Saturday, July 21, 2012

HANYA 16 PEGAWAI KE PARALIMPIK?



mungkin ianya sesuatu yang agak memusykilkan tetapi itulah hakikatnya apabila hanya 16 orang pegawai bakal mengiringi 23 atlet ke sukan paralimpik di London, selepas berakhinya temasya Olimpik pada ogos nanti menjadikan jumlah kontinjen malaysia hanya seramai 39 orang.

10 daripada pegawai terlibat merupakan jurulatih manakala 6 lagi terdiri dari urusetia dan pasukan perubatan.

namun sebenarnya bukanlah salah pengurusan disini tetapi ianya merupakan peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur. mungkin mengambil kira jumlah acara yang terlalu banyak untuk sukan orang kurang upaya ini berbanding sukan biasa. bayangkan dalam satu acara sahaja terbahagi kepada banyak kategori mengikut jenis kecacatan. sehingga kan daripada 28 acara keseluruhan ianya terbahagi kepada lebih 4 ratus acara atau kategori yang memaksa penganjur menghadkan bilangan pegawai pengiring.

oleh itu menurut chef de mission datuk seri zolkples embong semua 16 pegawai akan melakukan tugas 'multitasking' bagi memastikan atlet paralimpik ini sentiasa dijaga memandangkan pergerakan mereka sangat terhad.

yang penting kita harap penyertaan mereka kali ini bakal memberi keputusan yang lebih baik berbanding di beijing 4 tahun lalu tambahan mereka yang layak secara merit melebihi 100 peratus penyertaan edisi sebelum ini.

skuad paralimpik negara akan mengambil bahagian dalam 8 acara iaitu berbasikal, memanah, olahraga, pelayaran, ping pong, powerlifting, renang dan fencing berkerusi roda. temasya akan berlangsung 29 ogos sehingga 9 september.

PARALIMPIK BOLEH!


RAMADHAN DATANG LAGI


 alhamdulillah... ramadhan datang lagi. bulan yang penuh dengan keberkatan. seperti biasa umat-umat islam seluruh Malaysia berlumba-lumba mencari seberapa banyak pahala.. juga berlumba-lumba mencari seberapa banyak rezeki bazar... dan juga berlumba-lumba mencari baju raya seawal mungkin.

jemaah surau kini kebanyakannya veteran

saya juga tidak berkecuali... seperti tahun-tahun sebelumnya semenjak berumahtangga, malam pertama pastinya saya akan pulang ke 'kampung'... sebenarnya tak berapa jarak pun. 15 minit boleh sampai rumah taman orang tua... bagi saya ini lah kesempatan yang harus diambil sementara kita masih berdekatan dengan mereka.. dan seperti biasa datang ke surau menunaikan tarawikh bagi mendapatkan aura ramadhan.. tanpa disedari, rupa-rupanya hayat rumah orang tua saya telah pun berusia 23 tahun... begitu pantas masa berlalu... masih terbayang-bayang saat surau berhampiran didirikan, ahli-ahli jemaah yang lebih kurang sama yang kini semakin perlahan pergerakan mereka.. Allahuakbar... secara tidak langsung memberi keinsafan atas diri saya untuk terus beriman kepadaNya...

alif (kiri sekali) berpakaian batik sekolah sukan bukit jalil

ramadhan kali ini juga sangat berlainan daripada sebelum-sebelum ini... kerana buat pertama kalinya kami berpuasa bertiga... 2 hero kini tinggal di asrama... alif, walaupun dekat namun dia tertakluk kepada peraturan. kebetulan dia baru 4 hari menyambung pelajaran ke pra-Universiti di sekolah sukan bukit jalil.

afiq di rumah penginapan di bukit mertajam, pulau pinang

afiq pula berpuasa di bukit mertajam, pulau pinang. dia baru berpindah ke pelapis serantau april baru-baru ini. dia juga turut bertukar sekolah sana. maka tinggal lah kami bertiga bersama si kecik.. namun ianya bukan satu masalah, kerana demi kebaikan budak-budak bujang ni. saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua ahli-ahli keluarga saya.

apapun seperti orang islam lain, saya juga mengharapkan keberkatan di bulan ramadhan ini menjadi titik mula perubahan kepada yang lebih baik. kerana apa? kerana ramadhanlah mengajar kita erti kesabaran, kesusahan dan seterusnya mengajar kita mencari kejayaan dengan cara yang lebih berhemah..

semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dari Allah swt... InsyaAllah..

