Sunday, February 15, 2015

GUNUNG IRAU - ACCOMPLISHED

assalamualaikum..

ini cerita lama. kira macam #throwbacklah. saja-saja nak kongsi. daripada terbiar dalam hard drive.

ok... kali ni aku nak bercerita pengalaman manis, pahit, tawar, masam, kelat, 3 rasa, semua ada... pendakian ke gunung irau. gunung irau ni letaknya di cameron highland.

boleh search sini , sini , atau cari saja dekat encik google...

trip ni sebenarnya dirancang secara tak sengaja, dengan tujuan training. sebab tak lama lepas tu kami naik kinabalu. kira training tempat sejuk lah. benda ni februari tahun lalu. kalau korang rasa orang macam aku tak mampu mendaki. haa ni buktinya.

kami pergi 4 famili, aku, dan 3 rakan iaitu junaidi (RD), eddy dan zaidy (MD). walaupun irau boleh kami pilih untuk bermalam (dengan rehat yang mencukupi) tetapi kami pilih untuk turun pada hari sama.

memulakan pendakian kira kira 9.00 pagi. agak lewat. nak bersiap mengambil masa, nak ke tapak permulaan pendakian juga mengambil masa, nak sarapan lagi... bercerita mengenai sarapan, aku rasa memang aku dah silap ambik sarapan iaitu meehoon goreng dengan ayam goreng bertatahkan sambal nasi lemak.. ppeeerrgghh... yg lain semua ringkas-ringkas. bekalan ke irau pun pada aku agak kurang memberi kesan positif sebagai contoh sandwich, kek, roti... air aku bekalkan 100 plus manakala yg lain ada juga bekal air mineral (INI SEMUA TIDAK MEMADAI).

ok.. untuk ke irau terlebih dahulu kena mendaki guna kenderaan ke tapak permulaan iaitu di pintu masuk  mossy forest ( hutan berlumut). untuk ke situ laluannya adalah ke ladang teh BOH di brinchang. perjalanan ke atas menaiki kenderaan agak mengambil masa... sesampai di situ boleh park kenderaan dan mulakanlah.. kami naik berenam aku, RD dan anaknya haykal, Eddy dan anak perempuannya serta MD. yang mak mak budak serta kanak-kanak lain ada aktiviti petik stroberi mereka di cameron.

macam biasa semangat aku amat tinggi apabila memulakan pendakian.. mungkin kerana nampak awalan dia macam senang. meniti tangga-tangga cantik. pendek je pun... sehinggalah ke permulaan offroad, rasa macam ok je. tambahan cuaca sejuk dingin. tetapi aku rasa 30 minit je kot... apabila aku mula merasakan perubahannya....

1. kitaran nafas aku agak kurang stabil. mungkin kesan cuaca sejuk.
2. disebabkan itu aku mudah berasa penat. mungkin sebab bila sejuk aku agak semput.
3. kepala lutut kiri aku mula rasa macam sengal. mungkin kesan sejuk.

jadi aku terpaksa mengawal langkah, bagi mengelakkan sesuatu terjadi kat lutut aku (lutut nak pakai lama weh). jangkaan aku mengenai track ke gunung irau juga ternyata 500 peratus meleset. apabila cabaran dia bagi aku sudah mencapai tahap ekstrem. apabila bukan sahaja terpaksa melalui trek naik turun naik turun gunung, tetapi juga trek yang tidak stabil seperti batu-batu dan akar-akar menyukarkan kaki untuk melangkah. dan aku boleh kategorikan ia bukan mendaki tetapi juga memanjat. kekuatan tangan diperlukan juga untuk membantu memanjat (mendakilah). tetapi jika melihat kepada keindahan hutan berlumut ni aku rasa kepenatan itu mungkin sedikit hilang. kesempatan juga digunakan untuk mengambil gambar yang jarang kita dapat di hutan lain. tetapi itu mungkin bagi orang lain, bukan bagi aku, apabila masuk sejam lebih perjalanan, aku terpaksa melupakan kecantikan hutan itu dan kamera tersimpan saja dalam beg. penat teramat... pergerakan semakin perlahan.. air 100 plus juga tidak banyak membantu. nak patah balik tak berani sebab sorang je. tambahan aku harus melengkapkan latihan ini. kalau tak macamana nak naik kinabalu jika semangat tidak ada. maka aku gagah la juga. adakala aku ditemani adakala aku keseorangan. aahh lantaklah janji aku sampai ke puncak.

