pelbagai cerita keluar dan pelbagai spekulasi termasuk isu besar timbul sebelum penganjuran. tetapi telah masuk hari ketiga kelihatan pengajuran berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah besar. nampaknya setakat ini negara India yang sedia maklum dengan pelbagai masalah berjaya menganjurkan temasya dengan lancar. cuma kita berharap ianya berterusan sehingga ke penghujung cerita minggu depan..
sementara atlit negara yang bertanding pula sentiasa memberikan yang terbaik untuk rakyat malaysia yang sentiasa mengharapkan kejayaan mereka disana. sasaran 10 pingat emas tidak mustahil dicapai dan harapan lebih dari itu tentunya ditagih agar dapat mengatasi pencapaian 4 tahun lalu di melbourne yang turut membawa pulang 10 pingat emas.
disebalik sasaran itu timbul pula pelbagai kisahnya... antaranya ialah harapan yang diletakkan tidak dicapai selain kejutan dari atlet bukan pilihan.
hari pertama kita disajikan dengan kejayaan atlet angkat berat 56kg amirul hamizan ibrahim yang berjaya menebus kehampaan tidak dapat bertanding 4 tahun lalu disebabkan penggantungan selain mengekalkan emas yang dimiliki tahun 2002 di manchester. amirul turut mencipta rekod baru dalam acara snatch. kejayaan itu secara tidak langsung mencetuskan lagi semangat atlit negara yang masih berjuang demi nama malaysia.
namun harapan melihat zaira zakaria mengutip pingat angkat berat wanita setidak-tidaknya gangsa lebur apabila sekadar menduduki tempat keempat kategori 48kg. walaupun mengumpul angkatan sama dengan atlet india tetapi di tewas berdasarkan kiraan berat badan masing-masing.
masuk hari kedua berbasikal trek memulakan saingan. harapan di galas kepada mohd rizal tisin dalam acara 1km ujian masa. dia cukup yakin untuk mengutip emas sebelum mula komanwel berdasarkan prestasi semasa namun kejutan berlaku apabila pelumba australia bukan sahaja mencatat masa lebih pantas darinya tetapi turut mencipta rekod baru sukan komanwel. maka rizal terpaksa berpuashati dengan pingat perak.
tetapi didalam kedukaan itu terbit kembali kegembiraan apabila kejutan sekali lagi berlaku dalam acara angkat berat kategori 62kg apabila atlet dari menggatal, sabah, aricco jumith menghadiahkan emas kedua buat negara, mengejutkan banyak pihak yang tidak meletakkan sasaran ke atas atlet ini kerana ini adalah satu-satunya penyertaannya didalam temasya antarabangsa. dia tidak pernah mewakili negara dalam sukan sea termasuklah komanwel sebelum ini. kejayaan aricco turut diekori oleh naharudin mahayudin yang menggondol perak kategori yang sama dengan hanya dibezakan 1kg jumlah angkatan.
bukan itu sahaja, lewat malam angkat berat wanita akhirnya memberikan pingat buat negara apabila raihan yusof berjaya menggondol gangsa dalam kategori 53kg, mengubat kembali kedukaan dari kegagalan zaira sehari sebelum itu.
namun di lapang menembak sebelum itu pada sebelah petang sekali lagi kita nyaris dihadiahkan pingat gangsa 25meter pistol wanita berpasangan melalui bibiana ng dan siti normashitah badrin. mereka hanya dibezakan 2 mata dari pasangan england dan terpaksa berpuashati dengan tempat ke-4.
hari ketiga hari acara yang ditunggu-tunggu tentunya berbasikal keirin yang menampilkan azizulhasni awng yang turun sebagai jaguh dunia serta josiah ng yang dijangka menepati ramalan pingat emas buat negara. turut bersaing dalam acara sama ialah mohd rizal tisin namun dia sekadar menamatkan saingan di tanggah bawah.