FJ
u-thant
1 ramadhan 1433H

Thursday, July 19, 2012

SATU MALAM DI KAMPUNG MORTEN

 model saya berposing di tingkap menghadap sungai melaka

Haaa mesti nampak pelik kan bila pelan-pelan saya transformkan blog saya ni menjadi lebih merapu... hahaha no more serious... kadang-kadang je boleh fokus kepada sukan ataupun perkara-perkara lain yang lebih straight...

baru-baru ni saya pergi melaka lagi. memang saya suka melaka sehinggakan saya dah terbeli sebuah apartment di melaka. sebab apa? sebab ianya bandar pelancongan dan rasanya tak rugi sebab kita tak bosan...

dari rumah ini boleh terus melihat pemandangan sungai dan river cruise

pucuk dicita ulam mendatang... asyik-asyik datang duduk hotel cap ayam mahupun cap ikan siakap maka hari tu saya berpeluang untuk merasai tinggal di kampung ini iaitu kampung morten. menurut maklumat ia kampung melayu tertua di melaka... saya tumpangkan link blogger-blogger lain untuk info lanjut. klik sini, sini, dan sini ...

pemandangan malam rumah dan homestay dilimpahi lampu kuning menyerlah

rupanya memang banyak homestay kat sini... ada yang ala moden sikit, ala kampung lama, tinggal sendiri mahupun bersama tuan rumah (cuma tuan rumah kat rumah kecik belakang ler)

dipendekkan cerita maka dapatlah kami sebuah rumah setelah puas mencari dan memilih... tahu-tahu je lah hujung minggu ala padat gitu...

homestay penginapan kami


dan disitulah mulanya kami yang datang ni merasai ketenangannya...



disini juga banyak tempat boleh dilawati contohnya dua rumah diatas ni dimana pemiliknya menjadikannya sebagai muzium yang terdapat banyak barang-barang lama didalamnya.

pemandangan yang dapat dilihat dari atas jambatan yang terdapat di kg morten

selain itu tidak sedar rasanya berjalan-jalan di tepi sungai di kampung morten ini kerana ianya dilimpahi lampu berwarna-warni dan juga keindahan melihat bot-bot membawa pelancong meyusuri sungai ini sehingga ke bandar melaka.

terdapat juga jambatan penghubung seberang iaitu kawasan terletaknya hotel, pejabat mahupun kawasan perniagaan. dari atas jambatan kita boleh melihat keindahan kampung dan sungai melaka. bagi yang rajin, anda boleh terus berjalan kaki menyelusuri sungai sehingga ke bandar melaka..

 sempat bergambar kenangan sebelum pulang

saya rasa sangat bertuah kerana dapat juga merasai tinggal berlatar belakang suasana kampung walau dalam tempoh seketika. dah lupa dah saya apa nama homestay ni... bersih, luas, cantik, selesa... harga cuma sebilik 100 ringgit tapi kalau ambik satu rumah baru 300 dan terdapat 4 bilik.

kalau yang berminat tu tak perlu susah-susah.. datang je kampung morten, pusing keliling dan cariklah mesti ada. kalau x jumpa pun berhenti sekejap tanya orang kampung. tapi gerenti ada sebab boleh kata ramai penduduk menjana pendapatan mereka dengan menawarkan homestay ini.

jadi... selamat bercuti...


