sukan komanwel telah pun melabuhkan tirainya hari ini. dan disaat kerisauan untuk mencapai sasaran 10 emas sebelum temasya, badminton nyata memberikan kelegaan apabila hari terakhir ini menghadiahkan 3 emas buat negara. bukan itu sahaja, gimrama turut menghadiahkan 1 emas pada hari terakhir menjadikan keseluruhan pungutan kepada 12 emas, 2 emas melebihi sasaran dan seolah2 tepat seperti yang dijangka menteri belia dan sukan, datuk ahmad shabery cheek.
badminton sepatutnya menghadiahkan 4 emas hari ini tetapi perseorangan wanita wong mew choo gagal menangkis kepantasan permainan pemain tuan rumah saina nehwal pada akhir penentuan emas perseorangan wanita.
emas pertama hari ini diperolehi menerusi gandingan beregu campuran 'bidan terjun' iaitu koo kien keat / wong pei ty yang menumpaskan pasangan england.
disaat harapan terlalu diletakkan kepada badminton untuk mencapai sasaran 10 emas, kem negara dikejutkan dengan berita gembira atlet gimrama elain koo yang menggondol emas seterusnya kem malaysia tidak perlu menunggu lee chong wei untuk melengkapkan 10 emas. tamat sahaja kemenangan chong wei, dapat dilihat dari ruang penyokong malaysia menunjukkan kertas bertulis '11' menandakan kita telah pun mengutip emas kesebelas. lantaran itu kemenangan seterusnya diperolehi dari pasangan koo kien keat / tan boon heong yang merangkul emas acara beregu menewaskan beregu dari england. tetapi malang bagi mew choo yang tidak dapat menuruti kejayaan itu apabila tewas sehingga set penentuan. walaupun dia menang set pertama namun saina berjaya mengheret ke perlawanan set ketiga dan jelas kelihatan perbezaan dua pemain ini yang nyata dapat dilihat semangat tuan rumah sementara mew choo pula keletihan.
tahniah buat semua atlet yang berjaya merealisasikan harapan melihat pencapaian membanggakan berbanding edisi komanwel dahulu. walaupun hanya lebih 2 emas namun dapat lihat kesungguhan atlet kita yang bertarung dengan pesaing2 yang lebih hebat.
persoalannya kini ialah apa perancangan malaysia untuk edisi komanwel akan datang? apakah sasaran seterusnya? adakah kita masih ingin mengharapkan emas dari acara milik kita? jika ya sesuatu perlu dilakukan agar emas yang kita miliki ini tidak mudah jatuh ke tangan orang lain akan datang.
contoh jelas acara badminton. sehingga kini belum ada lagi pemain pelapis yang boleh menggalas cabaran seterusnya nanti. mengharapkan yang ada ini sudah tentu tidak. dek kerana fizikal di makan usia, tentu tenaga mereka ini juga terbatas. oleh itu pihak berkaitan perlu bertindak segera supaya kita dapat melahirkan pemain yang hebat. kalau tidak dapat menandingi chong wei, menyamai juga sudah memadai. jikalau masih tiada, dapat seperti hafiz hashim pun x pe. kenapa hafiz? contoh mudah ialah walaupun dia sering dikritik, di kutuk dan sentiasa mempamer persembahan turun naik, tetapi sehingga kini masih tiada pemain pelapis yang boleh menyaingi dia.
selain itu squash. perlukah kita mengharapkan nicol david sekali lagi. itu kalau dia masih mampu, jika tidak? ... oleh itu dedahkan pemain2 peringkat persediaan ini ke arena antarabangsa agar mereka boleh menyerap tekanan, mengumpul pengalaman seterusnya meningkat naik sealiran nama2 terkenal dunia.
bukan itu sahaja, acara yang sedia sepatutnya milik kita iaitu boling padang. dari 4 sasaran satu pun x lekat. saya berpendapat sepatutnya kita boleh bawak balik 15 emas, tetapi aksi yang mengecewakan dari boling padang menyebabkan kita hanya mampu pulang dengan 12 emas. boling padang juga perlu mencari penawar segera agar tidak berjangkit ke temasya2 besar lain akan datang.
perancangan seterusnya buat atlit negara ialah menjelang sukan asia bulan depan. apa yang pasti medan komanwel boleh menjadi platform untuk mengenalpasti kelemahan dan mencari kelebihan. agar kita bukan sahaja turut berjaya di komanwel seperti yang telah diterjemahkan sehingga hari ini, tetapi mampu juga menjadi antara gergasi asia yang digeruni pada temasya sukan asia nanti.
syabas! dan semoga berjaya!
No comments:
Post a Comment
your comments is valuable..