Saturday, June 25, 2016

RINJANI - SEBUAH CATATAN DARI PERJALANAN YANG LENGKAP, PART 6 - MENYAMBUNG KUDRAT

Ini la yang dikatakan apabila dah naik syeh... penat pun boleh hilang dibuatnya... semuanya demi mencapai matlamat untuk menyudahkan segala halangan yang ada.

sebelum downhill, sempat posing kat plawangan sembalun

antara route ke segara anak.. petang-petang kabus byk

dari Part 5, sebenarnya kami dalam kategori berbelah bagi, sama ada nak teruskan ke tempat tujuan berikutnya, atau menamatkan sahaja misi. kerana matlamat asal kami iaitu ke puncak rinjani telah pun tercapai.. dan di kabarkan check point berikutnya amat getir... bukan sahaja kene turun nun jauh di bawah sana, tetapi kemudiannya perlu mendaki bagai nak gila bagi melengkapkan keseluruhan misi.

Tapi oleh kerana seperti yang kami bincang awal, bahawa ini mungkin pendakian tunggal ke rinjani, maka kami tetapkan semangat untuk meneruskan misi berikutnya = SEGARA ANAK.

sebelum korang teruskan membaca, aku mohon maaf. gambar ke segara anak sangat sikit. ni je yg ada dari empat-empat kamera. mungkin sebab penat yang sangat dan malas nak fikir banyak. semua nak cepat sampai tasik je...

Segara anak atau tasik anak, itu lah maksudnya.. segara = tasik. dan memang pun di bawah sana tasik yang besar. terjadi hasil dari kawah rinjani beribu tahun dahulu. jam 3 selepas dapat berehat sedikit, makan dan mengemas pakaian, kami meneruskan misi ke segara anak. lebih banyak downhill. tapi down hill sangat curam, terutama di awal - awal penurunan. kerana ia melibatkan penurunan dari batu-batu. permukaan tak rata, dan merbahaya. kami turun berhati-hati. aku kira kalau dari plawangan sembalun ke bawah tasik ada lebih 50 tingkat rasanya. kami perlu turun perlahan, kerana laluannya adalah di lereng bukit / gunung. sedikit kesilapan, alamatnya jatuh ke bawah.


laluan ke segara anak

selepas habis getir turun permukaan batu-batu, laluan agak landai. sambil mendaki dan menuruni bukit-bukit. senang kata macam merentas desa lah. aku macam biasa sebagai sweeper.. belakang skali, sambil ditemani oleh Zainal.

target dalam 3 jam, tetapi aku lewat sedikit, mungkin lewat 15 - 30 minit. dalam jam 6 lebih baru aku sampai. lagi 3 dah sampai awal. waktu aku sampai tu permulaan malam. sampai-sampainya tanpa membuang masa kami menyusun jadual yang dirancang lebih awal, iaitu ke kolam air panas / hot spring. sebab nak tengok tasik pun dah gelap. lagipun awal-awal pagi esok kami dah kene keluar ke misi lain.

untuk ke kolam air panas lain macam route dia. dalam keadaan gelap lagi tu. hanya bertemankan lampu suluh. kerana kolamnya di bawah bukit. dari tapak khemah kami di tepi tasik, melalui denai dan semak, dan kemudian menuruni bukit yang curam. waktu tu aku pun agak kaget. sebab ingatkan laluan biasa. dah le pakai selipar, sluar pendek. susah juga nak turun ke bawah kawasan kolam. kalau siang bole la nampak keluasan dsbnya. tapi bila malam, harap dengar air je la. tapi aku percaya, kolam air panas dia besar. dan istimewanya air panas keluar ikut celah batu. org2 rinjani buat beberapa paip bagi saluran yg lebih sempurna. ada beberapa kolam disitu, ikut tahap kepanasan. air panas ni mungkin dari kesan larva / gunung berapa di sana.

actually aku berkobar-kobar ke kolam air panas sbb nak mandi je, almaklumlah 2 / 3 hari x mandi. tapi bila dah masuk air panas rasa macam kurang puas mandi. mungkin sebab air panas, bukan air gunung. rasa dia pun lain. so ala-ala berendam je la. kira-kira 30 minit, kami pulang. tak pelah. sekadar melengkapi pakej rinjani kami. walaupun tak nampak apa kat kolam air panas. sekadar nampak cahaya-cahaya lampu suluh je. 

