suasana di tempat bubur lambuk pak hassan. agak terkawal pada hari cuti bekerja
sudah menjadi tradisi apabila setiap kali tibanya bulan ramadhan apa yang terbayang di fikiran setiap warga malaysia khususnya kuala lumpur ialah bubur lambuk. saban tahun ada sahaja lokasi-lokasi baharu pengambilan bubur lambuk. jika dahulu tumpuan tentunya di kampung baru kini kita boleh dapatkan bubur lambuk dibanyak tempat sekitar kuala lumpur. dan tentulah yang paling seronok apabila bubur lambuk diperolehi secara percuma.
menjadi amalan saya setiap tahun juga ialah mendapatkan bubur lambuk percuma. bak kata orang mendapatkan suasana ramadhan itu selain bertarawikh di masjid dan surau. kampung baru menjadi tumpuan saya. walaupun kita sedia maklum keadaan lalulintas pada bulan ramadhan di kampung baru, tetapi tidak lengkap kiranya jika tidak mengambil bubur lambuk kampung baru.
2 tempat menjadi pilihan iaitu bubur lambuk pak hassan di jln khatib koyan, berhadapan universiti kuala lumpur dan tentunya juga di masjid jamek kampung baru. bezanya waktu pembahagian - bermula 4 petang di bubur lambuk pak hassan manakala di masjid jamek selepas asar.
di masjid jamek kg baru yang berbeza dari tahun sebelum. agak sukar dikawal
namun suasana di masjid jamek kg baru rasanya jauh bezanya dari tahun-tahun sebelum ini. ini disebabkan berlaku pengubahsuaian di sebahagian besar kawasan masjid, maka tempat pembahagian bubur menjadi sukar dikawal tambahan jemaah-jemaah dan peminat bubur lambuk ini adakalanya mengasak barisan mengakibatkan petugas sukar mengawal tabiat mereka. maka terjadilah situasi dimana ada mengambil 2 atau 3 ikat seorang walhal sepatutnya hanya seikat seorang dibenarkan.
tetapi tidak mengapa. kepada peminat-peminat bubur lambuk, anda tidak perlu risau. banyak tempat turut mengadakan pembahagian bubur lambuk secara percuma. yang penting kita tahu dimana lokasi-lokasi dan waktu pembahagian bubur lambuk itu. saya difahamkan di bukit bintang turut ada, di matic jalan ampang, di lrt masjid jamek kuala lumpur, di masjid wilayah jalan duta dan beberapa tempat lagi.
yang penting kita jaga lah tabiat kita ye apabila ingin mendapatkan bubur lambuk. tak perlu tamak dengan mengambil lebih dari sepatutnya, tak perlu berebut-rebut sehinggakan kita mengeluarkan kata-kata tidak enak, dan yang penting jangan sampai kita tinggalkan solat asar di masjid semata-mata nak beratur untuk dapatkan bubur lambuk. nanti puasa tah kemana bubur lambuk tah kemana...
Selamat menjamu bubur lambuk...
FJ
u-thant
di sebalik kisah bubur lambuk
mungkin kerana leka untuk mengambil bubur lambuk sampai selipar saya hilang. maka terpaksa pergi kedai berdekatan membeli selipar baru...
No comments:
Post a Comment
your comments is valuable..