Korang tau tak... aku ni sebenarnya masa sekolah benci menulis.. aku pun tak tahu kenapa aku susah nak berhenti menulis.. sejak aku diperkenalkan dengan dunia kewartawanan kira-kira 13 tahun lalu, semuanya berubah... sekali aku mula, memang kalau datang rajin aku akan menulis je...
ok sambung cerita....
pagi di post 2.. bersiap-siap
17 mei selasa – hari ini lah
bermula segala-galanya.. yang membawa maksud kekacauan mental dan fizikal yang
terlalu maksimum, sehinggakan aku rasa macam nak jerit je sepanjang jalan. Al
maklumlah, aku ni dah dalam kategori obes, BMI x normal, so lebih banyak
penat.. nasib baik lah semangat tu sentiasa berada di sebelahku.. semangat
sentiasa mendorong aku untuk teruskan perjalanan.. tak macam orang lain yang
banyak angin dan tenaga, aku rasa aku memang perlukan lebih banyak latihan
lepas ni.
layan dulu pagi
Jam 6 pagi lebih kami dah
bangun. Kat sana pukul 6 pagi dah terang. Bangun terus renggang-renggang badan
(maklumlah dah start tido kat khemah), hilangkan stress, rilek-rilek sambil
menikmati pemandangan sejuk waktu pagi. Satu yang bagus aku perasan ialah aku
dah serasi dengan tempat ni. Buktinya belum apa-apa aku dah cari tempat
membuang kekeke… nasib baik la ada semak jauh sikit yang agak ke bawah bukit
dan x perasan. Dapatlah lepas hajat. Itu pun ala kadar je la.. bukan tandas kat
rumah pun. Tandas terbuka je.
awal-awal pagi disaji nasi goreng yang enak kekeke
Selesai semuanya, kira-kira
jam 7.15 – 7.30 pagi, kami memulakan pendakian. Tujuan kami kali ini ialah
plawangan sembalun. Iaitu kawasan start point untuk ke puncak rinjani. Anggaran
masa 5 jam gitu. Nampak macam tak de masalah. Tapi permulaan kesengsaraan itu
mula apabila menghampiri pertengahan perjalanan. Dari post 2 ke post 3 walaupun
sudah bermula mendaki, tetapi masih boleh la aku tahan lagi. mungkin sebab
masih awal. Pendakian pun bagi aku adil apabila tidak terus memanjat. Ada juga
jalan rata walaupun melalui kadang melalui sebelah gaung yang sangat dalam
(bawah tu ada laluan lava gunung berapi).
pendakian mental bermula
Namun sebaik melepasi post 3
sehingga post extra (aku lupa post 4 atau post extra) aku dah rasa kepenatan..
tambahan selepas tu ada pendakian terus yang menanti, tiada lagi yang rata,
semuanya mendaki, sampailah ke puncak plawangan sembalun. Dipanggil ‘bukit
penyesalan’, aku tak tahulah bagaimana menggambarkan betapa menyesalnya bila
mula mendaki tanpa henti itu. Rasa nak tercabut lutut, betis, peha dan
pergelangan kaki. Cuma semangat tu sedikit sebanyak masih utuh bila mana kau
berselisih dengan pendaki lain yang ingin turun sambil kata-kata semangat
dilontarkan. Tambahan yang berselisih tu yang jauh lebih berusia dari kau.
Waktu tu ada 2 perasaan, iaitu malu jika tak teruskan atau semakin memberi kau
semangat yang padu.. padu baq ang…
ayat uncle ni memang bikin panas.. sikit lagi la orang muda boleh la.. padahal lidah aku dah terjelir dah.. nasib baik aku ada ego.. kikiki
nah.. bukit penyesalan bermula, dari post extra / post 4 aku pun x ingat..
bergambar dulu sebelum hadap bukit penyesalan. photo junaidi
di awal-awal pendakian bukit penyesalan. tak lama lepas tu aku ingat bertiang-tiang kene tinggal. cis..
Tetapi dugaan itu bukan
setakat itu, ada lebih 2 3 bukit sebelum sampai ke atas Plawangan Sembalun.
Yang last tu zainal kata tu bukit penyiksaan. Tah betul tah tidak. Atau dia
saja cipta. Sebab org biasa sebut bukit penyesalan je sampai atas. Tapi tak
kisah la nama apa, tapi memang mcm nak pengsan untuk sampai ke atas. Macam aku
kata, mungkin sebab aku ni saiz XXL. Baru aku sedar yang bila BMI x berapa
stabil, nak buat aktiviti kasar pun tak berapa stabil.
antara view dlm perjalanan
bukit penyesalan. semuanya mendaki. non stop.
standby rehat dulu.. belakang ni mula bukit lagi.. kalau ikut kata zainal ni bukit penyeksaan.. tah iya tah tidak..
terus mendaki..
Aku ingat ala-ala dekat.
Sebab dari bawah Nampak tak berapa jauh. Ternyata telahan itu meleset
semata-mata. Aku hanya Berjaya sampai ke plawangan sembalun selepas 6 jam.