Wednesday, July 18, 2012

SETAHUN SUDAH BERLALU


kah kah kah... saya rasa itulah yang hanya mampu saya buat bila melihatkan blog milik sendiri ni... rupanya dah setahun 4 bulan saya biarkan dia terkapai kapai tanpa dibelai... dan tak tahu pulak kenapa tiba-tiba terasa hati nak menekan butir-butir perkataan ni lagi... padahal selalu bukak... cuma saya sendiri bukak dan saya sendiri tengok gitu je tanpa perasaan untuk di kemaskini... atau mungkin sebab diri saya sendiri pun dah tak terkemas maka blog ini pun jadi terbengkalai la agaknya...

namun saya rasa tiba masa saya bangkit kembali (ayat poyo) untuk menulis. cuma saya fikir cara yang lebih santai... lebih terbuka, meluas dan tidak terhad kepada satu-satu bidang... tapi tentulah fokus utamanya SUKAN... sbb dah memang ini lapangan saya.. x kisah la berapa banyak sekali pun blog sukan diluar sana, mahupun laman web sukan, sebab saya tetap saya lah... dan saya bukan jenis ambik kisah sangat berapa ramai nak baca blog saya pun... dan saya rasa lebih santai, lebih luas maka lebih seronok untuk saya merapu...

maka untuk hari ini saya sengaja lah (memang sengaja pun) berkongsi matlamat terkini saya yang mungkin sesetengah orang akan gelak sinis (tapi saya pedulik hapa kan) iaitu mengurangkan berat badan atau dengan bahasa pasarnya nak KURUS lah...

tah macamana diperkenalkan oleh seorang kawan dalam laman sosial... tapi sebenarnya saya dah lama berhajat dengan benda ni... cuma masa tu mungkin kewangan tak berapa mengizinkan (sekarang pun sama)... maka apabila satu hari tu tanpa saya menoleh saya terus bertanya dan bertanya akhirnya mulalah proses itu kira-kira sebulan setengah yang lepas...


tapi pada mulanya saya hanya mengambil yang paling kanan dan kiri tu sebab bajetla kan... dan punya la tak tahu tatacara makan akhirnya saya tersalah sistem - sistem orang untuk menambah berat badan... adoiii... patutlah tetiba badan naik...  lepas saya top up dengan 3 barang ni kira-kira 19 hari lepas, ditambah dengan jadual agak ketat (walaupun saya langgar), maka barulah dapat melihat sedikit hasilnya (sikit je)...


walaupun kecewa sbb terlalu sikit, kira-kira 2 kilo sahaja turun dalam 19 hari, namun dalam masa sama saya gembira sbb ia sedikit sebanyak merangsang semangat saya untuk lebih berdisiplin dalam mencapai matlamat saya ini... iaitu mengurangkan 15 kilogram... adeh... bunyinya memang perit tapi tidak mustahil kalo diiringi dengan semangat, ketekunan serta disiplin...

maka itulah dia sebagai 'comeback' saya ini kisah berat badan ini yang jadi topik hari ini... apa daaa padahal kisah sukan banyak boleh diceritakan.. alah apa nak kisahkan... banyak sangat kisah sukan terutama bola sepak, jadi sekali sekala kita lari la topik... mana tahu boleh menjana pendapatan.. betul tak.. sebab secara tak sengaja juga saya dah jadi Herbalife Independent Distributor... kahkahkah... maka sapa nak kurang berat badan tu bak kata herbalife ni - "ASK ME HOW"... hahahaha... cuma saya rasa ada baiknya saya buktikan dulu sampai berjaya barulah mungkin saya kongsikan bersama rakan rakan yg suka drop by blog saya ni... dan menjelangnya ramadhan itulah peluang saya sebaiknya untuk mendapat lebih perubahan dari segi berat badan saya ini InsyaAllah semoga dipermudahkan...

harap-harap saya berjaya lah supaya saya juga boleh membantu mereka-mereka diluar sana yang memerlukan bantuan... hehehe... adakalanya duit bukan segalanya... kerana apabila kita sihat dan cergas maka lebih cergas la kita cari duit, dan apabila sebaliknya nak cari duit pun payah...