tiba kembali di khemah, rasa tak de apa la aktiviti nak dibuat. sekadar makan, rehat, tidur. melepaskan penat mendaki puncak rinjani sebelah paginya. sambil-sambil aku dapat la rasa urut dari porter kumpulan sebelah. sekadar merenggangkan urat dan otot kembali. kami pun tidur awal malam tu, sebab esoknya cabaran akhir, yang lagi getir... iaitu untuk keluar dari pergunungan itu, dan keluar cuma penamat kami di satu lagi desa atau kampung yang dipanggil Senaru.

tempoh perjalanan? ikut kata zainal = 8 atau 9 JAM... perrghhh... mula berfikir macam-macam...

BERSAMBUNG LAGI .....

Thursday, June 23, 2016

RINJANI - SEBUAH CATATAN DARI PERJALANAN YANG LENGKAP, PART 5 - SUMMIT ATTACK

Aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena bila break lama sangat walhal aku kene teruskan penulisan. tapi sebab banyak sgt tanggungjawab, cerita rinjani jadi delay.. ok tak pe kita sambung..

khemah kami di plawangan sembalun - waktu malam

18 Mei - bersambung dari cerita sebelum ni, awal pagi ni lah masanya menguji bagaimana harus kami sampai ke puncak. selesai semuanya bangun, makan, siap, dan kira-kira jam 2 pagi kami gerak untuk ke puncak. sasarannya = 5 jam, tanpa aku sendiri mengetahui apa yang menanti dihadapanku.

permulaan mendaki, nampak macam mudah. mendaki macam biasa, memanjat batu, tanah-tanah bukit, sambil diarah oleh zainal supaya tidak memijak pasir untuk elak dari penat. waktu permulaan biasa, kami brempat bersama, sambil junaidi mula mengeluh penat, berada di belakang sekali. aku? waktu mula ni semangat lain macam skit. mungkin sebab matlamat ke puncak tu.

di awal-awal pendakian

Memasuki suku perjalanan lebih kurang, md dan eddy mula mempercepat langkah, aku dan rd masih di belakang. rasa penat tu dah mula menghantui. cara nak tahu senang je.. apabila aku kerap bertanya kepada zainal check point tertentu yang diberitahu. contoh, first corner dari bawah. maksudnya untuk sampai ke bibir gunung berapi tu, dimana  dari situ kita akan melalui atas tebing gaung atau bibir kawah rinjani. kira-kira hampir dua jam, kami sampai diatas di tempat yang dimaksudkan tadi...

berehat seketika, tinggal aku dan junaidi. eddy dan md dah maju ke depan. slowly kami sambung. tapi tak berapa lama, aku terasa macam sudah semakin ketinggalan, junaidi sudah mara ke depan, yang belakang sudah ramai yang mengatasi aku. then baru aku perasan, tempo aku sudah semakin perlahan, semakin penat. tambahan dengan sejuk di atas tu. tau je lah aku ni bila sejuk dah terasa sampai ke dalam tubuh, enjin jadi sebu. kejap berenti kejap berenti..

junaidi hampir nak tiba

dari separuh perjalanan, sayup nampak cahaya-cahaya lapu yang banyak sudah berhenti. tiada pergerakan. aku yakin situlah puncak. dari tempat aku tu, nampak macam tak jauh. tetapi ternyata meleset, apabila pendakian itu harus diteruskan lagi. apatah lagi bila memasuki perjalanan yang memerlukan pendakian di pasir-pasir dan batu-batu gunung berapi ni. dua kali kau melangkah, selangkah kau akan ke belakang balik. sudah la dua langkah tu tak berapa besar langkah. macam selangkah je sebab mendaki berhati-hati dan step yang betul. kalau tidak dia akan melurut kembali ke bawah selangkah. aku semakin penat. aku tak tahu dah berapa banyak aku pit stop sepanjang jalan. yang aku tahu, memang penat. tampahan apabila memasuki 2 simpang terakhir, rasa macam mencanak naik. dengan batu-batu pasir, dengan penat. 

ni last sebelum sampai puncak.. mencanak naik..