aku juga bernasib baik sebab ada kumpulan-kumpulan terkemudian dari kami yang memanjat. jadi bila masa aku keseorangan, tanpa sedar ada yang memotong, lega sikit hati, ada lagi kat belakang.

ok setelah lebih kurang 3 jam pergerakan aku, kami sampai di mini irau, atau irau yang kecik la. aku paling terakhir dalam kumpulan kami. dan aku rasa anak RD haykal dan anak eddy yang aku panggil kakak serta la 3 orang ni dah puas berehat lebih 20 minit rasanya apabila aku tiba di mini irau. makanya belum sempat aku nak melepaskan penat, pendakian ke puncak irau diteruskan. adoiii...

bukit kedua atau mungkin gunung kedua itu turut memberi cabaran buat aku atau orang yang macam kategori aku yang mudah pancit. aku hanya sampai ke puncak irau menjelang 3.00 petang, ketika orang lain sedang enak menikmati bekalan makanan.

kira-kira sejam lebih berehat, pendakian turun bermula. ada kumpulan-kumpulan yang tinggal terus di puncak untuk melihat pemandangan pagi dari puncak irau. memang cantik. tapi kami memilih untuk turun.

turun juga ada cabarannya. terpaksa menahan kekuatan kaki takut-takut terseliuh. aku yang kepenatan gagahkan juga. demi sebuah pengalaman. dipendekkan cerita, aku hanya berjaya keluar ari mossy forest lewat petang kira-kira 6.30 petang. itu aku rasa memang getir bagi yang malas melakukan latih tubi. aku kira hampir seminggu jugak aku gagal berjalan dengan baik kesan dari kesakitan mendaki.

tapi ia memang sebuah pengalaman. bukan omong kosong. at least aku dah sampai, walaupun cara aku sampai itu mampu buatkan orang ketawa.


ps: untuk lagi gambar menarik dan cerita penuh irau boleh terus ke blog sahabat aku di SINI.



THREE AMBITIONS


Myanmar residents in a street in Yangon.  Myanmar / September 2013

Friday, February 13, 2015

URUS KEWANGAN DENGAN BAIK

assalamualaikum.. memang seputar harian itu berlalu pantas tanpa disedari. lantaran kita terlalu mengejar masa itu untuk mencapai apa yang dihajati. sehinggakan apa yg harus dilakukan tertinggal begitu sahaja.

tetiba aku tergerak hati nak cerita pasal hal ni... tambahan hidup di kota metropolitan, yang sentiasa dihambat dengan paksaan untuk seiring dengannya. walhal semua masyarakat kota tahu ianya jelas semakin tidak seimbang. apabila rakyat sendiri sudah semakin sukar untuk mengejar kepesatan pembangunan.

tapi tak mengapa.. boleh la aku kongsi kongsi sikit bagaimana nak urus kewangan / pendapatan dengan baik, atau sekurang kurangnya hampir baik - #caraaku.. alhamdulillah ternyata ianya memberi sedikit kelegaan untuk terus berjuang di bandar penuh cabaran ini. Dan perkara ini memang sepatutnya jadi perkara yang common, melainkan kita sendiri yang jadikannya luar biasa.

Sekiranya kita makan gaji, pertama sekali bila dapat gaji jgn terus fikir benda lain. Perkara pertama harus dilakukan dan dalam tempoh kurang 5 hari - bayar segala hutang piutang. Dari sebesar besar loan rumah / kenderaan, sehingga sekecil kecil bil utiliti. Tak kira lah walau sekalipun gaji tu terlalu awal dari sepatutnya, macam gomen, kadang baru dapat gaji hari ni, dua minggu tak sampai gaji lagi. Maka teruslah settlekan hutang tu dulu.. Kenapa? Trust me, kalau x buat, kebarangkalian itu sangat tinggi untuk menghalakan duit ke arah yang tidak sepatutnya (ye lah duit dalam tangan kan).. X percaya? Disiplin? Boleh peram duit tu? Kehkehkeh.. Kena faham duit tu bukan baja.. Boleh tumbuh tumbuh... Oleh itu langsaikan mana patut.. Ada lebih then baru lah kita fikir selanjutnya apa rancangan. 