FJ
18/07/12
u-thant

Wednesday, March 16, 2011

Malam gemilang Azizul, Nicol

Ia ibarat ulang tayang edisi 2009. Jaguh pecut lumba basikal negara, Azizulhasni Awang dan ratu skuasy kebangsaan, Datuk Nicol Ann David, kembali ke podium untuk masing-masing dinobat selaku Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2010 dalam satu upacara sederhana tetapi cukup signifikan di sini, malam tadi.

Kedua-duanya yang juga terpilih mengungguli kategori masing-masing untuk edisi 2009, menerima trofi dan wang tunai RM10,000 setiap seorang daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Ia adalah kemenangan peribadi kedua buat Azizulhasni manakala nama Nicol sudah lapan kali tercatat sebagai pemenang dalam tempoh 11 tahun, satu lakaran sejarah yang pasti sukar ditandingi.

Azizulhasni, 23, mengetepikan cabaran Datuk Lee Chong Wei dan jaguh bina badan, Sazali Abdul Samad.

“Ini gelaran kedua buat saya, satu penghormatan yang tinggi dalam membakar semangat saya memburu gemilang atas nama negara. Ia juga sebagai hadiah selepas menggadai nyawa di Manchester baru-baru ini.

“Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong, tidak kira sama ada di kalangan pentadbir, pemimpin persatuan, penaja, pengkritik dan peminat yang tidak putus-putus menghulurkan sokongan,” kata Azizulhasni.

Nicol pula teruja dengan gelaran kelapannya sebagai pelengkap kepada persembahannya sepanjang 2010.

“Tahun 2010 adalah detik paling gemilang buat saya, dengan kejuaraan berganda di Sukan Asia dan Sukan Komanwel. Kemenangan kategori pasukan juga satu penghormatan yang cukup tinggi dan menjadi kenangan manis saya,” kata Nicol.

Kategori pasukan lelaki dimenangi skuad hoki negara yang mengutip pingat perak di Sukan Asia di Guangzhou manakala kuartet skuasy – Nicol, Low Wee Wern, Sharon Wee dan Delia Arnold – terpilih mengungguli kategori pasukan wanita.

Anugerah jurulatih lelaki kebangsaan dikongsi bersama Stephen van Huizen dan Tai Beng Hai. Anugerah Kepemimpinan jatuh kepada Prof Datuk W.Y. Chin manakala Anugerah Khas diberi kepada bekas jaguh rejam lembing negara, Datuk Nashatar Singh, dan pemimpin badminton Datuk Lim Teong Kiat.

Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan dimenangi Zul Amirul Sidi Abdullah (renang) manakala Nabilah Ahmat Sharif (badminton) mengungguli kategori olahragawati.

Terdahulu dalam ucapannya, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata program Anugerah Sukan Negara 2010 menjadi simbol hubungan baik di antara kerajaan dan swasta dalam membangunkan sukan negara menerusi sumbangan penajaan Telekom Malaysia.

Ahmad Shabery turut menggesa persatuan sukan bijak menjadikan sebagai sukan mereka sebagai jalur pemasaran dalam mencari sumber tajaan swasta.

“Kita mesti menanam keyakinan kepada orang ramai bahawa sukan juga boleh menjana pendapatan bukan saja di kalangan atlit tetapi juga kumpulan sokongan yang lain,” kata Ahmad Shabery.