aku perasan, ada macam last corner, sebelum straight ke atas sampai kaki puncak, kat situ aku dah flat habis. last-last aku cakap kat zainal, aku nak tido dan rehat. nasib baik zainal ok. aku just baring tepi laluan tu tanpa aku sedar tepi aku gaung. tau je la dah penat. waktu tu matahari pun sedang enak menaik. kira dalam sejuk, dapat pulak tembakan cahaya pagi yang panas, memang sedap la beb.. 

waktu tu pun aku hampir putus asa sebenarnya. aku nyaris nak cakap kat zainal yang aku give up, dan suruh dia ke atas je bgtau yang lain. tapi disebabkan ini bukan kinabalu, yang ada masa-masa tertentu, selain tempat aku tido tu last corner, kira sikit je lagi (walaupun jauh juga), jadi aku batalkan hasrat aku untuk retire awal. jadi selepas kira-kira 15 - 20 minit gitu, aku bangun dan teruskan pendakian. tu kalau aku layan tido tu mau tengahari baru terjaga.  aku tak tahu berapa lama aku ambik masa untuk mendaki last corner tu. tapi rasa lebih 30 minit gak. dan alhamdulillah... aku sampai di puncak, dalam 7 jam. kalau aku x silap dalam jam 9 lebih gitu. sebenarnya ada sisi lain yang terjadi waktu di puncak tu. tapi yg tu aku dgn zainal je la tau. kekeke..



puncak rinjani, 3726 mdpl. kalau perasan bawah tu tasik anak rinjani atau segara anak. di situ ada satu gunung berapi aktif. org kampung panggil gunung anak rinjani. tapi gelarannya gunung barujari

waktu di puncak tu aku tak tau nak kata apa, terlalu kelu nak berkata.. dalam gembira ada terharu. bila kategori pancit mcm aku berjaya sampai ke atas di ketinggian 3,726 meter dari aras laut tu. tinggi tu beb. kau bayang la nak menyampai tu camna. ini scene automatik ------>> tak semena-mena aku sebak.. bergenang air mata.. rasa macam aku baru melepasi satu babak getir yang sangat getir mcm perang pun ada atau seolah-olah terselamat dari sesuatu yang besar. rasa gembira yang sgt... aku bersujud tanda syukur kepada Allah.. kerana memberi ku kekuatan untuk melihat kebesaranNya.. baru aku perasan, dalam beratus yang naik, dan aku antara yang terawal mula, tetapi kesudahannya aku 3 yang terakhir sampai puncak. betapa lamanya masa...

sampai aku dah terlupa nak bermewah-mewah gambar lepas tu.. sebab terlalu kelu.. sikit je la gambar dapat aku ambik.. yang tiga lagi tu memang bermewah ambik gambar dgn video. sbb dah sampai awal sejam lebih dari aku. dah rilek banyak. cumanya aku amat berterima kasih dgn diorg. sebab sanggup menanti aku tiba ke puncak. bak kata org biar sama2 dapat grouping shot. walaupun masa aku dipuncak tak lama, sebab diorg dah tunggu aku lama. tapi bagi aku dah sampai pun dah memadai. 

kami mengambil sedikit sarapan roti yang dibekalkan di atas. dan kira-kira jam 10 pagi, sambung turun balik. namun mungkintak seperti mendaki, menurun lebih laju, cuma peha betis tu kene tahan lenguh la sbb nak menahan downhill ni.. kami perlu cepat sampai ke bawah di plawangan sembalum semula. kerana walaupun kemuncaknya ialah puncak rinjani, tetapi routenya tidak berakhir di situ. inilah yang aku kata catatan perjalanan yang lengkap, kerana kami perlu melengkapi perjalanan di seluruh kawasan rinjani ni. bak kata orang full package la...







antara route ke puncak.. 98 persen batu-batu pasir

sayup kelihatan plawangan sembalun. khemah pun nampak kecik

waktu turun.. kira tinggal x sampai 10 orang tmasuk aku. matahari pun dah tegak. lebih panas dari sejuk. walaupun menurun, aku masih slow. nak jaga kaki bang. sebab tak habis lagi. ok.. kira-kira 3 jam setengah, aku sampai ke plawangan sembalun. junaidi, md, rd 30 minit sampai lebih awal.

