tak sangka pulak aku, ada yang tak sabar menunggu part 2.. ke saja korang nganjingkan aku ni? kehkehkeh.. tapi x pe sudah menjadi trend bercerita yang bersambung, mesti ada sambungannya...
di KLIA2. masa ni dok fikir yang enak-enak je kekeke
Pra Rinjani
15 mei – tarikh kami
berangkat.. hari pertama sahaja aku telah terima dugaan.. tapi aku percaya,
dugaan itu mengajar kau kesabaran, dan dari kesabaran itu lah kau akan mengutip
pengalaman.. tapi paling mustahak belajar bahawa ada tersembunyi hikmah di
situ. Kenapa? Kerana pakej rinjani kami pada asalnya ialah seperti berikut:
16 mei pagi mula mendaki
sampai ke plawangan sembalun (7, 8 jam normal)
17 mei mula 2 pagi terus ke
puncak. ( 5 jam normal).
Kau tahu apa yang mendatangi
kami? Beg yang dlm kargo tersalah arah. Aku ingat hilang diambil orang. masa tu aku dah fikir yang bukan-bukan. maklumlah, ramai yang balik kampung dengan barang yang berkotak-kotak.. Nak
kata marah pun x, kata suka pun x. mula-mula mmg aku fikir salah aku sbb kami
orang terakhir yang melepasi imigresen. Macam rilek rilek je kan.. beg dah x de
baru la kalut..
Ok.. bila beg takde, mula la
buat report kat ground person air asia.. aku mula cakap la pasal mungkin dicuri
dsbnya, tapi mamat tu rilek je layan, dgn tenang dia kata ni salah arah ni.. ok
lah aku cuba bersabar dan tenang.. sbb x de apapun sgt dlm beg tu, melainkan
beg tu je yang menjadi kesayangan aku.
ni lokasi tempat luggage.. betul2 melepasi imigresen. kami yg last.. bila tgk gamba ni aku sedikit hairan.. apsal muka dia ni ketat sangat? kekeke
Untuk pegetahuan korang
flight kami jam 3 petang gitu.. ambil masa 3 jam gitu, maka sampai dah 6 lebih. Kat
sana jam 6 lebih tu matahari dah tenggelam. Melepasi imigresen dah makan masa,
menyelesaikan beg yang x de tu je dah berapa lama.. last2 kami keluar aku rasa
sama ada dekat jam 8 lebih… satu yang aku baru tahu, dari airport ke sembalun
(start point pendakian kami) mengambil masa
2 ke 3 jam. Adoii… tambahan bila barang x de ni memang memeningkan. Yang
ada kat badan aku beg kecik je buat isi kamera.
Bila keluar dari airport
sudah ada yang menunggu (transport agen), sambil2 tu bincang serba sedikit
penyelesaian.. akhirnya untuk tidak mencacatkan rancangan, aku kata redah je,
beli dulu sehelai baju dan seluar buat modal mendaki.. kebetulan jaket memang
tersimpan dalam beg kecik yang aku pegang.. so kami mulakan la pencarian
barang2 termasuk pengurusan diri cth berus gigi, sabun dll… sbb beg yang
tersasar dari destinasi tu termasuk juga sedikit barang junaidi dan eddy… dari
satu kedai ke satu kedai… kebetulan hari tu hari ahad, waktu pun dah lewat..
sekadar tercapai mana yang ada, aku rasa dapat seluar sehelai kot.. itu pun tah
apa apa seluar kalis hujan aku beli kekeke… yang pasti masa dah mula terbuang banyak. sebab kau akan kene travel ke desa sembalun lagi yang ambil masa hampir 3 jam jalan kampung, turun naik bukit, dan menuju ke lembah yang betul-betul lembah..
Dengan kali pertama sampai
Lombok, waktu malam, perut lapar main singgah tepi jalan. ingat ok, sekali
harga tu diaaa… kalah restoran… lebih kurang 400 ribu rupiah… awal2 dah kene
pow.. tapi x pe itu pengajaran.. supir kami pun terperanjat dengan harga tu..
setakat nasi ayam penyet 6 pinggan… ok itu cerita sampingan… dengan berkejar
waktu, akhirnya kami sampai ke sembalun melepasi tengah malam… (bayangkan jika
ikut jadual asal, berapa sangat waktu rehat kami dapat apabila paginya kene
mula mendaki)… ini lah aku panggil hikmah…
Setelah berbincang panjang
lebar.. akhirnya permulaan pendakian dilewatkan, dan waktu kami dlm pakej
rinjani ditambah 1 malam. Dan kami bernasib baik, harga tetap sama.. itulah
istimewa agen kami, Juan De Matteo (nama gelaran)… kami target jam 2 atau 3
petang isnin, bagi membolehkan aku melengkapkan barang aku terutama t-shirt… dan aku hanya dapat melelapkan mata melepasi waktu 1 pagi...
BERSAMBUNG ...
No comments:
Post a Comment
your comments is valuable..