SENARAI PEMENANG

OLAHRAGAWAN KEBANGSAAN – Mohd Azizulhasni Awang (lumba basikal)

OLAHRAGAWATI KEBANGSAAN – Datuk Nicol Ann David (skuasy)

JURULATIH KEBANGSAAN – Stephen van Huizen dan Tai Beng Hai (hoki)

ANUGERAH KHAS – Datuk Lim Teong Kiat, Datuk Nashatar Singh

ANUGERAH KEPIMPINAN – Prof Datuk W.Y. Chin

PASUKAN LELAKI KEBANGSAAN – Pasukan hoki

PASUKAN WANITA KEBANGSAAN – Pasukan skuasy

OLAHRAGAWAN PARALIMPIK KEBANGSAAN – Zul Amirul Sidi Abdullah (renang)

OLAHRAGAWATI PARALIMPIK KEBANGSAAN – Nabilah Ahmat Sharif (badminton)

Tuesday, March 15, 2011

ANUGERAH SUKAN NEGARA

salam... sekian lama tidak meng'update' blog saya ini. lantaran kesibukan menguruskan website sukan MEDIASUKAN menyebabkan blog ini terbengkalai buat seketika kerana masih mencari baki-baki ruang menulis.

baiklah sebagai permulaan semula sedikit previu Anugerah Sukan Negara 2010 yang akan berlangsung malam ini di hotel mandarin oriental (sebelah klcc)...

Ditaja oleh Telekom Malaysia untuk julung kalinya, anugerah kali ini dilihat antara paling sengit sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sekali gus mencerminkan keupayaan atlit negara meneroka cabaran dunia.

Saingan getir dalam menentukan bakal pemenang terserlah dengan kehadiran tiga individu bereputasi besar yang mendahului senarai calon olahragawan.

Jaguh lumba basikal, Azizulhasni Awang dan ahli bina badan Sazali Abdul Samad serta bintang badminton negara Datuk Lee Chong Wei bersaing sesama sendiri dalam kategori yang pernah mereka ungguli.

Jika Azizulhasni melangkah ke podium tahun lalu untuk menerima anugerah 2009, Chong Wei dan Sazali memburu anugerah peribadi ketiga.

Chong Wei yang baru saja menjuarai kejohanan Seluruh England dengan menewaskan Lin Dan awal pagi ini, ditabal Olahragawan Kebangsaan pada 2005 dan 2008 manakala Sazali diisytihar penerima anugerah prestij itu pada 2000 dan 2006.

Melengkapkan senarai calon olahragawan ialah penjaga gol hoki negara, S. Kumar, pakar karate R. Puvaneswaran, raja skuasy Mohd Azlan Iskandar dan peserta bowling, Alex Liew.

Apakah ada di kalangan mereka yang mampu memecah penguasaan Chong Wei, Azizulhasni dan Sazali?

Anugerah Olahragawati Kebangsaan 2010 pula dijangka menjadi rebutan enam penjuru membabitkan empat pemenang pingat emas Sukan Komanwel.

Senarai pencalonan diketuai Olahragawati Kebangsaan sebanyak tujuh kali, Datuk Nicol Ann David.

Ratu skuasy dunia itu ditemani tiga lagi pemenang pingat emas Sukan Komanwel, iaitu penerjun muda Pandelela Rinong, peserta gimnastik berirama, Elaine Koon dan penembak negara, Nur Suryani Taibi.

Melengkapkan senarai pendek pencalonan ialah pakar wushu, Chai Fong Ying dan peserta karate-do, Lim Lee Lee.

Apakah Pandelela mampu menjadi penerjun pertama dalam sejarah menerima anugerah itu atau Nicol menjarakkan diri daripada pencabar lain dengan anugerah kelapan secara peribadi?

Bagi kategori pasukan, skuad hoki lelaki kebangsaan yang mencipta sejarah mara ke final Sukan Asia di Guangzhou menjadi pilihan hangat manakala pasukan skuasy wanita dilihat calon terbaik kategori pasukan wanita.

Sebagai menghargai sumbangan mereka dalam arena sukan tempatan dan dunia, beberapa individu dikenal pasti menerima anugerah kepemimpinan dan anugerah khas.