haaaa.. di sinilah perasaan itu berbelah bagi.. sebab semuanya dah penat, waktu pun dah masuk petang. makan pun belum, rehat pun tak habis. so, sambil-sambil tu kai bermusyawarah... adakah perlu semalam lagi di plawangan dan kembali ke desa sembalun esoknya? atau terus ke target kami seterusnya, iaitu tasik anak rinjani atau segara anak. so mengambil kata sepakat bahawa trip ni mungkin sekali sahaja, maka dalam penat tu kami bulat berkata untuk teruskan perjalanan, walaupun zainal dah kata, route lepas ni memang teruk... apa nak buat dah semangat...

sebaik makan tengahari, dapat lepaskan penat skit, barang pun dah kemas, kami pun x mau tunggu gelap sebab bahaya selain perlu sampai sebelum gelap, maka jam 3 petang gitu kai gerak ke segara anak. bermakna hari 18 mei ni kami non stop mendaki... peerrgghhh....

BERSAMBUNG...

Sunday, June 12, 2016

RINJANI - SEBUAH CATATAN DARI PERJALANAN YANG LENGKAP, PART 4 - CABARAN MENTAL BERMULA

Korang tau tak... aku ni sebenarnya masa sekolah benci menulis.. aku pun tak tahu kenapa aku susah nak berhenti menulis.. sejak aku diperkenalkan dengan dunia kewartawanan kira-kira 13 tahun lalu, semuanya berubah... sekali aku mula, memang kalau datang rajin aku akan menulis je... 


ok sambung cerita....




pagi di post 2.. bersiap-siap

17 mei selasa – hari ini lah bermula segala-galanya.. yang membawa maksud kekacauan mental dan fizikal yang terlalu maksimum, sehinggakan aku rasa macam nak jerit je sepanjang jalan. Al maklumlah, aku ni dah dalam kategori obes, BMI x normal, so lebih banyak penat.. nasib baik lah semangat tu sentiasa berada di sebelahku.. semangat sentiasa mendorong aku untuk teruskan perjalanan.. tak macam orang lain yang banyak angin dan tenaga, aku rasa aku memang perlukan lebih banyak latihan lepas ni.




layan dulu pagi

Jam 6 pagi lebih kami dah bangun. Kat sana pukul 6 pagi dah terang. Bangun terus renggang-renggang badan (maklumlah dah start tido kat khemah), hilangkan stress, rilek-rilek sambil menikmati pemandangan sejuk waktu pagi. Satu yang bagus aku perasan ialah aku dah serasi dengan tempat ni. Buktinya belum apa-apa aku dah cari tempat membuang kekeke… nasib baik la ada semak jauh sikit yang agak ke bawah bukit dan x perasan. Dapatlah lepas hajat. Itu pun ala kadar je la.. bukan tandas kat rumah pun. Tandas terbuka je.

 sudut pandang lain di post 2. saujana mata memandang

awal-awal pagi disaji nasi goreng yang enak kekeke

Pagi ni kami disajikan dengan makanan enak dengan hiasan yang menarik. Nasi goreng telur. Rupa-rupanya porter kami bukan sahaja kuat angkat barang, tetapi juga handal memasak bahkan pandai menghias pula tu.. tapi aku dah mula merasakan bahawa selera makan berkurang. Mungkin sbb pembawakan penat. Jadinya makanan tu tak abis walaupun sedap. Untuk pengetahuan korang, sampailah selesai trip gunung kami, memang selera makan kurang walaupun sepatutnya perlu makan untuk tenaga.

Selesai semuanya, kira-kira jam 7.15 – 7.30 pagi, kami memulakan pendakian. Tujuan kami kali ini ialah plawangan sembalun. Iaitu kawasan start point untuk ke puncak rinjani. Anggaran masa 5 jam gitu. Nampak macam tak de masalah. Tapi permulaan kesengsaraan itu mula apabila menghampiri pertengahan perjalanan. Dari post 2 ke post 3 walaupun sudah bermula mendaki, tetapi masih boleh la aku tahan lagi. mungkin sebab masih awal. Pendakian pun bagi aku adil apabila tidak terus memanjat. Ada juga jalan rata walaupun melalui kadang melalui sebelah gaung yang sangat dalam (bawah tu ada laluan lava gunung berapi).

pendakian mental bermula

kalau korang perasan atas sekali tu yg ada awan tu, situlah tujuan kami, plawangan sembalun

