Monday, July 30, 2012

OLIMPIK: MASIH BELUM ADA KEAJAIBAN


Sudah hari kedua temasya olimpik berlangsung... seorang lagi atlet malaysia gugur di pertengahan medan perjuangan. atlet fencing atau lawan pedang, yu peng kian kandas dalam acara individu sabre setelah ditundukkan dengan mudah oleh Aaron szilagyi dari hungary pada pusingan kedua. Namun apa yang membanggakan pada pusingan pertama dia mengalahkan atlet Mesir zeid mannad. Ia merupakan satu pencapaian membanggakan bagi atlet lawan pedang ini yang secara tiba-tiba muncul sebagai atlet yang layak ke olimpik secara merit. Tidak perlu dirisaukan kerana acara fencing langsung tidak diletakkan sebagai harapan pingat.

Dalam acara terjun, harapan bagi acara 3 meter papan anjal seirama wanita menerusi gandingan Cheong jun hoong / pandalela rinong turut berkubur setelah berada di kedudukan terakhir dari 8 negara. Sukar untuk menjangkakan acara subjektif ini walaupun kesemua atlet mempamerkan terjunan terbaik. Pun begitu kedua-duanya mempunyai peluang kerana bakal beraksi dalam acara individu. Jun hoong akan beraksi dalam acara 3 meter papan anjal individu manakala pandalela dalam acara 10 meter platform individu serta 10 meter platform seirama bergandingan dengan Leong mun yee.

Acara badminton terus memberi sinar buat kem negara apabila beregu lelaki harapan koo kien keat / tan boon heong berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir setelah menewaskan beregu amerika syarikat howard bach / Tony gunawan 21-12, 21-14 di peringkat kumpulan. Mereka akan menentang beregu handalan korea chung jae sung / lee yong dae dalam perlawanan terakhir kumpulan 1 ogos awal pagi waktu malaysia nanti. Manakala bagi acara beregu campuran chan peng soon / goh liu ying serta single wanita tee jing yi, masih terdapat sisa perjuangan untuk memberikan keajaiban buat mereka. Sementara satu-satunya single lelaki yang juga prospek emas negara, datuk lee chong wei hanya akan memulakan aksi kumpulan pada 31 haribulan awal pagi waktu malaysia.

Kesimpulannya dari 30 atlet malaysia ke london, kini tinggal 26 yang masih meneruskan perjuangan..

P/s sumber sahih boleh diperolehi di http://www.london2012.com/

No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..