Friday, January 14, 2011

ANUGERAH OLIMPIAN UNTUK PUVE DAN NICOL

akhirnya setelah sekian lama memperjuangkan sukan karate, r. puvaneswaran malam ini di iktiraf sebagai olimpian lelaki bagi tahun 2010. pencapaian konsisten sepanjang menceburkan diri lebih sedekad dalam sukan karate sehingga berjaya merangkul emas di sukan asia guangzhou november lepas. hadiah ini memberi makna buat dirinya disaat dia mahu mengundurkan diri sebagai atlet setelah mencapai umur veteran dalam kategorinya dan bakal beralih sebagai jurulatih bagi melahirkan lebih ramai bakat2 muda sukan karate. dalam usia 35 tahun puva masih mampu merangkul emas kumite lelaki bawah 55kg di guangzhou, satu pencapaian yang tentunya membuat panel pemilihan memihak kepadanya.

dia menewaskan pesaing sengit iaitu koo kien keat (badminton), alex liew (bowling) dan azizulhasni awang (berbasikal trek).

sementara itu seperti dijangka ratu skuasy negara dato' nicol ann david dipilih sebagai olimpian wanita bagi tahun 2010 atas pencapaian konsistennya dalam acara itu. bukan sahaja memenangi emas sukan komanwel, pencapaian konsistennya sepanjang tahun 2010 dengan tidak melepaskan satu gelaran dalam kejohanan yang disertai membolehkan dia dipilih sebagai pemenang malam ini.

pesaing terdekat nicol ialah pandelela rinong (terjun), chai fong yin (wushu) dan elaine koo (gymrama)

hadir bersama malam ini ialah menteri belia dan sukan datuk seri ahmad shabery cheek, serta pegawai2 tertinggi OCM dan juga persatuan2 dibawah gabungan badan induk sukan negara itu.

4 COMMONWEALTH ATHLETES GET AWARDS


national shuttler koo kien keat, weighlifter amirul hamizan ibrahim, diver pandelela rinong and rhythmic gymnast elaine koon, were selected to be recipients of the OCM-100PLUS Outdo Yourself award for their outstanding performances at the commonwealth games last year. they each received rm5,000 for their golden efforts.

100 plus also contributed rm10k to the olympic council of malaysia OCM.

pandelela create history when she won malaysia's first ever diving gold medal at the commonwealth games after defeating several top divers in 10 metre platform event.

elaine meanwhile won the hoop individual event medal in rhythmic gymnastics in new delhi. her golden effort helped malaysia reach its target of 10 gold medals. she also won a bronze medal in the rope apparatus as well as finishing third in all-round event.

weightlifter amirul hamizan, who won the 56kg category, prove his power at delhi as he also struck gold at manchester games in 2002.

badminton ace kien keat contributed three gold medals to malaysia's tally when he helped the national team win the team event by beating India while taking top spot in the mens and mixed double.

also present at the brief ceremony held at OCM museum is national corporate affairs manager of f&n beverages marketing sdn bhd dato' kamal harun, ocm president tunku tan sri imran tuanku ja'afar, ocm deputy tan sri dr m jegathesan, ocm secretary datuk sieh kok chi, director general national sports council dato' zolkples embong and representative from national association.

Wednesday, January 12, 2011

HABUAN BESAR BUAT PEMAIN

saya bersama piala AFF suzuki yang dimenangi

agak mengejutkan tapi nyata ianya satu tanda penghargaan yang tidak ternilai dari pihak kerajaan. RM65 ribu semuanya untuk setiap pemain dan jurulatih seramai 25 orang. setiap seorang dihadiahkan deposit amanah saham wawasan sebanyak 50 ribu ringgit, ganjaran khas pihak kerajaan sebanyak 10 ribu ringgit dan juga 5 ribu ringgit hadiah kemenangan shakam. itulah hadiah terbesar yang semua skuad AFF suzuki perolehi hari ini yang disampaikan sendiri perdana menteri datuk seri najib tun razak pada majlis meraikan skuad kebangsaan piala AFF di kediamannya di seri perdana, presint 10 putrajaya. 3 jurulatih 1 malaysia turut mendapat habuan tersebut iaitu ketua jurulatih k. rajagobal, penolong jurulatih tan cheng hoe dan jurulatih penjaga gol fauzi mukhlas.