Namun sebaik melepasi post 3 sehingga post extra (aku lupa post 4 atau post extra) aku dah rasa kepenatan.. tambahan selepas tu ada pendakian terus yang menanti, tiada lagi yang rata, semuanya mendaki, sampailah ke puncak plawangan sembalun. Dipanggil ‘bukit penyesalan’, aku tak tahulah bagaimana menggambarkan betapa menyesalnya bila mula mendaki tanpa henti itu. Rasa nak tercabut lutut, betis, peha dan pergelangan kaki. Cuma semangat tu sedikit sebanyak masih utuh bila mana kau berselisih dengan pendaki lain yang ingin turun sambil kata-kata semangat dilontarkan. Tambahan yang berselisih tu yang jauh lebih berusia dari kau. Waktu tu ada 2 perasaan, iaitu malu jika tak teruskan atau semakin memberi kau semangat yang padu.. padu baq ang…

ayat uncle ni memang bikin panas.. sikit lagi la orang muda boleh la.. padahal lidah aku dah terjelir dah.. nasib baik aku ada ego.. kikiki

nah.. bukit penyesalan bermula, dari post extra / post 4 aku pun x ingat..

bergambar dulu sebelum hadap bukit penyesalan. photo junaidi

di awal-awal pendakian bukit penyesalan. tak lama lepas tu aku ingat bertiang-tiang kene tinggal. cis..

Tetapi dugaan itu bukan setakat itu, ada lebih 2 3 bukit sebelum sampai ke atas Plawangan Sembalun. Yang last tu zainal kata tu bukit penyiksaan. Tah betul tah tidak. Atau dia saja cipta. Sebab org biasa sebut bukit penyesalan je sampai atas. Tapi tak kisah la nama apa, tapi memang mcm nak pengsan untuk sampai ke atas. Macam aku kata, mungkin sebab aku ni saiz XXL. Baru aku sedar yang bila BMI x berapa stabil, nak buat aktiviti kasar pun tak berapa stabil.

antara view dlm perjalanan

bukit penyesalan. semuanya mendaki. non stop.

standby rehat dulu.. belakang ni mula bukit lagi.. kalau ikut kata zainal ni bukit penyeksaan.. tah iya tah tidak..

terus mendaki..

Aku ingat ala-ala dekat. Sebab dari bawah Nampak tak berapa jauh. Ternyata telahan itu meleset semata-mata. Aku hanya Berjaya sampai ke plawangan sembalun selepas 6 jam. Sejam lewat dari junaidi, md dan eddy. Rasa malu pun ada, tapi aku ambik benda tu sebagai rangsangan untuk lebih kuat lagi hari-hari mendatang. Tiba di atas, ada pulak orang jual air. Rasa lawak pun ada, tapi sebab aku dah penat, kebetulan ada pulak air garam pocari sweat, apa lagi belasah je. Harga 30 ribu rupiah untuk botol kecik pun aku tak kisah. Janji ada isi air garam. Disitu sudah ada yang mendirikan khemah. Aku Tanya zainal dah sampai kan? Zainal dengan selamba jawab memang dah sampai, tapi khemah jauh lagi.. aduh.. terus lembik balik. Rupanya khemah kami di hujung. Aku perlu bergerak ke depan lagi untuk sampai. Laluan dia macam jambatan. Camna aku nak panggil. Macam banjaran? Ntah la tapi memang kiri kanan kau curam ke bawah. Ada la laluan tu dapat dalam 2 / 3 lane jalan raya kekeke…

lega.. sampai plawangan sembalun.. jalan masuk ada jual air. dapatlah teguk sebotol.. khemah kami jauh didepan lagi.

layan skeping dulu..



plawangan sembalun

Ok selepas beberapa ketika aku dan zainal selaku tukang sapu (sweeper daa) sampai ke tempat kami. Memang di hujung. Sebab dekat dengan mata air. Waktu tahu hujung tu tempat air aku dah terbayang berus gigi, sabun, mandi. Tapi aku sekali lagi tersilap. Rupanya untuk ke tempat air perlu menuruni bukit agak ke bawah. Tambahan ramai pulak orang turun naik. Waktu tu mood pun letih. Last-last aku hanya mampu perhati je orang turun naik ambik air. Aku terbayang kalau aku yang ke bawah ni, mau tak naik balik sebab penat. Ada la 5 - 10 minit ke bawah. Lagipun perlu berhati-hati. Jadinya porter kami je la yang turun ambik air buat minum dan memasak, tambahan air kami pun dah habis. Kena pulak di atas bukit, cuaca petang pun dah mula sejuk. So?? Lupakan lagi la air.. hehehe dah 2 hari jadi kambing.

