 8, 2015

'KITA JUARA' SUKAN SEA 2017

foto the star

Malaysia bakal menjadi tuan rumah sukan sea 2017 di Kuala Lumpur. menjelang 2 tahun dari sekarang Kementerian Belia dan Sukan tampak sudah membuat langkah proaktif dalam mencapai matlamat utama pada temasya itu iaitu muncul juara keseluruhan.

Untuk itu dalam memastikan kontinjen negara mampu bersaing dan memberi pencapaian cemerlang, 3 fasa telah dirancang bermula bulan ini bagi memastikan segala aspek persediaan atlet dibuat dengan lebih baik dan mantap. Program Kita Juara atau 'We the Champions' bakal menjadi gerak kerja semua pihak dalam memastikan nama Malaysia gah di puncak persada pungutan pingat 2 tahun akan datang.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin abu Bakar berkata, fasa pertama bermula bulan ini sehingga september 2016 apabila lebih 800 atlet terbaik dari 38 jenis sukan dipilih memulakan latihan. Pemilihan atlet dibuat berdasarkan kriteria ketat bagi mencari kualiti bukan kuantiti.

Antara asas pemilihan adalah pemenang pingat sukan sea singapura 2015, pemenang pingat sukan asia Incheon atau Sukan Komanwel Glasgow, juara kejohanan remaja Asia atau dunia, atlet ranking 16 terbaik dunia, atlet ranking 8 terbaik Asia, atlet di ranking 5 terbaik Asia Tenggara, atlet-atlet yang menjuarai kejohanan kebangsaan dan paling minimum atlet yang menjuarai acara di sukan Malaysia SUKMA.

Fasa kedua dari oktober 2016 sehingga mac 2017 merupakan pendedahan pertandingan untuk atlet terpilih manakala fasa terakhir dari april 2017 apabila kelompok akhir atlet terpilih diberi peningkatan fizikal dan mental sebelum kejohanan sukan sea bermula.

"program kita juara ini adalah satu program komprehensif yang melibatkan semua stakeholders, dan yang kita tekankan adalah penglibatan semua dalam penyediaan atlet sukan sea 2017"

katanya ia juga merupakan program jangka panjang, bukan hanya untuk memenangi sukan sea 2017, tetapi juga membina asas kukuh dalam usaha mencapai sasaran lebih tinggi selepas itu.

"lagi satu saya nak tekankan ialah this is long term program, bukan sahaja kita nak menang sukan sea, buat we want to lay the foudation for further future success from the sea games"

akui ia melibatkan sejumlah perbelanjaan yang sangat besar tetapi yakin dengan keberkesanan program itu.

Dalam majlis pelancaran program 'Kita Juara' sukan sea 2017 itu juga 38 wakil acara sukan turut menerima akujanji mereka bagi memberi komitmen penuh dan bertanggungjawab ke atas pencapaian sukan masing -masing.

Lagu Kuasa Juara ciptaan KRU yang merupakan lagu tema kontinjen malaysia ke sukan sea singapura jun lalu diangkat sekali lagi sebagai lagu rasmi sukan sea 2017.

p/s ... pendapat aku lagu itu nyata membangkitkan semangat kepada yang mendengarnya. naik roma tengkuk. jom dengar..




No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..