Tuesday, July 24, 2012

QPR MINAT MALAYSIA

minggu lalu arena bola sepak tanahair kita diserikan dengan kehadiran kelab liga perdana inggeris, Queens Park Rangers ataupun QPR. dua perlawanan persahabatan dijalankan. berbanding pasukan EPL lain mereka memilih pasukan kelab / negeri untuk beradu tenaga. ternyata walaupun pasukan ini berakhir di tangga yang agak terbawah dalam EPL, tetapi mereka masih mampu mencatat kemenangan dengan sabah dan kelantan.

namun bukan itu yang menjadi tumpuan sebenarnya bagi pasukan milik taikun syarikat penerbangan malaysia ini. menurut pengarah QPR yang juga pemilik bersama, Datuk Kamarudin Meranun, demi melihat bola sepak negara pergi lebih jauh, QPR berhasrat meneroka peluang-peluang yang ada di malaysia dengan mengadakan kerjasama dua hala bersama beberapa pasukan pilihan di Liga M.

ia merupakan salah satu program komuniti QPR dalam memastikan bola sepak di malaysia dapat terus berkembang ke peringkat lebih tinggi. selain itu QPR turut merancang untuk menghantar pemain-pemain dari pasukan utama mahupun akademi mereka untuk berkongsi kemahiran dan pengalaman dengan kelab di malaysia.

itu merupakan langkah awal yang saya fikir sangat positif. dengan kehadiran kelab-kelab seperti ini, setidak-tidaknya dapat membantu meningkatkan lagi kemahiran pemain di malaysia untuk bersaing dengan pasukan luar. di kabarkan ada beberapa pasukan telah pun di lihat oleh QPR. cuma kita berharap perkara ini dapat dilaksana. bukan sekadar datang dan menghiburkan penonton bola sepak.

tapi saya percaya, QPR bukanlah seperti pasukan terkenal yang telah datang dan bakal datang ke malaysia ini yang mungkin berkonsepkan hiburan semata. kerana selain pemiliknya rakyat malaysia, sudah tentu pasukan berpengkalan di white city, london ini ingin memperluaskan pengaruh mereka terutama di Asia.

dan kita juga harus beruntung kerana menurut ceo QPR  philip beard, ini kali pertama QPR keluar dari eropah untuk mengadakan perlawanan di asia dan malaysialah destinasi pertama mereka. bermakna saya fikir tahap keseriusan mereka tinggiuntuk memperkasa jenama QPR.

tambahan mereka juga telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi tune talk sebagai rakan telekomunikasi rasmi asia QPR untuk tempoh 3 tahun, bermakna saya percaya pengaruh mereka di asia bakal berkembang pesat tidak lama lagi seterusnya memperkukuhkan jenama QPR di benua ini selain di eropah, seperti mana tan sri tony fernandes menjenamakan air asia sehingga terkenal seluruh dunia.

harapan saya semoga QPR dapat terus membantu mengubah lanskap bola sepak malaysia ke arah yang boleh dibanggakan peminat terutama peminat tegar yang sentiasa dahagakan kejayaan demi kejayaan. tahniah QPR...

p/s- kalau QPR nak pilih pasukan di liga M saya pilih kuala lumpur. kerana selain ia berpengkalan di pusat bandar kl, ia juga mempunyai akademi bola sepak yang saya fikir hampir sempurna.

sempat saya bergambar dengan pertahanan QPR, anton ferdinand yang juga adik kepada rio ferdinand

No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..