Showing posts with label goh liu ying. Show all posts
Showing posts with label goh liu ying. Show all posts
Monday, July 30, 2012
OLIMPIK: MASIH BELUM ADA KEAJAIBAN
Sudah hari kedua temasya olimpik berlangsung... seorang lagi atlet malaysia gugur di pertengahan medan perjuangan. atlet fencing atau lawan pedang, yu peng kian kandas dalam acara individu sabre setelah ditundukkan dengan mudah oleh Aaron szilagyi dari hungary pada pusingan kedua. Namun apa yang membanggakan pada pusingan pertama dia mengalahkan atlet Mesir zeid mannad. Ia merupakan satu pencapaian membanggakan bagi atlet lawan pedang ini yang secara tiba-tiba muncul sebagai atlet yang layak ke olimpik secara merit. Tidak perlu dirisaukan kerana acara fencing langsung tidak diletakkan sebagai harapan pingat.
Dalam acara terjun, harapan bagi acara 3 meter papan anjal seirama wanita menerusi gandingan Cheong jun hoong / pandalela rinong turut berkubur setelah berada di kedudukan terakhir dari 8 negara. Sukar untuk menjangkakan acara subjektif ini walaupun kesemua atlet mempamerkan terjunan terbaik. Pun begitu kedua-duanya mempunyai peluang kerana bakal beraksi dalam acara individu. Jun hoong akan beraksi dalam acara 3 meter papan anjal individu manakala pandalela dalam acara 10 meter platform individu serta 10 meter platform seirama bergandingan dengan Leong mun yee.
Acara badminton terus memberi sinar buat kem negara apabila beregu lelaki harapan koo kien keat / tan boon heong berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir setelah menewaskan beregu amerika syarikat howard bach / Tony gunawan 21-12, 21-14 di peringkat kumpulan. Mereka akan menentang beregu handalan korea chung jae sung / lee yong dae dalam perlawanan terakhir kumpulan 1 ogos awal pagi waktu malaysia nanti. Manakala bagi acara beregu campuran chan peng soon / goh liu ying serta single wanita tee jing yi, masih terdapat sisa perjuangan untuk memberikan keajaiban buat mereka. Sementara satu-satunya single lelaki yang juga prospek emas negara, datuk lee chong wei hanya akan memulakan aksi kumpulan pada 31 haribulan awal pagi waktu malaysia.
Kesimpulannya dari 30 atlet malaysia ke london, kini tinggal 26 yang masih meneruskan perjuangan..
P/s sumber sahih boleh diperolehi di http://www.london2012.com/
Sunday, July 29, 2012
OLIMPIK: BADMINTON MASIH BERPELUANG
rupa-rupanya badminton single wanita tee jing yi dan beregu campuran chan peng soon / goh liu ying yang tewas dalam perlawanan mereka semalam masih berpeluang melangkah ke pusingan seterusnya. ini kerana jika sebelum ini acara badminton dipertandingkan secara kalah mati, bagi edisi kali ini format baru kumpulan secara round robin diperkenalkan. bermakna tee jing yi yang diletakkan di dalam kumpulan b perlu menang ke atas agnese allegrini dari itali pada hari esok manakala beregu campuran chan peng soon / goh liu ying perlu menang ke atas xu chen / ma jin pada hari ini selain menang ke atas beregu dari thailand sudket prapakamol / saralee thoungthongkam pada 31 julai nanti. kecuali tee jing yi yang dijangka mampu untuk ke peringkat seterusnya, beregu chan / goh pula tampak melalui laluan sukar. namun kita mengharapkan mereka mampu mencipta kejutan ke atas lawan mereka bagi menghidupkan peluang pingat buat negara.
bermakna hanya 3 atlet setakat ini yang telah 'pulang awal' iaitu nur suriyani mohd taibi dari acara menembak serta adiq husainie othman dan amir mustafa rusli dari acara berbasikal lebuhraya.
kepada mereka yang masih berjuang all the best dan malaysia boleh!
OLIMPIK: PENGALAMAN YANG TIDAK TERNILAI
salam olimpik..
kita sedia maklum temasya sukan terbesar di dunia, sukan olimpik telah bermula... namun dengan 30 atlet negara yang menggalas cabaran, seawal tamat hari pertama selepas pembukaan, 5 atlet dari 3 acara telah pun gugur di medan perjuangan dan menempah tiket pulang awal.. menembak nur suriyani mohd taibi, badminton beregu campuran chan peng soon / goh liu ying dan 2 dari acara berbasikal lebuhraya adiq husainie othman dan amir mustafa rusli... acara memanah berpasukan turut tewas seawal pusingan pertama menerusi cheng chu sian, khairul anuar mohd dan haziq kamaruddin. tetapi mereka masih berpeluang mengejar keajaiban dalam acara individu esok...
dalam pada itu ada istimewanya kepada ketiga-tiga acara yang pulang awal ini... kerana ketiga-tiganya bukan sahaja pertama kali beraksi di olimpik, malahan mereka adalah atlet pertama yang layak bersaing dalam acara masing-masing. suriyani wanita pertama menembak, chan peng soon / goh liu ying bergu campuran badminton pertama dan adiq serta amir atlet berbasikal lebuhraya pertama. bukankah itu satu sejarah? tambahan mereka tidak diletakkan sebagai harapan pingat pun melainkan harapan keajaiban..
bukan itu sahaja, suriyani turut mencipta sejarah olimpik seumpamanya apabila turut menjadi atlet ke 4 didunia beraksi dalam keadaan sarat mengandung... itu juga merupakan sesuatu yang pasti akan terpahat dalam corat coret olimpik sepanjang zaman..
apapun tahniah! anda semua tetap hebat... setidak-tidaknya anda semua telah pun memahat nama sebagai olimpian yang bukan calang-calang orang boleh perolehinya... dan kepada yang lain teruskan usaha... kami masih menanti dengan harapan menggunung untuk melihat emas pertama negara dalam sejarah...
MALAYSIA BOLEH!
Subscribe to:
Posts (Atom)

