Monday, July 30, 2012

OLIMPIK : HAZIQ TURUT GAGAL


Haziq kamaruddin tidak berjaya dalam usaha mara pusingan kedua acara memanah apabila ditunjukkan jalan pulang oleh lawannya  denis gankin dari kazakhstan. Walaupun haziq bermula baik dengan menang set pertama tetapi dikejar semula lawannya untuk 2 set berikutnya menjadikan dia ketinggalan 2-4 sebaik tamat set ke 3. Haziq yang jelas kelihatan gugup beraksi pertama kali di pentas olimpik selain di kelilingi ramai penonton cukup bertuah kerana gankin memasukkan 2 anak panah ke mata 8 pada set ke 4 membolehkan pemanah berusia 19 tahun itu mendahului dan mengikat kedudukan 4-4. Namun semuanya sudah terlambat untuk haziq apabila dia yang nampak kurang yakin memasukkan anak panah pertama ke mata 8 pada set terakhir membolehkan gankin mendahului kedudukan sehingga tamat anak panah ke 3 dengan keputusan tipis 26-25. Keputusan penuh gankin menang dengan 6-4. Namun ia pengalaman sangat berharga buat haziq yang mampu layak ke pentas olimpik pada usia muda dan masih berpeluang mencuri seberapa banyak pengalaman untuk dibekalkan ke brazil sekiranya dia layak sekali lagi 4 tahun akan datang.

Harapan memanah kini tinggal hanya seorang apabila cheng chu sian dan khairul anuar mohd bakal beraksi sesama sendiri petang esok untuk menempah tempat ke pusingan ke 2.

No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..