Sejam lewat dari junaidi, md dan eddy. Rasa malu pun ada, tapi aku ambik benda
tu sebagai rangsangan untuk lebih kuat lagi hari-hari mendatang. Tiba di atas,
ada pulak orang jual air. Rasa lawak pun ada, tapi sebab aku dah penat,
kebetulan ada pulak air garam pocari sweat, apa lagi belasah je. Harga 30 ribu
rupiah untuk botol kecik pun aku tak kisah. Janji ada isi air garam. Disitu
sudah ada yang mendirikan khemah. Aku Tanya zainal dah sampai kan? Zainal
dengan selamba jawab memang dah sampai, tapi khemah jauh lagi.. aduh.. terus lembik
balik. Rupanya khemah kami di hujung. Aku perlu bergerak ke depan lagi untuk
sampai. Laluan dia macam jambatan. Camna aku nak panggil. Macam banjaran? Ntah
la tapi memang kiri kanan kau curam ke bawah. Ada la laluan tu dapat dalam 2 /
3 lane jalan raya kekeke…
lega.. sampai plawangan sembalun.. jalan masuk ada jual air. dapatlah teguk sebotol.. khemah kami jauh didepan lagi.
Ok selepas beberapa ketika
aku dan zainal selaku tukang sapu (sweeper daa) sampai ke tempat kami. Memang
di hujung. Sebab dekat dengan mata air. Waktu tahu hujung tu tempat air aku dah
terbayang berus gigi, sabun, mandi. Tapi aku sekali lagi tersilap. Rupanya
untuk ke tempat air perlu menuruni bukit agak ke bawah. Tambahan
ramai pulak orang turun naik. Waktu tu mood pun letih. Last-last aku hanya
mampu perhati je orang turun naik ambik air. Aku terbayang kalau aku yang ke
bawah ni, mau tak naik balik sebab penat. Ada la 5 - 10 minit ke bawah. Lagipun perlu berhati-hati. Jadinya porter kami je la yang turun ambik air
buat minum dan memasak, tambahan air kami pun dah habis. Kena pulak di atas
bukit, cuaca petang pun dah mula sejuk. So?? Lupakan lagi la air.. hehehe dah 2
hari jadi kambing.
pemandangan dari sebuah bukit yang agak tinggi di plawangan sembalun. dibawah kanan sana ialah segara anak / tasik anak rinjani. ada la lebih 40 50 tingkat apartment jarak ke bawah..
segara anak.. difahamkan terjadi beribu tahun dahulu, kesan kawah rinjani. kira tempat kami tu bibir kawah dia la tu..
pendaki dari eropah. akiviti petang. lepak di tebing sambil tengok bawah (segara anak)
jenguk-jenguk puncak atas sana
Aktiviti bila ada di
plawangan sembalun? jenguk-jenguk puncak dari bawah… Nampak macam dekat tapi jauh
gila.. actually bukan sebab jauh apa, tapi pendakian tu yang membuatkan masa tu
terlalu lama. Selain tu aktiviti petang ialah sunset, ambik gambar masyarakat,
lepak-lepak, borak-borak.. apa lagi yang kau boleh buat atas tu? Bukan ada
seven eleven pun, bukan ada kedai mamak pun. Last-last merapu je la tak abis
–abis…
guide dan porter. dari kiri zainal, ijan, marhan, anis. aku salute diorg. bukan stakat pandai masak. tapi pikul barang pun jalan macam lipas kudung walau mendaki.
mula senja sejuk memang sampai ke tulang..
Waktu malam yang cepat (sekitar 6 lebih) membuatkan aktiviti kami semakin perlahan. Sebaik makan (makan awal), kami pun tidor la tambahan penat belum habis selain perlu berehat. Ada la dalam 8 lebih dah mula masuk ke khemah. Dalam kesejukan malam tu, aku siap-siap memakai pakaian mendaki yang sesuai terutama pakaian jaket dan penutup kaki sebab kami perlu memulakan pendakian puncak jam 1 pagi. Aku siap-siap pakai supaya pagi bangun tak la terkejar-kejar. Sambil tu tak la sejuk sangat sebab pakaian aku pun tebal. Memikirkan nak ke tempat sejuk selain mengurangkan berat beg (hasil pengalaman di kinabalu), aku tak la bawak pakai hiking rasmi, just hiking boot je. Jaket aku pun jaket biasa, melapisi t-shirt di dalam. Berbanding hari sebelumnya berseluar pendek, aku berseluar panjang lasak kali ni. Selain tu stoking bola yang terperap lama kat rumah (stoking free) aku bawak tutup sampai betis. Dapat la cover sejuk lebih skit.
Dah ready nak tido, waktu tu
aku mula bayang yang bukan-bukan. Ye lah nak mula mendaki kan. Boleh sampai ke
tak boleh ke, macam mana rupa mendaki tu nanti, semua aku terpikir. Perasaan
berbaur-baur. Dalam semangat ada timbul rasa takut, timbul juga sejauh mana tahap
keyakinan aku. Last-last aku tidor ayam je malam tu, ibarat tak tidor pun ada. Kejap-kejap
terjaga kejap-kejap terjaga. Aku rasa memang aku tidor tak lena, dan rehat aku
dari penat sebelumnya tak hilang banyak. Kiri kanan dengar suara orang berborak
la bergurau la (makna memang aku tak nenyak tidor)… sedar tak sedar, jam 12
lebih aku dah bangun, kluar khemah.. hhmmm cuba-cuba stretching, senaman ringan.
Cuba-cuba bangkit semangat.. padahal aku tidor tak nyenyak… lepas tu
sorang-sorang ahli jemaah bangun. Porter pun mula memasak bagi kami makan untuk tenaga..
dan kami selesai untuk memulakan pendakian menjelang 2 pagi… waktu itu perasaan
aku lagi tak keruan…
No comments:
Post a Comment
your comments is valuable..