Seterusnya, Pastikan hutang tu x lebih 60 peratus dari jumlah gaji. Kalau rasa gaji 2 ribu, sekurang kurangnya baki bersih buat belanja lepas tolak hutang biarlah 800 ringgit. At least boleh la bajet bajet untuk makan. Dan paling istimewa bole la buat balik kampung atau kirim lebih sikit kat orang tua.

Ni mustahak. Ukur baju di badan sendiri. Rajin rajinkanlah berdiri didepan cermin, perhati atas sampai bawah. Kalau rasa pendapatan tu layak untuk sebuah kereta myvi, maka myvi lah jawapannya. Kalau viva lagi bonus, ada lebihan belanja bole buat makan mewah skali sebulan contohnya. Bukan untuk menidakkan keinginan, tetapi biarlah ia berasaskan kepada kemampuan. Takut bila terlalu mengikut kehendak, perut dicerut, kenderaan pun x bergerak, sebab duit dok abis bayar kat kereta. Kalau rasa keinginan tu tinggi sangat, guna pendekatan seperti di bawah:

Cari pendapatan tambahan. Yang ni memang penat. Tapi pulangannya kalau kene gaya berbaloi. Makanya jiwa pun sedikit lapang. 3 bulan sekali boleh la keluar berjalan makan angin walau setakat port dickson. Boleh la rilekkan fikiran. Tak kira lah cara mana datangnya pendapatan tambahan tu yang penting halal dan berkat. Contoh jual beger ke kerta ot ke berniaga kecil kecilan ke.

Tetapi kesinambungan dari perenggan atas ada sedikit pantangnya. Iaitu pastikan pendapatan tambahan tu buat melegakan urusan harian, atau sebagai tambahan untuk rancangan kedepan contoh kalau nak bercuti. Bukan pendapatan tambahan tu untuk menambah beban hutang secara tetap. Maksudnya duit tu bukan untuk tambah loan bagai. Bahaya. Nama pun pendapatan tambahan dan sampingan, maka tidak bersifat kekal, bila bila masa boleh hilang. Makanya kalau nak berhutang tu pakai duit gaji, manakala pendapatan tambahan buat melancarkan lagi urusan harian.

Dan yang last sekali, paling king dari yang atas ni semua, yang ramai masih tak percaya, dan seolah menidakkan kuasa Tuhan, iaitu mencari keberkatan orang tua. Ini belum apa apa dapat duit dah fikir nak enjoy, tanpa fikir mereka yang bersusah payah besarkan kita sampai kita mampu berdikari walaupun keje biasa biasa je. Kadang pelik, bila ditanya jawapan kliche - " ala mak.. X cukup belanja makan. Dapat gaji habis bayar hutang "... Adoi... Apa gila punya jawapan.. Ko bayar kereta sampai 500 sebulan boleh tapi nak bagi 50 ringgit kat orang tua pun susah? Belajar mencari keberkatan beb, Percaya kepada rezeki. Doa orang tua tiada hijab. Diorang dapat duit rasa hati lapang, gembira, bersyukur tu pun bakal bagi pulangan kat kita secara tak langsung. Itu belum lagi kalau diorg cium duit tu, mengucap terima kasih, mengucapkan syukur dan sebagainya. Percayalah, pasti ada pulangannya. Sebab tu kita kena bahagiakan orang tua supaya dapat membahagiakan diri kita. Biasa biasakan diri bersedekah kepada keluarga. Pulangannya pasti berlipat ganda, hati pun tenang. Tak percaya? Alami sendiri. Kau berat membahagiakan keluarga, diri kau pun akan sentiasa rasa tak selesa dan memanjang tak cukup.

