Showing posts with label MSN. Show all posts
Showing posts with label MSN. Show all posts

Thursday, January 9, 2014

PSM, MSN, ISN BERGABUNG, KEMELUT MUNGKIN BERAKHIR






nampaknya kemungkinan besar kita akan dapat melihat semula kebangkitan prestasi sepaktakraw dalam pentas antarabangsa.

Ini kerana selepas begitu banyak alasan berhubung kemerosotan pencapaian skuad sepaktakraw negara dalam arena antarabangsa, persatuan sepaktakraw malaysia PSM akhirnya akur untuk bekerjasama bersama Majlis sukan negara MSN dan institut sukan negara ISN. menandakan MUNGKIN bakal menemui titik penyelesaian. ketiga-tiga badan sukan itu bersetuju untuk bekerjasama menyegarkan kembali program pembangunan sepaktakraw negara hasil persetujuan dalam mesyuarat jawatankuasa kerja pertama untuk tahun 2014 yang diadakan di MSN.

Ketua Pengarah MSN datuk seri zolkples embong berkata melalui kerjasama itu, satu program pembangunan akan dilaksanakan dengan lebih teratur dan tersusun secara tidak langsung dapat melahirkan pemain-pemain yang berkualiti dari semua aspek termasuk sains sukan.

sebagai permulaan, satu pemilihan baru akan diadakan bersempena kejohanan piala presiden 17 hingga 19 januari ini untuk memilih pasukan terbaik yang akan berada dalam program pembangunan tersusun ini. bermakna semua pemain tidak kira pemain elit, kebangsaan mahupun negeri perlu bertanding dan menjadi yang terbaik jika ingin disenarai dalam skuad kebangsaan.

"satu jawatankuasa pemilihan akan dibentuk untuk memilih pemain-pemain yang jumlahnya akan ditentukan kemudian. saya sendiri bersama datuk dr ramlan akan berjumpa dengan panel selepas ini untuk meletakkan kriteria tertentu. maknanya performance sahaja di pertandingan itu belum tentu dapat menjamin pemilihan dalam pasukan. pihak ISN akan beri input yang perlu berdasarkan sains sukan untuk pastikan kita dapat pilih yang terbaik", katanya selepas mesyuarat yang turut dihadiri ketua pengarah ISN, datuk dr ramlan abd aziz selain presiden PSM datuk ahmad ismail.

namun persediaan tersebut lebih tertumpu kepada sasaran sukan sea 2017 setelah perancangan sebelum ini tercacat oleh kerenah dalam PSM sendiri bukannya sukan asia 2014 atau pun sukan sea 2015.

"kita juga bersetuju pasukan elit akan dipindahkan ke bukit jalil. selain daripada suasana penginapan lebih kondusif, makanan lebih baik yang dikawal pakar pemakanan, pada masa sama mudah menerima khidmat sokongan sains dan perubatan sukan di ISN", tambah datuk zol.

sementara itu presiden PSM datuk ahmad ismail menyambut baik pendekatan baru itu. 

"saya rasa kalau semua ini dapat dilaksana, PSM sudah tidak boleh mengeluh lagi. kalau segala yang terbaik diberikan, segala sokongan diberi, tidak ada sebab lagi kenapa PSM tidak boleh sama-sama dengan MSN dan ISN to produce good players dan bring back the result", kata datuk ahmad ismail.

menyebut mengenai peruntukan sebanyak 1 juta setahun, datuk zol berkata semuanya bukanlah untuk persatuan  sebaliknya untuk sukan sepaktakraw keseluruhan. antaranya kos pengurusan pemain dan pasukan termasuk pembayaran elaun, penginapan, makan minum termasuk kos sains sukan. bermakna hanya sebahagian atau nilai-nilai tertentu daripada peruntukan itu disalur kepada persatuan.

menyebut mengenai barisan panel yang akan menganggotai jawatankuasa pemilihan itu nanti, datuk zol berkata ia akan dipilih seberapa segera sebelum kejohanan piala presiden bermula.

"panel selectors ini mestilah somebody yang betul-betul boleh buat penilaian, bukan setakat tengok servis laju, orang tak boleh angkat terus pilih. mungkin ada orang yang servis tak laju tapi berdasarkan kepada penilaian sains sukan dan sebagainya servis can be faster with the right technic. so we need that pakar" katanya.

mesyuarat itu membayangkan keseriusan ketiga-tiga pihak dalam memartabatkan kembali sukan warisan negara itu yang melalui zaman suram dan turun naik lebih-lebih lagi ketika temasya sukan sea di myanmar baru-baru ini.


Friday, August 17, 2012

SHAPAWI MAMPU LAKSANA TANGGUNGJAWAB

ahmad shapawi ismail

terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada pengarah bahagian atlet majlis sukan negara MSN, saudara ahmad shapawi ismail kerana telah dilantik mengisi jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) institut sukan negara (ISN) untuk tempoh setahun bermula semalam 16 ogos. kerusi yang dianggap panas bagi pengamal-pengamal sukan dalam negara termasuk rakan-rakan media sukan lantaran tugas yang sangat penting bagi meningkatkan kualiti atlet-atlet sukan bagi melahirkan jaguh bertaraf antarabangsa melalui perubatan dan sains sukan.

bagi ketua pengarah majlis sukan negara, datuk seri zolkples embong, walaupun latar belakang ahmad shapawi jauh dari tugas barunya tetapi beliau percaya ahmad shapawi mampu laksanakan tugas dengan baik berdasarkan pengalaman mengendalikan atlet-atlet negara sebelum ini. bercakap mengenai pengganti ahmad shapawi memandangkan jawatannya juga agak penting di MSN, datuk seri zolkples memaklumkan akan mengadakan rombakan secara dalaman bagi menentukan calon paling sesuai menduduki kerusi tersebut. namun tidak dinyatakan bila keputusan akan dibuat.

saya percaya dengan track record di MSN dan kerjasama semua pihak terutama kakitangan, ahmad shapawi akan dapat menjalankan tugas dengan baik demi memastikan ISN dapat terus meningkat dalam memastikan pembinaan atlet-atlet berkualiti tinggi melalui sains sukan.

kepada mantan KP ISN, datuk dr ramlan abd aziz, tahniah dan terima kasih kerana anda telah meletakkan ISN ke satu tahap yang tinggi sehingga mampu berdiri sendiri dan dihormati oleh semua pihak. semoga datuk ramlan akan terus berjaya dalam apa juga yang dilakukan selepas ini. dengarnya sebagai penasihat menteri belia dan sukan. apapun selamat berjaya...