acara ini menepati sasaran tetapi perlumbaan akhir sengit keirin itu menyaksikan pasukan negara sepatutnya menang emas dan perak menerusi azizul dan josiah yang disaat akhir melakukan pecutan untuk mengatasi pelumba new zealand dan england. tetapi saat meraikannya buat seketika disamping sempat membuat 'wheely' (itu yang dikatakan azizul) untuk rakyat malaysia, kemenangan azizul dibatalkan kerana telah melakukan kesalahan kira-kira 20 meter sebelum garisan penamat. ia sekaligus mengewakan azizul yang turun menyertai komanwel pertamanya disamping harapan rakyat untuk melihat 'the pocket rocketman' dikalungkan emas lebur walaupun dia sewajarnya memenangi acara itu. dengan itu josiah yang menang perak diisyhtiharkan sebagai pemenang.
walaupun negara masih memenangi emas acara itu tetapi ia nyata mengecewakan azizul yang menurutnya tidak melakukan kesalahan disamping lumrah perlumbaan selain melihat semula ulangtayang rakaman perlumbaan itu. namun dia tetap redha dengan keputusan komisar walaupun jauh disudut hatinya mengatakan dia yang sepatutnya berada ditengah2 antara penerima pingat itu. dia turut bertekad untuk menebus kembali kehampaan itu menerusi satu lagi acara iaitu pecut.
di pusat akuatik renang tidaklah menetapkan sasaran pingat buat negara kerana kita sedia maklum dengan kehebatan atlit2 barat yang mempunyai saiz yang lebih besar selain memiliki perenang bertaraf dunia terutama dari australia. tetapi kekecewaan sedikit terasa kerana perenang negara gagal memperbaiki catatan masa terbaik yang sedikit meresahkan menjelang penyertaan ke sukan asia bulan depan. setakat ini hanya kuartet 4x200 gaya bebas lelaki yang layak ke pusingan akhir.
harapan seterusnya kini ialah menerusi acara memanah berpasukan recurve lelaki dan wanita. hanya selangkah untuk pingat gangsa seterusnya mencipta sejarah pingat pertama sukan komanwel acara ini. mereka akan turun menentang lawan masing-masing dalam pusingan separuh akhir jumaat ini. jika mereka menang bukan sahaja melepasi halangan gangsa tetapi akan turun di pusingan akhir sebagai pemenang pingat perak. sebaliknya jika mereka kalah mereka harus bermain satu lagi pusingan penentuan pingat gangsa, sesuatu yang harus dielakkan kedua-dua pasukan ini.
kesimpulannya setakat hari ketiga, 3 emas telah kita perolehi, pencapaian baik setakat ini dan jika momentum ini berkekalan, kita bukan sahaja dapat mencapai sasaran yang ditetapkan malahan tidak mustahil mengatasi sasaran itu sendiri. harapan kita di malaysia agar atlet2 di new delhi terus berjuang untuk mengharumkan nama malaysia melalui acara masing-masing walaupun ada juga perit yang terpaksa dilalui oelh mereka disana dengan keadaan keselamatan yang tidak menentu selain keadaan cuaca yang sangat panas yang sedikit menjejaskan keadaan semasa atlet.
terima kasih juga kepada rakan-rakan media yang bertungkus lumus memberikan perkembangan terkini khusus buat rakyat malaysia yang sentiasa dahagakan perkembangan terkini atlet kita di sana. tidak kira melalui siaran langsung, ulangan mahupun berita. walaupun bermacam ragam, halangan dan masalah dilalui itu tidak menjejaskan tugas anda semua memberikan yang terbaik buat rakyat malaysia. jasa anda semua tetap dihargai. semoga anda semua terus berikan liputan terbaik buat negara.
cukup untuk setakat ini, saya akan berikan rangkuman-rangkuman seterusnya di hari-hari akan datang dengan kata keramat 'MALAYSIA BOLEH!'...
No comments:
Post a Comment
your comments is valuable..