Thursday, October 7, 2010

CERITA HARI CUTI...

hari ini saya bercuti, jadi berkesempatan untuk ke majlis rumah terbuka MASUM dan bahagian sukan kementerian pengajian tinggi. terima kasih kepada ekmal bukhary kerana sudi menjemput saya dan juga rakan2 persatuan penulis2 sukan lain. datang atas kapasiti setiausaha agung SAM tujuannya selain datang untuk makan (tentunya), hanya untuk merapatkan lagi hubungan antara SAM dan juga KPT khususnya yang melibatkan pembangunan sukan di peringkat pelajar IPT.

tetapi agak janggal apabila di dudukkan dengan TKSU, profesor2 dan juga pegawai2 berpangkat tinggi KPT. agak kecil rasanya, tambahan perbezaan usia yang begitu ketara serta taraf yang membuatkan saya hanya mampu senyum dan kunci mulut. takut2 tersalah pertuturan...

turut ada semeja ialah timbalan presiden persekutuan kebangsaan berbasikal malaysia PKBM datuk naim mohd yang baru sahaja pulang dari new delhi. sempat juga 'bos2' tu tanya tentang situasi yang menimpa azizulhasni awang. datuk naim walaupun cara bercakap dia senyum je (memang jenis begitu), tetapi saya dapat rasa dia juga turut kecewa dengan situasi yang berlaku. apa yang membuatkan saya tersenyum ketika dia bercakap tu ialah statement ni - "azizul satu ketika 80 ribu dah masuk poket, tapi sekejap je keluar dari poket". itu la nak buat macamana kan.

tapi menurut datuk naim tidak salah perbuatan yang dilakukan oleh azizul kerana memang dibolehkan mengasak dari dalam sebab lumba keirin memang begitu. lagipun diwaktu sama ada ruang yang membolehkan azizul memecut. tetapi akhirnya keputusan yang mengecewakan diterima. datuk naim sempat menceritakan keresahan yang menimpa azizul. ye lah datuk naim pun pengerusi basikal trek PKBM. dia cuba memprotes tetapi tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan komisar tu dan akhirnya terpaksa la terima keputusan. turut dia ceritakan kesungguhan azizul untuk membalas dendam dalam acara pecut nanti. harap2 dapatlah dia melepaskan geram nanti.

sebaik tksu kpt dan beberapa bos beransur, saya berpindah la pulak ke meja lain duduk bersama2 datuk naim dan geng2 PKBM dia. turut ada ialah orang kuat basikal negara iaitu pengarah teknikal mr maniam manickam. dapat saya lihat kemesraan orang2 PKBM ni yang seolah2 dapat mengenepikan masalah2 dalaman demi kemajuan basikal negara. patutlah basikal kita mencapai kemajuan ketara dan memberangsangkan. ini dia ramuan mereka rupanya. turut ada semeja ialah hj ibrahim pengerusi jawatankuasa basikal bmx dan dua orang yang saya tak tahu nama.

dalam pada berbual2 tu terselit lah cerita sam dan dipendekkan cerita seolah2 ada isyarat baik dari PKBM untuk bekerjasama dengan SAM menjelang penganjuran jelajah berbasikal 1 malaysia yang bakal berlangsung mac tahun depan. kebetulan PKBM diberi tanggungjawab penuh mengendalikan acara tu kali ini dengan pengerusinya mr maniam sendiri. jadi saya cuma berharap ada follow up dari PKBM secara tidak langsung sam akan turut dikenali dengan lebih meluas di seluruh malaysia. antara perbincangan kasar tu tentang publisiti dan juga tugas2 PR. saya secara peribadi memberi jaminan sam akan bekerjasama kuat demi memastikan sukan negara kita terus berkembang. setidak2 ada konsep 'menang2' disitu.

dalam pada itu jugak sempat saya pasang telinga dengan cadangan2 datuk naim (yang memang penuh dengan idea) untuk mewujudkan sports city atau bandar sukan. dimana antara lainnya mengeluarkan sendiri produk2 sukan dan dipusatkan di satu kawasan yang digelar bandar sukan. maksudnya bila sebut pasal sukan, peralatan dan yang berkaitan dengannya orang akan terus ke bandar sukan. bagus jugak idea tu. setidak2nya kita tak lah terlalu bergantung kepada kepakaran luar kerana saya percaya kita dah mula mempunyai ramai pakar2 mengenai sukan.

yang penting sekarang ni kita ketepikan kepentingan politik dan peribadi demi membangunkan sukan malaysia di mata dunia. dan saya amat percaya semua impian itu akan terlaksana satu hari nanti.

asalkan sam turut mendapat manfaat dari semua ini... :)

No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..