assalamualaikum wbt.. actually blog aku ni mcm malas nak port, tapi disebabkan perkongsian, ini je medan yang terbaik utk dikongsi, tambahan kau boleh cerita banyak, dan letak gambar byk2...
pantai yang terdapat di lombok
PART 1 - INTRO
LOMBOK.. sapa yang x kenal
lombok sekarang. Sebut je Lombok dalam fikiran dah terbayang pantai yang
cantik, air yang sgt jernih, pulau-pulau yang menjadi singgahan malahan air
terjun dan gunung berapinya yang menjadi sebutan pelancong.
Jika dulu sebut je Lombok,
perkara pertama yang berlegar dalam fikiran orang Malaysia ialah anak dara yang
dibawa lari.. atau digelar pencuri.. padahal sudah memang atas suka sama suka,
dah tinggal di sana baru la tahu peritnya.. tapi itu dulu. Aku x rasa kalau
sekarang ni anak gadis kita nak balik.. lagi disambutnya org datang ke sana..
al maklumlah tempat sudah menjadi popular sekarang.
Sebut sahaja pasal anak
gadis Malaysia yang ke sana, ground person kami, Jan berkata memang sudah menjadi
budaya orang Lombok atau dengan gelaran suku sasaknya, ‘mencuri’ anak gadis
org. tetapi istilah mencuri itu bukanlah sesuatu yang tidak elok, sekadar
perkataan apabila sememangnya mereka telah mendapat keizinan untuk memiliki
anak gadis tersebut.
Itu sisi yang heboh
diperkatakan dahulu. Tapi kini Lombok menjadi pilihan selain Bali. Dengan
gelaran ‘Pulau seribu Masjid’, mencerminkan keadaan sosio budaya masyarakat
Islam di sana yang menjadikan Islam itu satu pokok yang penting. Dengan pembinaan banyak masjid setidaknya mengajak masyarakat
setempat mendekati ajaran yang sebenar. Bukan itu sahaja, masyarakat kampong
berlumba-lumba membina rumah ibadat untuk orang Islam itu. Tiada istilah surau
di sana, semuanya masjid, bagi mencerminkan keutuhan sesebuah kampong atau desa
kepada Islam itu. Malahan Jan berkata gelaran Pulau Seribu Masjid itu hanyalah
satu gelaran kerana yang sebenarnya menurut Jan ada lebih 3,500 masjid di
Lombok. Pendek kata melangkah sedikit jumpa masjid, jalan depan sikit ada lagi
masjid.
Ok.. itu sedikit intro..
skrg cerita kami.. pertengahan mei baru-baru ini, aku dan 3 musibat… eh 3
sahabat, berkesempatan mencabar diri melengkapkan satu trip yang aku kira
sangat mencabar, iaitu mendaki gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia,
Rinjani.. trip yang sudah dirancang kosong lebih setahun, tetapi menjadi satu
magic pada disember 2015 apabila secara selorohnya tiket dibeli.. saat itu
perasaan berbaur-baur, sama ada enjoy, takut atau masih menjadi tanda Tanya.
Ini kerana tanpa persediaan yang rapi, kami redah sahaja dengan berbekalkan
info-info di internet.
rinjani dari post 2
Pun begitu bukanlah bermakna
kami kosong begitu sahaja, kerana pada 2014 kami pernah mendaki gunung
kinabalu, yang lebih tinggi dari rinjani, cuma kami x menjangkakan apa yang
menanti di rinjani sehinggalah kami tempuhinya sendiri. Memang lari jauh dari
apa yang kami sangkakan. Sangat jauh berbeza dari gunung kinabalu yang kami
fikir masih boleh ditempuh pendaki. rinjani memerlukan lebih kesungguhan dan
keazaman, apatah lagi untuk orang-orang macam kami yang bukan pendaki tegar,
hanya untuk seronok seronok.
Actually masa beli tiket tu
aku pun macam endah x endah, just bayar tiket dan begitu sahaja.. sangat
berbeza dari cerita kinabalu 2 tahun dahulu yang sangat bersungguh-sungguh
dengan persediaan yang sangat rapi, akhirnya aku pulang dengan kesakitan. Kali
ini aku kira macam ‘lantaklah’, apa nak jadi jadilah.. persediaan pun simple,
termasuk dari segi attire.. mungkin cerita kinabalu byk memberi pengajaran,
dengan berat, sarat dan lain-lain… tapi kali ini aku just gunakan apa yang
ada.. baju pun yang tercapai dalam almari.. cuma aku bertindak lebih waras,
dengan kos lebih murah, termasuk guna stoking bola dan sarung lengan harga 10
ringgit..
Ini kerana tiket beli 8 hari
7 malam. Aku cuma membayangkan yang best selepas selesai pakej rinjani je bila
bab berada di bawah... proses ke puncak dan pakej dalam tu langsung aku x
terpikir..
latihan seadanya di bukit saga, ampang
Bercerita pasal persediaan
stamina, ni lagi satu hal.. main-main je.. setakat jogging ringan, kayuh
basikal dalam rumah.. ada training mendaki pun aku rasa 2 3 kali je.. itu pun
setakat bukit saga yang lebih kurang 400 meter lebih, berbanding rinjani dengan
3,726 meter, berganda-ganda.. entah lah.. aku rasa macam ‘nasiblah’… basikal
dalam rumah ni la yang aku kerap kayuh, selain ‘mendaki’ tangga rumah dari
lantai bawah ke tingkat 13, dan kemudian turun balik. Ada la 3 kali aku buat…
malahan aku sendiri langsung x study pasal trip ni.. sekadar dengar cerita dari
eddy dan junaidi.. kerana eddy yang beli tiket, dan dua-dua ni yang banyak
study.. selain mencari guide terbaik di sana nanti.
Menghampiri tarikh berangkat
ke Lombok, baru lah aku rasa ada sedikit kesungguhan dalam latihan, itu pun
masih tak cukup.. bayangkan dengan komitmen keluarga dan kerja, selain
usaha-usaha mencari dana tambahan buat bekalan di Lombok nanti. Lebih-lebih
lagi apabila aku langsung x buat kajian pasal rinjani, dan hanya bersedia untuk
berhadapan dengan apa yang menanti.
BERSAMBUNG ...
BERSAMBUNG ...
bila nak sambung??? hahahaaaaa
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKedatangan pelancong-pelancong dari negeri jiran setidaknya ikut berperan meningkatkan taraf hidup orang Lombok khususnya para guide dan porter. Terima kasih saudara seiman.
ReplyDelete