pemandangan dari sebuah bukit yang agak tinggi di plawangan sembalun. dibawah kanan sana ialah segara anak / tasik anak rinjani. ada la lebih 40 50 tingkat apartment jarak ke bawah..

segara anak.. difahamkan terjadi beribu tahun dahulu, kesan kawah rinjani. kira tempat kami tu bibir kawah dia la tu..


pendaki dari eropah. akiviti petang. lepak di tebing sambil tengok bawah (segara anak)

jenguk-jenguk puncak atas sana

Aktiviti bila ada di plawangan sembalun? jenguk-jenguk puncak dari bawah… Nampak macam dekat tapi jauh gila.. actually bukan sebab jauh apa, tapi pendakian tu yang membuatkan masa tu terlalu lama. Selain tu aktiviti petang ialah sunset, ambik gambar masyarakat, lepak-lepak, borak-borak.. apa lagi yang kau boleh buat atas tu? Bukan ada seven eleven pun, bukan ada kedai mamak pun. Last-last merapu je la tak abis –abis…

guide dan porter. dari kiri zainal, ijan, marhan, anis. aku salute diorg. bukan stakat pandai masak. tapi pikul barang pun jalan macam lipas kudung walau mendaki.

cewah.. nak bermanja pulak dia.. kekeke

petang melabuhkan tirai... view gunung sangkariang dari plawangan sembalun. belum ada sesiapa naik. sebab bahaya dan takde jalan.

mula senja sejuk memang sampai ke tulang.. 

Waktu malam yang cepat (sekitar 6 lebih) membuatkan aktiviti kami semakin perlahan. Sebaik makan (makan awal), kami pun tidor la tambahan penat belum habis selain perlu berehat. Ada la dalam 8 lebih dah mula masuk ke khemah. Dalam kesejukan malam tu, aku siap-siap memakai pakaian mendaki yang sesuai terutama pakaian jaket dan penutup kaki sebab kami perlu memulakan pendakian puncak jam 1 pagi. Aku siap-siap pakai supaya pagi bangun tak la terkejar-kejar. Sambil tu tak la sejuk sangat sebab pakaian aku pun tebal. Memikirkan nak ke tempat sejuk selain mengurangkan berat beg (hasil pengalaman di kinabalu), aku tak la bawak pakai hiking rasmi, just hiking boot je. Jaket aku pun jaket biasa, melapisi t-shirt di dalam. Berbanding hari sebelumnya berseluar pendek, aku berseluar panjang lasak kali ni. Selain tu stoking bola yang terperap lama kat rumah (stoking free) aku bawak tutup sampai betis. Dapat la cover sejuk lebih skit.

Dah ready nak tido, waktu tu aku mula bayang yang bukan-bukan. Ye lah nak mula mendaki kan. Boleh sampai ke tak boleh ke, macam mana rupa mendaki tu nanti, semua aku terpikir. Perasaan berbaur-baur. Dalam semangat ada timbul rasa takut, timbul juga sejauh mana tahap keyakinan aku. Last-last aku tidor ayam je malam tu, ibarat tak tidor pun ada. Kejap-kejap terjaga kejap-kejap terjaga. Aku rasa memang aku tidor tak lena, dan rehat aku dari penat sebelumnya tak hilang banyak. Kiri kanan dengar suara orang berborak la bergurau la (makna memang aku tak nenyak tidor)… sedar tak sedar, jam 12 lebih aku dah bangun, kluar khemah.. hhmmm cuba-cuba stretching, senaman ringan. Cuba-cuba bangkit semangat.. padahal aku tidor tak nyenyak… lepas tu sorang-sorang ahli jemaah bangun. Porter pun mula memasak bagi kami makan untuk tenaga.. dan kami selesai untuk memulakan pendakian menjelang 2 pagi… waktu itu perasaan aku lagi tak keruan…

BERSAMBUNG ….

malam di plawangan sembalun