Showing posts with label tan boon heong. Show all posts
Showing posts with label tan boon heong. Show all posts

Friday, August 3, 2012

OLIMPIK : BADMINTON HAMPIRI PINGAT


Masih terlalu awal rasanya untuk ucapkan tahniah kepada 2 wakil badminton di acara single dan double kerana telah pun memasuki peringkat separuh akhir. Tetapi tidak salah rasanya untuk ucapkan tahniah kerana berjaya melepasi halangan untuk terus memburu pingat emas pertama yang disandarkan penuh kepada mereka.

Acara beregu yang terlebih dulu mengesahkan tiket ke separuh akhir apabila gandingan koo kien keat / tan boon heong  menewaskan beregu thailand isara bodin / Jongjit maneepong 21-16, 21-18.

Sebelah malam pula penyandang pingat perak edisi 2008, datuk lee chong wei menewaskan wakil india, kashyap parupalli 21-19, 21-11. Cuma pada set pertama datuk lee chong wei mendebarkan penonton di malaysia apabila dikerah sehingga mata ke 19 sebelum dapat mengatasi lawannya seterusnya menang set pertama. Set kedua tampak mudah apabila dia jauh meninggalkan lawan untuk menang seterusnya mara ke separuh akhir.

Separuh akhir nanti beregu koo / tan akan bertemu musuh tradisi dari china cai yun / fu haifeng manakala datuk lee chong wei akan berhadapan juga wakil china, chen long. Kita hanya mampu berdoa dari jauh agar kedua dua wakil badminton ini dapat membuat kejutan dalam edisi olimpik kali ini. Tahniah!

Sehingga ke akhir garisan!

Monday, July 30, 2012

OLIMPIK: MASIH BELUM ADA KEAJAIBAN


Sudah hari kedua temasya olimpik berlangsung... seorang lagi atlet malaysia gugur di pertengahan medan perjuangan. atlet fencing atau lawan pedang, yu peng kian kandas dalam acara individu sabre setelah ditundukkan dengan mudah oleh Aaron szilagyi dari hungary pada pusingan kedua. Namun apa yang membanggakan pada pusingan pertama dia mengalahkan atlet Mesir zeid mannad. Ia merupakan satu pencapaian membanggakan bagi atlet lawan pedang ini yang secara tiba-tiba muncul sebagai atlet yang layak ke olimpik secara merit. Tidak perlu dirisaukan kerana acara fencing langsung tidak diletakkan sebagai harapan pingat.

Dalam acara terjun, harapan bagi acara 3 meter papan anjal seirama wanita menerusi gandingan Cheong jun hoong / pandalela rinong turut berkubur setelah berada di kedudukan terakhir dari 8 negara. Sukar untuk menjangkakan acara subjektif ini walaupun kesemua atlet mempamerkan terjunan terbaik. Pun begitu kedua-duanya mempunyai peluang kerana bakal beraksi dalam acara individu. Jun hoong akan beraksi dalam acara 3 meter papan anjal individu manakala pandalela dalam acara 10 meter platform individu serta 10 meter platform seirama bergandingan dengan Leong mun yee.

Acara badminton terus memberi sinar buat kem negara apabila beregu lelaki harapan koo kien keat / tan boon heong berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir setelah menewaskan beregu amerika syarikat howard bach / Tony gunawan 21-12, 21-14 di peringkat kumpulan. Mereka akan menentang beregu handalan korea chung jae sung / lee yong dae dalam perlawanan terakhir kumpulan 1 ogos awal pagi waktu malaysia nanti. Manakala bagi acara beregu campuran chan peng soon / goh liu ying serta single wanita tee jing yi, masih terdapat sisa perjuangan untuk memberikan keajaiban buat mereka. Sementara satu-satunya single lelaki yang juga prospek emas negara, datuk lee chong wei hanya akan memulakan aksi kumpulan pada 31 haribulan awal pagi waktu malaysia.

Kesimpulannya dari 30 atlet malaysia ke london, kini tinggal 26 yang masih meneruskan perjuangan..

P/s sumber sahih boleh diperolehi di http://www.london2012.com/