Sedikit sebanyak apa yang dapat aku kongsikan untuk pembaca sekelian. Berdasarkan pengalaman hidup aku sebagai hambaNya. Alhamdulillah walaupun aku tak kaya tapi aku tenang kerana dapat menguruskan kewangan dengan baik. Dan alhamdulillah rezeki tak pernah putus. Aku juga dapat melapangkan diri sekali sekala untuk keluarga walaupun kerja harian sibuk.

Mungkin ada lagi perkongsian yang tidak tercatat. Aku lupalah tu gamaknya. Maklumlah masa idea tu datang aku cuma sempat buat 2 perenggan je. Tau je lah manusia macam aku ni bukan terlalu sibuk, tapi norma tugas seharian tu terlalu membataskan aku untuk menghadap blog aku ni. Ni pun aku sambung tengah malam. 

Tapi takpe, semoga sedikit sebanyak dapat membantu mengurus kewangan anda lebih baik lepas ni. Mungkin setiap orang berbeza caranya, aku sekadar berkongsi, nak ikut terserah, tak nak itu masing masing punya cara. Kerana ini adalah sebahagian pengetahuan am, Automatik dan common sense yang semua harus tahu. Dan ini juga #CARAAKU.

Ps:  mungkin rakan seIslam perlu ingat. Apapun pokok utama wajib percaya kepada kuasa Allah. Jangan sehingga perbuatan itu seolah menidakkan kuasaNya. Jadi setiap perbuatan tu harus ikhlas keranaNya, dan wajib percaya rezeki tu datang dariNya. Kita hambanya hanya berusaha.



Friday, December 19, 2014

TAHNIAH AHMAD SHAPAWI

bermula hari ini (jumaat) maka bermula lah tugas pesuruhjaya sukan malaysia, ahmad shapawi ismail, ke kerusi panas majlis sukan negara MSN selaku ketua pengarah baru.. selepas
dua aksi mengecewakan temasya sukan komanwel di glasgow scotland dan sukan asia di korea selatan, mantan kp msn datuk seri zolkples embong 'direhatkan' dari kerusi tersebut dan kini menjawat jawatan ceo sukan sea 2017 kuala lumpur.

selaku kp msn yg baru, aku percaya ahmad shapawi mempunyai visi tersendiri bagi memartabatkan lagi sukan malaysia. berbekal pengalaman luas dalam arena sukan negara termasuk pernah menduduki kerusi nombor 1 institut sukan negara ISN selaku ceo, sebelum beralih ke jawatan pesuruhjaya sukan malaysia, tidak mustahil dia boleh mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap sukan negara.

personally, aku rasa shapawi mudah dibawa berborak, simple orangnya, senang berkawan dan sentiasa berhati-hati untuk mengeluarkan kenyataan, mungkin tidak mahu ianya dimanipulasi. cuma berharap biarlah dia diberi ruang dahulu membuat penambahbaikan, bukan terus menghukum jika malaysia gagal lagi dalam apa-apa temasya selepas ini. paling dekat, sukan sea singapura tahun depan. kita tengok dulu apa dia boleh baiki.

kepada mantan kp msn, datuk seri zolkples embong, sekalung penghargaan atas segala jasa yg telah ditabur sepanjang menjawat jawatan penting ini. sudah menjadi lumrah, semua sentiasa mahukan yg terbaik, walaupun datuk seri banyak memberi peningkatan kepada sukan negara sebelum ini. semoga sentiasa sukses dalam jawatan baru ini.. malaysia boleh!

Sunday, December 14, 2014

GUD LUCK MALAYSIA

hahahaha... mcm biasa... kejap muncul kejap tak... semua keje pemalas... jap.. kira punya kira 10 bulan berlalu sejak entri terakhir bulan februari... dalam tempoh tu dah mcm2 pahit manis....takpa... itu suma dah lalu...

okeh... cerita hari ni... cerita malaysia ke final bolasepak piala aff suzuki 2014.. hari ni sempat berjumpa d klia2 sblm mrk blepas ke bangkok utk final ptama.. apa yg boleh dikata - all the best! rakyat Malaysia sentiasa doakan kejayaan kalian.. Malaysia boleh!

