assalamualaikum.. sebelum aku memulakan sambungan cerita rinjani kami, aku ucapkan salam ramadhan buat semua umat Islam islam di Malaysia dan seluruh dunia semoga amal ibadat kita diterimanya.. sesambil kita semangat ramadhan ni, meh sambung cerita...
16 mei Isnin – pagi-pagi aku
dah bangun, selesai siap, guide kami, zainal sampai. Selepas bincang serba
sedikit aku dan eddy gerak ke pekan cari barang.. junaidi dan m.d tinggal jadi
orang kampong. Aku rasa tang ni difahamkan kene bayar extra kat supir sbb dia
kene kerja lebih skit untuk cari barang. Tak pe la janji dapat barang. Jadi aku
dan eddy meneruskan usaha cari sedikit barang buat bekalan, sambil waktu
bertolak tu aku hubungi ground person airasia (tah apa nama dah lupa) untuk
mengetahui status beg aku. Aku ingat macam dah takde harapan, tapi syukur dia berikan jawapan yang positif, rupanya beg
aku tersasar ke Denpasar, bermakna haluan ke Bali, dan katanya beg tu dalam
perjalanan kembali ke KLIA2 sebelum terus ke Lombok. Jadi aku andaikan harapan tu tipis untuk
aku bawak beg tu naik rinjani, mungkin selepas turun baru dapat. Jadi aku dan
eddy teruskan rancangan di pekan, cari mana patut dgn cepat, dan dapat mulakan
pendakian dengan segera supaya banyak masa rehat. Sementara junaidi dan m.d
kalo dilihat dari koleksi gambar dan video, bukan main bahagia jadi orang
kampong, bermotor sana sini, melepak dan lain-lain sambil aku pula berpayahan
di pekan cari barang.. hawau.. bayangkan dengan masa ke pekan tu, dengan kelam kabut nak dapatkan barang dengan cepat, termasuklah nak pergi cari air contact lens eddy (barang dalam beg hilang tu), dan aku tentunya dengan baju bagai, termasuk nak pergi farmasi..
bukan main seronok diorg ni jadi org kampung
dah macam wakil rakyat aku tgk diorg ni.. sempat juga bjumpa agen otai yang sgt sempoi dan mudah dibawa bincang, juan de matteo (tangan patah)
kami? sempat juga menikmati pemandangan dari look point melihat lembah desa sembalun hahaha
selesai urusan dipekan, kami
kembali semula ke sembalun (dengan perjalanan 2 / 3 jam itu). Tetapi dalam
perjalanan tu aku dapat panggilan yang mungkin ada sedikit menggembirakan,
apabila beg aku sudah dalam perjalanan dan dijangka sampai petang.. (padahal
duit aku dah keluar seratus lebih buat beli barang.. cis..) tapi takpelah at least lengkap barang aku. selepas
tiba di sembalun, berbincang, muzakarah bersama sama kami dan guide kami
zainal, maka kami putuskan untuk tunggu beg tu juga dan mulakan pendakian
lewat, kerana difahamkan walaupun dah cukup keperluan ringkas yang dibeli, tapi
masih ada barang-barang penting yang di letak bersama beg tu termasuk
barang-barang junaidi, eddy dan m.d. antaranya termasuklah hiking stick.
gelabah gelabah juga, tapi x bole stress sgt.. pekena bakso dulu sblm balik
homestay kami dan pakaian aku - sluar tu la sehelai + baju bundle dapat beli kat pekan kekeke
sambil tunggu beg, santai kat kebun dpn bilik
Tunggu punya tunggu punya
tunggu, sempat la lelap mata, nikmati pemandangan pertanian depan homestay, jam 5 petang lebih baru beg tu sampai ke sembalun, dihantar oleh agen airasia
(salah diorang, maka diorang tanggung). Tanpa membuang masa, kami terus
bergegas dengan barang2 yang dah siap, ke permulaan pendakian di desa sembalun
tu. Difahamkan tempat tu digelar based camp Juan. Rumah yang merupakan pusat
pengumpulan pendaki, guide dan porter untuk mengumpul barang-barang dan bahan bahan mentah masakan. Kami hanya selesai mempersiapkan diri dalam jam 6 lebih, dan
waktu tu dah pun gelap.
based camp juan. starting point. gambar diambil pagi. masa kami dtg ptg ramai pendaki lain dari kumpulan berbeza. tapi masih bawah kendalian juan. x sempat bergambar sbb kelam kabut.
Dengan lafaz bismillah dan
sedikit doa memohon keselamatan perjalanan, kami mulakan pendakian kira-kira
jam 6.30 malam (dah gelap pun).. aku tak boleh jangka ketika pendakian awal
itu, tapi aku agak tidak lah berapa sukar, dan masih kelihatan lapang di kiri
kanan, sambil banyak tahi lembu dalam perjalanan. Jadi aku fikir pendakian
mukaddimah tu agak menenangkan, walau dalam suasana malam. Jika mengikut rujukan
gambar2 di internet, ia seakan savannah, atau padang berbukit, sebab tu guide
berani bawak jalan malam.
Tujuan kami ialah terus ke post 2 untuk berkhemah,
kerana di sana lebih lapang dan pemandangan indah. kata zainal post satu
terlalu dekat manakala post 3 agak jauh ke depan, tak sesuai untuk pendakian
malam selain tiada apa-apa pandangan yang menarik. Jangkaan 3 jam ke post 2,
tetapi kami sampai 30 minit lebih awal. Bermakna malam tu kami berjalan
kira-kira 2 jam 30 minit. Zainal kata itu kira ok, sebab kami dah jimat tempoh
tersebut untuk medaki tujuan seterusnya ke plawangan sembalun pada keesokan
paginya. Kerana menurut zainal ia lebih sukar. Memang sukar, terutama untuk
aku, kalau lagi 3 sahabat aku ni aku tak rasa sukar, sbb diorg banyak angin, x
macam aku. Dan aku perasan sejak di kinabalu, aku ada masalah untuk adaptasi
cuaca sejuk, sebab dia akan mencacatkan pergerakan aku akibat dari semput yang
aku akan hadapi.
pemandangan khemah dan juga gunung rinjani pada waktu malam dari post 2
sebenarnya bukan hanya kami di post 2, byk khemah dah didirikan lebih awal, bermakna ramai pendaki. terasa macam meriah pun ada. tapi masing-masing aku kira penat, jadi semuanya perlukan ketenangan.
Malam itu selepas makan, curi masa ambik gambar sikit buat
simpanan, dan lepas tu kami tidur, dengan apa yang kami pakai masa mendaki tu.
Dengan cuaca yang sejuk, aku rasa boleh la lupakan air untuk cuci ke mandi ke
(air pun tak de).
BERSAMBUNG LAGI LA NAKKK ....
No comments:
Post a Comment
your comments is valuable..