Showing posts with label badminton. Show all posts
Showing posts with label badminton. Show all posts

Sunday, July 29, 2012

OLIMPIK: BADMINTON MASIH BERPELUANG



rupa-rupanya badminton single wanita tee jing yi dan beregu campuran chan peng soon / goh liu ying yang tewas dalam perlawanan mereka semalam masih berpeluang melangkah ke pusingan seterusnya. ini kerana jika sebelum ini acara badminton dipertandingkan secara kalah mati, bagi edisi kali ini format baru kumpulan secara round robin diperkenalkan. bermakna tee jing yi yang diletakkan di dalam kumpulan b perlu menang ke atas agnese allegrini dari itali  pada hari esok manakala beregu campuran chan peng soon / goh liu ying perlu menang ke atas xu chen / ma jin pada hari ini selain menang ke atas beregu dari thailand sudket prapakamol / saralee thoungthongkam pada 31 julai nanti. kecuali tee jing yi yang dijangka mampu untuk ke peringkat seterusnya, beregu chan / goh pula tampak melalui laluan sukar. namun kita mengharapkan mereka mampu mencipta kejutan ke atas lawan mereka bagi menghidupkan peluang pingat buat negara.

bermakna hanya 3 atlet setakat ini yang telah 'pulang awal' iaitu nur suriyani mohd taibi dari acara menembak serta adiq husainie othman dan amir mustafa rusli dari acara berbasikal lebuhraya.

kepada mereka yang masih berjuang all the best dan malaysia boleh!

OLIMPIK: PENGALAMAN YANG TIDAK TERNILAI



salam olimpik..

kita sedia maklum temasya sukan terbesar di dunia, sukan olimpik telah bermula... namun dengan 30 atlet negara yang menggalas cabaran, seawal tamat hari pertama selepas pembukaan, 5 atlet dari 3 acara telah pun gugur di medan perjuangan dan menempah tiket pulang awal.. menembak nur suriyani mohd taibi, badminton beregu campuran chan peng soon / goh liu ying dan 2 dari acara berbasikal lebuhraya adiq husainie othman dan amir mustafa rusli... acara memanah berpasukan turut tewas seawal pusingan pertama menerusi cheng chu sian, khairul anuar mohd dan haziq kamaruddin. tetapi mereka masih berpeluang mengejar keajaiban dalam acara individu esok...

dalam pada itu ada istimewanya kepada ketiga-tiga acara yang pulang awal ini... kerana ketiga-tiganya bukan sahaja pertama kali beraksi di olimpik, malahan mereka adalah atlet pertama yang layak bersaing dalam acara masing-masing. suriyani wanita pertama menembak, chan peng soon / goh liu ying bergu campuran badminton pertama dan adiq serta amir atlet berbasikal lebuhraya pertama. bukankah itu satu sejarah? tambahan mereka tidak diletakkan sebagai harapan pingat pun melainkan harapan keajaiban..

bukan itu sahaja, suriyani turut mencipta sejarah olimpik seumpamanya apabila turut menjadi atlet ke 4 didunia beraksi dalam keadaan sarat mengandung... itu juga merupakan sesuatu yang pasti akan terpahat dalam corat coret olimpik sepanjang zaman..

apapun tahniah! anda semua tetap hebat... setidak-tidaknya anda semua telah pun memahat nama sebagai olimpian yang bukan calang-calang orang boleh perolehinya... dan kepada yang lain teruskan usaha... kami masih menanti dengan harapan menggunung untuk melihat emas pertama negara dalam sejarah...

MALAYSIA BOLEH!