Wednesday, February 12, 2014

AKAUN PSM JUGA AKAN DIAUDIT



Ok... Pertama sekali aku kena beri tabik hormat kepada persatuan sepaktakraw malaysia PSM kerana mereka memang bijak. Apa sahaja kegagalan skuad sepaktakraw di kejohanan antarabangsa, mereka dah ada exit plan. Terbaru mereka dengan tenang, senang, lenang bersetuju untuk bekerjasama dengan majlis sukan negara setelah dikecam hebat pelbagai pihak. Mereka menuruti sahaja arahan menteri kbs, msn asalkan mereka dapat menyelamatkan diri.

Tetapi aku juga perlu beri tabik hormat kepada rakan media yang tidak jemu mengorek segala rahsia tersembunyi psm, selain perlu juga turut beri tabik hormat kepada kelab bekas pemain sepaktakraw kebangsaan. Kerana desakan dan tekanan berterusan mereka dalam media membawa kepada perkara yang tidak akan ada penyelesaian mudah buat psm. Mereka akan sentiasa memastikan isu psm wujud dan relevan untuk diketengahkan.

Terbaru.. Desakan untuk kbs melakukan audit terhadap akaun psm, sepertimana yang dilakukan kepada persekutuan kebangsaan berbasikal malaysia. Mengulas mengenai perkara itu menterinya khairy jamaluddin abu bakar semalam berkata akaun psm juga akan dipertimbangkan untuk diaudit. Dan fokus terhadap akaun psm pada tahun 2011. Kerana psm dikatakan mendapat lebihan peruntukan terus dari kerajaan bukan sahaja msn.

Namun begitu akan timbul sedikit kesukaran apabila peruntukan itu katanya diperolehi terus dari perbendaharaan negara. Amaun tak la banyak. 2 juta je.. Belum masuk bajet dari kbs.. Tapi dengan nilai itu bukan sahaja psm gagal membangunkan sukan tersebut terutama diperingkat negeri, Tetapi juga pada akhir temasya sukan sea di palembang 2011, skuad sepaktakraw negara mempamerkan aksi paling mengecewakan apabila sekadar membawa pulang 2 pingat gangsa. Terlalu jauh dari status sebagai antara kuasa sepaktakraw dunia. Bermakna semua perlu tahu kearah mana ia dibelanjakan.

Bertemu kp msn datuk seri zolkples embong aku sempat mendapat sedikit info darinya semalam. Menurut datuk zol memang psm dapat bajet terus dari kerajaan pada tahun tersebut. Dan paling aku seronok dengar ialah psm cuba sembunyikan penerimaan bajet itu tetapi prosedur kerajaan ialah memang surat atau pekeliling akan keluar. Dan dia terima salinan mengatakan bajet diberi kepada psm. Kehkehkeh apa punya kelakar laa...

Tetapi sebenarnya kisah psm bukanlah perkara baru. Kerana mereka pernah disiasat suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia SPRM mengenai penyalahgunaan peruntukan pada tahun 2007, dengan nilai 3.7 juta ringgit. Menurut seorang rakan media yang cukup pakar dengan psm ini, dalam tempoh kira-kira 2 bulan duit itu habis. Katanya hasil siasatan sprm kabarnya tidak ada pertuduhan, tetapi menasihati pesuruhjaya sukan sebelum ini mengambil tindakan disiplin terhadap mereka yang terlibat. Dan sehingga kini belum ada tindakan susulan. Mungkin sebab pesuruhjaya sukan yang baru, jadi dia mungkin kurang tahu semua perkara yang berlaku. Dan aku percaya akan ada tindakan susulan selepas ini kerana sudah tentunya ramai yang nak tahu episod seterusnya.. Maknanya ada dua perkara. Audit 2011 dan juga hasil siasatan kes 2007. Atau apakah ada kisah lain lagi?

Apapun kita tunggu je lah. Sebab aku rasa ini special sikit sebab melibatkan ramai pihak. Paling mustahak sekarang kita bina dan bangkitkan semula kebanggaan sepaktakraw kita dimata dunia. Sebab kabarnya skuad sepaktakraw lelaki dah pun berpindah ke bukit jalil. Mendapat latihan yang lebih tersusun, bantuan sains sukan lebih terbaik selain boleh la di monitor setiap masa peningkatan dari latihan itu. 


