Saturday, July 21, 2012

RAMADHAN DATANG LAGI


 alhamdulillah... ramadhan datang lagi. bulan yang penuh dengan keberkatan. seperti biasa umat-umat islam seluruh Malaysia berlumba-lumba mencari seberapa banyak pahala.. juga berlumba-lumba mencari seberapa banyak rezeki bazar... dan juga berlumba-lumba mencari baju raya seawal mungkin.

jemaah surau kini kebanyakannya veteran

saya juga tidak berkecuali... seperti tahun-tahun sebelumnya semenjak berumahtangga, malam pertama pastinya saya akan pulang ke 'kampung'... sebenarnya tak berapa jarak pun. 15 minit boleh sampai rumah taman orang tua... bagi saya ini lah kesempatan yang harus diambil sementara kita masih berdekatan dengan mereka.. dan seperti biasa datang ke surau menunaikan tarawikh bagi mendapatkan aura ramadhan.. tanpa disedari, rupa-rupanya hayat rumah orang tua saya telah pun berusia 23 tahun... begitu pantas masa berlalu... masih terbayang-bayang saat surau berhampiran didirikan, ahli-ahli jemaah yang lebih kurang sama yang kini semakin perlahan pergerakan mereka.. Allahuakbar... secara tidak langsung memberi keinsafan atas diri saya untuk terus beriman kepadaNya...

alif (kiri sekali) berpakaian batik sekolah sukan bukit jalil

ramadhan kali ini juga sangat berlainan daripada sebelum-sebelum ini... kerana buat pertama kalinya kami berpuasa bertiga... 2 hero kini tinggal di asrama... alif, walaupun dekat namun dia tertakluk kepada peraturan. kebetulan dia baru 4 hari menyambung pelajaran ke pra-Universiti di sekolah sukan bukit jalil.

afiq di rumah penginapan di bukit mertajam, pulau pinang

afiq pula berpuasa di bukit mertajam, pulau pinang. dia baru berpindah ke pelapis serantau april baru-baru ini. dia juga turut bertukar sekolah sana. maka tinggal lah kami bertiga bersama si kecik.. namun ianya bukan satu masalah, kerana demi kebaikan budak-budak bujang ni. saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua ahli-ahli keluarga saya.

apapun seperti orang islam lain, saya juga mengharapkan keberkatan di bulan ramadhan ini menjadi titik mula perubahan kepada yang lebih baik. kerana apa? kerana ramadhanlah mengajar kita erti kesabaran, kesusahan dan seterusnya mengajar kita mencari kejayaan dengan cara yang lebih berhemah..

semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dari Allah swt... InsyaAllah..

FJ
u-thant
1 ramadhan 1433H

1 comment:

  1. Saya baru nk terasa sbb xpegi surau..tp apekan daya sy pon tepakse balik 'kampung' lembah jaya menjengok masjid utk traweh pertama..hehe..

    ReplyDelete

your comments is valuable..