Showing posts with label media. Show all posts
Showing posts with label media. Show all posts

Sunday, January 5, 2014

BUKAN SAHAJA PEMAIN BOLA SEPAK BERTUKAR PASUKAN



**imej di atas sekadar contoh


ok... hari ni aku nak santai je...

seperti mana kita tau kancah bola sepak Liga Malaysia semakin hampir ke permulaan musim baru. sementara musim baru bermula tentunya tingkap perpindahan pemain telah dibuka. of course la kalau pemain pindah randah demi mencari yang lebih baik buat mereka betul tak?

tapi ini korang sedar tak dalam pada itu bukan pemain bola sepak je pindah, pemain-pemain media sukan juga ada bertukar-tukar pasukan (bertukar majikan la tu). jika tahun lepas berlaku perpindahan pemain-pemain media sukan baik media cetak mahupun media elektronik, kabarnya tahun ini juga akan berlaku perpindahan pemain media sukan... hehehe...

dengarnya ada antara nama tersebut memang besar dalam arena sukan negara. ada yang di kenali dan ada juga kurang dikenali. yang pasti semuanya cukup berpengalaman cukup pakar.

aku tak tahu sejauh mana kesahihan sumber ini tapi yang pasti salah satu sumber itu memang sahih. katanya dari tahun lepas lagi urusan perbincangan telah dilakukan. katanya sudah 'close deal'. tunggu masa je nak berlepas.

jika benar itu berlaku aku ucapkan tahniah kepada semua. semoga terus sukses di tempat baru. aku salute sebab berani sahut cabaran. kesimpulan bagi aku ialah industri ini memang kecik je. pusingan dia kat situ juga. inilah istimewanya media sukan negara. sebab tu perlunya kerjasama erat antara mereka. dan setakat ni memang yang aku paham ada satu hati antara semua, hanya segelintir sahaja berlaku sedikit gelinciran. tapi tak pe aku percaya sikit pun tak menjadi kudis jika berlaku.

aku pula? aku rasa setakat ni aku dah selesa dengan keadaan aku sekarang insyaAllah.. akan datang aku tak tahulah.. sbb aku rasa apa yang aku buat sekarang cukup menenangkan aku.. alhamdulillah.. semoga rezeki ku akan bertambah lagi selepas ini demi sebuah survival untuk keluarga dan mereka yang memerlukan..

ok.. sukses semuanya... ciao!

Thursday, August 22, 2013

SEPETANG DI MEDIA PRIMA





semua rasanya dah sedia maklum, isnin lalu rombongan dari Persatuan Bolasepak Malaysia FAM mengadakan kunjungan hormat ke media prima berhad di Sri Pentas, kumpulan media integrasi terbesar di Malaysia. Diketuai oleh datuk seri Subahan Kamal sebagai pengerusi jawatankuasa media dan perhubungan awam FAM, rombongan turut disertai oleh setiausaha agung, datuk hamidin mohd amin selaku wakil pentadbiran dan 2 exco FAM iaitu datuk astaman aziz dan datuk osman salleh. turut hadir 3 kakitangan FAM dan 2 ahli j/k media FAM.

kunjungan bukan sahaja untuk mengukuhkan lagi hubungan antara FAM dan rakan media terutama media prima, tetapi juga saya kira untuk mendapatkan gambaran jelas perjalanan kedua-dua organisasi selain mewujudkan hubungan 2 hala bagi terus meningkatkan promosi dan publisiti bola sepak tanahair.

cuma agak menghairankan, sehari selepas itu apabila keluarnya berita mengenai pertemuan tersebut, sudah ada rakan-rakan media yang melompat seolah-olah kurang menyenangi lawatan itu, terutama rakan-rakan pesaing. walhal kebanyakan dari mereka tidak lah mengetahui kisah sebenar disebaliknya.

sebenarnya perancangan mengenai lawatan dan kunjungan ini bukan sahaja ke media prima, tetapi juga ke organisasi-organisasi media perdana terutama yang banyak melibatkan bola sepak. sudah ada senarai menunggu di mana tempat yang bakal dituju seterusnya.

dan saya sebagai org bawahan ini berpendapat janganlah kita terus meletakkan keputusan tanpa mengetahui sebabnya, pendek kata meletakkan cabang pemikiran kita kepada satu arah sahaja, terutama apabila melibatkan hak hak eksklusif siaran.

 

benar juga kata datuk seri subahan dalam bilik tu... apabila bola sepak malaysia menempuhi zaman hitam, sorang pun tak nak ambil kisah, tetapi apabila bola sepak mula bangkit bermula di sukan sea 2009 dan piala aff 2010, semua berebut-rebut (lebih kurang ayat begitu)... benar juga kata beliau, terutama apabila melibatkan perkara yang bersifat 'KEUNTUNGAN' (ini kata saya).

tetapi beliau tetap ambil positif dengan banyak melahirkan penghargaan kepada semua media di malaysia yang banyak memainkan peranan bersama-sama menaikkan mutu bola sepak negara melalui publisiti. pun begitu berlaku juga sedikit kontra pendapat terutama apabila melibatkan kritikan terhadap bola sepak malaysia.