*** bajet terus dari perbendaharaan?

Monday, February 10, 2014

SEPAGI AHAD DI BUKIT BESI


assalamualaikum salam sihat semua...

macam biasa... menjelang pendakian ke gunung kinabalu penghujung mac nanti, latihan harus dilakukan secara berkala agar aku sentiasa bersedia untuk menempuhi ketinggian gunung paling tinggi di asia tenggara itu.

so hari ni aku berkesempatan untuk join cousin aku dan beberapa rakan tamannya untuk mendaki bukit besi. letaknya bukit besi ni di alam damai, kemungkinan namanya diambil dari nama sungai besi, sebab laluannya pun boleh dikatakan dalam kawasan sungai besi.

actually aku dah berhajat lama nak try bukit ni, tapi barulah hari ni berkesempatan. bukit ni tak le tinggi mana, tapi sangat baik untuk latihan, tambahan cabaran pendakian dan penurunan bukit yang curam, ia cukup menduga kesabaran.

untuk hari ini kami naik berenam. hanya 2 termasuk aku masih dikategorikan muda. 4 lagi veteran lah senang kata. tapi semangat mereka tinggi. malu aku..


1. memulakan pendakian ke bukit besi.. ia terletak sangat hampir dengan shoplot baru alam damai. landmark paling senang iaitu restoran al-mashoor dan ocbc bank. parking je kereta di kawasan sana, seberang jalan ke lereng semak bukit. di situ ada kondominium sedang dalam pembinaan, dan jalan permulaan pendakian disebelahnya, dilaluan ke tangki air.




2. sesampai di penghujung jalan raya, akan bermula jalan masuk offroad. di sini cabaran bermula, dari jalan tangga laluan air, ke jalan tangga buatan manusia, sehingga lutut hampir bertemu dagu untuk memanjat. dan ada sedikit memerlukan kita menggunakan tali yang telah disediakan. tetapi laluan ini aku kategorikan laluan terbuka bukan laluan hutan. laluan berbatu di lereng bukit. perlu sentiasa awasi pergerakan, kerana bukan sahaja curam tetapi juga gaung di kiri kanan. tidak nampak bahaya jika kita tidak menghampiri gaung yang berpunca hakisan air itu.









2. kira-kira 20 minit pendakian santai, kita akan tiba di R&R pertama, masih di kawasan terbuka atas bukit ni. di sini kami ambil masa kira-kira 5-10 minit rehat sambil-sambil ambil gambar. dari atas ni kita boleh nampak kuala lumpur ataupun kawasan cheras. kawasan dataran atas ini juga berhampiran dengan gaung dan curam bukit. awas jangan terlalu ghairah. kedalaman melebihi 20 kaki.




3. selepas berehat, di sini bermula pendakian dalam hutan pula. tetapi agak baik, kerana masuk je, tak sampai 5 minit, downhill pula, turun bukit. pun begitu tetap menguji kesabaran, kerana penurunan yang curam dan perlu berhati-hati. selain licin dari pasir atau tanah yang kering, tidak kurang juga akar-akar pokok sepanjang laluan. perlu berhati-hati supaya tidak tersadung. downhill ini juga mengambil masa kira-kira 20 minit. so korang bayangkanlah berapa jauh dia punya turun.






4. selepas kira-kira 20 minit downhill, kita akan jumpa R&R kedua. iaitu sumber air. aku tak pasti sama ada sumber air ini asli dari atas bukit atau pun kesan kebocoran tangki air kekekeke... tapi air dia memang bersih. so kita ada pilihan sama ada nak mandi atau membasuh apa yang nak di basuh. dari sini kita akan dengar bunyi kenderaan yang agak kuat. aku yakin ada jalan keluar tapi perlu turun lagi ke bawah dan mungkin agak sukar. lagipun tiada trek dibawah tu. so abaikan je.. kalo nak nikmati sekadar menikmati bunyi kenderaan di bawah sana...





5. puas berehat, kita akan kembali mendaki. cabaran kali ini berbeza dari kawasan terbuka, kerana mendaki dalam hutan. curam tetap curam. tapi agak kurang bahaya kerana banyak pokok yang boleh berpaut. gaung pun takde. yang ada cuma curam bukit sahaja. nak naik atas mengambil masa lebih 20 minit.







6. dalam perjalanan tu, ada kami jumpa pokok jering, antara makanan hutan yang susah didapati sekarang ni. so lepas ni kalo korang pergi, rasa-rasa nak kutip panjat la pokok jering yang tinggi tu buat ulam.

bukan itu sahaja, kami juga dapat melihat banyak kesan gemburan tanah di kiri kanan. jadi macam biasalah itu merupakan kesan kubang babi hutan. tapi aku rasa kalau ikut laluan kami tadi kemungkinan babi takkan ada lagi di situ kerana kawasan tersebut dah kering. tapi aku percaya dia berada di sekitar dan mungkin sedang menonton manusia berpeloh yang melalui trek bukit besi ini.




7. ok.. sampai sudah diatas.. pada ketinggian kira-kira 295 meter dari aras laut kalau ikut jam aku.. aku rasa ni paling atas la kot... dalam perjalanan itu agak terperanjat bila terjumpa 'batu nesan'. bila diperhati rupa-rupanya busut anai-anai... pandai betul anai-anai ni bentukkan busut dia macam batu nesan. bikin goyang orang je hehehehe... 

 



8. jalan depan turun skit, pada ketinggian 280 meter aras laut jam aku, dengan keseluruhan masa tolak campor 1 jam 20 minit lebih, kami sampai R&R ketiga dan terakhir aku kira. sini lebih nyaman, redup, banyak kerusi, termasuklah ada 2 hammock kot-kot ada yang nak tidur sambil terbuai oleh angin sepoi sepoi bahasa. 

disini kami terjumpa seorang rakan pendaki berbangsa cina sedang berehat. selamba jalan sorang. rupa-rupanya masa kami jumpa tu dia dah round ketiga. dari awal pagi panjat. karipap betol.. aku ni nak sampai tercungap-cungap dia selamba 3 pusingan?






ambik dulu gambar buat kenangan (gambar diorang je la)


9. dah selesai... masa untuk berjalan turun balik. untuk pengetahuan jalan turun adalah mengikut laluan lain. walaupun begitu bahaya tetap bahaya. keluar dari hutan, melalui jalan terbuka, tepi gaung dan curam bukit, jalan kering agak licin. jadi kene berhati hatilah.
 






10. setelah kira-kira 1 jam 40 minit tempo pergerakan kami, sampai juga dibawah. kembali ke jalan raya. alhamdulillah...



so kesimpulannya, bukit ni bagus untuk latihan. mungkin lepas ni kalau berkesempatan naik lagi aku akan cepatkan sedikit 'pace'.. mungkin boleh try supaya bulan depan di gunung kinabalu masa pendakian ke laban rata dari timpohon boleh la sampai cepat skit. ada la masa lebih untuk rehat atau mengambil gambar di laban rata yang sangat jarang diperolehi.

pendakian pagi minggu ni juga aku turut membawa bersama dslr beserta lens 24-70. tujuannya sebagai latihan pendakian ke kinabalu nanti. bagi menyesuaikan kamera tu dengan pergerakan. so di akhir tadi walaupun rasa kurang selesa dengan berat kamera dan remeh bila kamera tu bergerak-gerak, tapi masih boleh dibawa bersama untuk mendaki. kira tak le menyusahkan.

sebenarnya sepatutnya hari minggu tadi aku marathon 2 bukit. satu sebelah pagi satu sebelah petang. petang sepatutnya ke bukit kembara di taman bukit indah yang boleh tembus sehingga taman TAR. tapi terpaksa dibatalkan oleh kerana rakan-rakan pendaki yang sepatutnya bersama mendaki agak keletihan. maklumlah masing-masing banyak komitmen. tapi takpe insyaAllah latihan akan diteruskan. sama ada latihan ringan, berat, mendaki, berjalan, berkayuh atau apa sahaja. tujuan aku agar lebih fit dan kaki dapat membiasakan bila pendakian ke kinabalu nanti.

ok jumpa lagi......