perkara itu juga pantas dibidas oleh wakil media prima terutama pengarang kumpulan harian metro Datuk mustapa omar yang terang mengatakan FAM / bola sepak malaysia terlalu manja, tidak boleh dikritik. diakui oleh pengarang urusan kumpulan nstp datuk abd jalil hamid dan beberapa editor berita yang menjelaskan ia sememangnya norma penulisan berita. walaupun ia diterima dengan hati terbuka namun datuk seri subahan berharap ada sedikit sempadan terutama apabila melibatkan reaksi profesional yang tiada kene mengena dengan bola sepak ataupun bekas-bekas pemain negara yang tidak memberi sumbangan tertinggi kepada negara. bagi saya? mereka juga adalah penonton dan peminat. seperti juga penyokong tegar, kuasa mereka sukar diatasi. yang penting penerimaan kita... setidak-tidaknya itu menandakan masih ramai yang mengambil berat isu bola sepak negara.. tak mengapa, andaikan sahaja mereka itu sebahagian dari penyokong yang cintakan bola sepak malaysia. ambil yang baik, buang yang buruk.

tetapi apa yang paling saya 'salute' ialah apa yang kumpulan media prima awal-awal sediakan sebaik sahaja rombongan FAM ini tiba. diketuai oleh 'oldman' datuk johan jaafar selaku pengerusi media prima, dia di kelilingi oleh anak-anak muda (ada yang bergelar datuk) bertaraf CEO, MD dan pengurusan tertinggi yang mempunyai misi jauh dihadapan... this is truely business method mereka yang memang impress... dengan persembahan kertas kerja, termasuk rekod-rekod rancangan yang dicapai, diperkuatkan dengan rating, saya kira tidak mustahil datuk hamidin tanpa ragu-ragu menyatakan persetujuan untuk mengadakan kerjasama lanjut dengan media prima.

 

bayangkan disebelah datuk johan ialah pengarah urusan kumpulan media prima datuk amrin awaluddin, diikuti oleh ahmad izham omar, ketua pegawai eksekutif television networks dan primeworks studios sdn bhd, datuk kamal khalid, ketua pegawai operasi, group shared services media prima berhad, seelan paul, ketua pegawai eksekutif radio networks / ketua pegawai strategi television networks termasuklah datuk jalil dari nstp, datuk mustapa dari harian metro dan pengurusan tertinggi lain. tidak ketinggalan bos sukan tv3, abu bakar atan dan editor sukan berita tv3 abdullah sani.

walaupun begitu bukanlah bermakna datuk hamidin bertindak melulu dalam membuat keputusan. setakat ini bagi saya dia bijak mengambil kesempatan mengikut keadaan. menggunakan pendekatan politik saya kira datuk hamidin 'pandai bawa diri'. menurutnya masih ada ruang untuk media-media lain membuat liputan atau siaran... senang cerita hak siaran langsung perlawanan bola sepak lah... yang ni bukanlah kepakaran saya untuk mengulas panjang.. tetapi mungkin ada klausa-klausa atau perjanjian-perjanjian tertentu yang membenarkan. yang tahu hanya pihak yang berunding.

saya turut respek perjuangan yang dibawa oleh kumpulan media prima ini bukan sahaja untuk mereka tetapi juga saluran tv percuma lain terutama rakan pesaing iaitu RTM. bagi saya tidak mengapalah sekali sekala berkongsi sesama saluran tv Malaysia. yang penting semua dapat keuntungan.

paling saya terkaku seketika apa yang telah dan akan dirancang sekiranya mereka turut sama dapat mengambil bahagian dalam kancah bola sepak malaysia ini. sedikit sebanyak saya sudah dapat bayangkan kehangatan dan kerancakan yang mereka akan bawa nanti, walaupun mungkin hanya satu siaran perlawanan seminggu. saya rasa ini antara business method yang boleh memberi keuntungan besar. tambahan mereka sudah ada jutaan pengikut yang setia dari tv hingga radio termasuk akhbar-akhbar tempatan.

 

cuma yang penting sekarang rakan pesaing sudah perlu memikirkan kaedah-kaedah terbaik untuk turut sama menambat pengurusan FAM agar bukan sahaja dapat turut sama memajukan bola sepak malaysia ini, tetapi paling penting tidak melepaskan lubuk-lubuk emas yang sedia diperolehi ini. kerana bola sepak lah bagi saya satu-satunya ibu sukan malaysia yang bukan sahaja memeriahkan, malahan menyatukan rakyat, membangunkan negara dan yang utamanya memberi keuntungan berlipat ganda.

bagi saya biarlah kita bersaing secara sihat. bukan itu sahaja, dalam kita rancak bersaing siapa lebih hebat, berikan sedikit ruang untuk pihak-pihak lain turut bersama berkongsi dalam sama-sama membantu menaikkan mutu bola sepak malaysia melalui publisiti dan promosi. tidak rugi sebenarnya kerana yang menentukan bukanlah apa yang kita bakal paparkan nanti, tetapi lebih kepada perkara sampingan atau perancangan lain yang boleh membangkitkan semangat penyokong dalam menuju kepada apa yang bakal dipaparkan nanti..

saya amat bersyukur kerana berpeluang menjerumuskan diri dalam 3 saluran yang terlibat dalam sukan ini sejak 13 tahun lalu...

 

faisal jamal
ahli j/k media dan perhubungan awam FAM 2010-2014