Sunday, February 2, 2014

15 MINIT YANG SUNGGUH BERHARGA


Assalamualaikum semua...

10 hari tanpa kabar di blog aku rasa macam satu kerugian pulak.. Kekangan waktu bekerja menjadi punca utama. Lagipun isu-isu sukan yang melanda agak longgar jika dikongsi (bagi aku) sebab ianya sudah pun dikongsi di dada-dada akhbar dan televisyen. Tambahan jika aku bercerita tentang keputusan perlawanan, bagaimana gol atau mata dikutip, err... Oh my memang straight sangat.. Orang pun dah tau.. So kalau aku nak bercerita perihal sukan pun aku lebih gemar bercerita 1. Disebalik kejadian 2. Yang orang tak ada tapi aku ada. 

Ok aku nak berkongsi perkara yang paling membanggakan aku. Hari ni aku cukup bertuah kerana dapat berjumpa keluarga ini. Sangat memberi inspirasi. Selepas 15 tahun berkelana di negara orang (15 tahun beb) di UK, Mereka pulang le tanahair.. Yang paling mengagumkan, Mereka pulang menaiki kenderaan atau senang aku cakap CARAVAN.

kira-kira 155 hari atau 5 bulan, menjelajah lebih 20 buah negara, menggali lebih 1001 pengalaman, tentunya ia sangat berharga.. Lebih bernilai jika sama-sama dapat dikongsi bersama rakyat malaysia, seterusnya memberi inspirasi menempuhi kehidupan seharian mendepani cabaran..

Aku anggap hari ni rezeki aku, apabila dapat terus berdepan dengan kenderaan ini dan juga keluarga ini.. Jadi aku ambil masa menggali serba sedikit buat pembakar semangat. 15 minit sudah memadai.. Yang penting dapat berjumpa secara terus dengan mereka.

Tak banyak yang aku tanyakan kepada encik jamalullail, kepala keluarga ini, sebab aku lebih berminat dengan caravan dia.. Hehehe... Katanya dia sedang berbincang dengan satu syarikat di gurun, kedah untuk bawa masuk caravan. Baguslah... Jika ia boleh menjadikan salah satu budaya di malaysia. Kos anggaran mungkin tak lebih 100k... Lagi ok tu... Cuma akan disesuaikan mengikut malaysia lah... Sebab caravan dia tak de aircon. Katanya nak pasang aircon pun mau 10k.. Tak pe pelan pelan kayuh bang...

Cuma pertanyaan yang mungkin penting... Aku tanya hala tuju lepas ni.. Jurutera ini berkata belum pasti.. Sebab anak anaknya sudah sesuai tinggal di UK. dari jawapannya aku dapat agak boleh jadi mereka akan kembali ke UK satu hari nanti. Cuma dia berkata kepulangan dia ke malaysia adalah untuk jaga orang tua yang uzur. Aku salute... 

So bagi aku kalau ikut membesarkan anak anak di mana mana pun sama... Asalkn ada keseimbangan dengan duniawi dan ukhrawi. Dan aku rasa insyaAllah tak da masalah mereka nak membesarkan keluarga walau di UK sekali pun. Lagipun sudah ramai orang malaysia di sana. Nescaya takde masalah. Tiket ke malaysia pun sesiapa pun boleh beli dengan harga mampu beli lah orang kata..

Haluan mereka seterusnya selepas ini adalah menjelajah malaysia bermula mac. Aku ucapkan selamat berjaya. Jika dapat dibukukan pengalaman mereka ia akan menjadi lebih berharga. Semoga apa yang mereka lakukan ini terus diberkati dan terus menjadi inspirasi buat rakyat malaysia.

Dan percayalah... Jika benar encik jamalullail akan mula membawa masuk caravan ke malaysia, insyaAllah aku akan menjadi antara yang terawal untuk mendapatkannya...

**follow page mereka di fb: byroadtomalaysia