bukan setakat itu, PM turut mengumumkan bantuan khas kerajaan untuk membangunkan lagi bolasepak negara ke peringkat lebih tinggi termasuk menghantar pemain-pemain untuk 'attachment' di luar negara selain tambahan dana untuk membina gymnasium beserta sauna termasuk menyediakan instruktor kecergasan. semuanya demi memastikan kejayaan bolasepak negara tidak terhenti setakat ini.

ganjaran ini belum lagi termasuk yang diperolehi setiap pemain dari kerajaan negeri masing2. ada yang dapat duit dan ada juga yang dapat duit berserta tanah. ada juga dapat rumah dan ada juga yang tak dapat apa2... namun saya percaya bukan ini semua yang mereka mahukan pada asalnya kerana apa yang terlintas di fikiran mereka ketika bertanding ialah mahu memartabatkan dan mengharumkan nama malaysia di persada antarabangsa.

bersama king gobal

dan bakal menanti mereka lagi ialah sumbangan tabung akujanji ganjaran yang diusahakan oleh persatuan penulis2 sukan malaysia SAM. walau tidak lah banyak tapi saya percaya ia cukup bagi mereka kerana sokongan padu seluruh rakyat malaysia lebih bernilai dari wang ringgit. kalau mengikut kiraan kasar setiap pemain bakal mendapat RM3,500 ke 4 ribu ringgit setiap seorang dari tabung ini.

mungkin bagi sesetengah orang pujian2 dan penghargaan2 sebegini terlalu tinggi sehingga mungkin boleh dikategorikan sebagai melampau kerana ia hanyalah piala AFF atau dengan bahasa kasarnya piala asia tenggara. tetapi perlu diingat setakat ini, inilah piala tertinggi pernah kita julang. dan perlu juga ingat skuad negara telah melalui pelbagai getir termasuk tohmahan2 sejak ia dipertandingkan pada tahun 1996. dan sepanjang 14 tahun inilah kali pertama kita menjulang piala ini. jadi rasanya tidak salah jika kita memberi penghargaan buat mereka yang telah berjuang bermati-matian demi menjulang semula nama negara yang tenggelam satu ketika dulu.

kapten pasukan kebangsaan safiq rahim

saya kira hadiah2 dan ganjaran2 ini sedikit sebanyak membantu pemain2 kita merancang masa depan. kerana dalam sukan kejayaan tidak selalunya memihak kepada pemenang. oleh itu setidaknya hadiah ini boleh membantu mereka dikala musim gemilang mereka berakhir atau bersara satu hari nanti. adakah kita perlu tunggu untuk olimpik atau piala dunia baru ingin menghargai? saya percaya jika pemikiran ini diamalkan ia akan jadi seperti pemain2 dahulu yang ada diantaranya kini hanyalah ibarat melukut di tepi gantang. perlu juga diingat mereka juga mengorbankan fizikal mereka untuk negara terutama kaki mereka. jika mereka mengalami kecederaan, bagaimana mahu menanggung perbelanjaan kerana tidak beraksi di padang? jadi penghargaan sebegini harus diberikan agar pemain2 kita terus bersemangat untuk meningkatkan lagi nama malaysia di persada dunia. siapa tahu kita bakal beraksi di sukan olimpik tahun depan? walau nampak mustahil tapi ianya tidak mustahil jika ada kesungguhan kerana malaysia telahpun melakukannya dua kali iaitu 1972 dan 1980.

harapan kita semua agar kejayaan trus mewarnai bolasepak negara kita pada masa akan datang. mungkin juga pihak kerajaan dan pihak2 korporat serta rakyat malaysia yang cintakan bolasepak boleh berkira2 apakah habuan seterusnya yang boleh diberikan kepada pemain jika mereka dapat melangkah ke sukan olimpik 2012... terlalu optimis? mungkin tapi seperti saya tulis diatas nampak mustahil tetapi ianya tidak mustahil...

TAHNIAH SEMUA!!!

Wednesday, January 5, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011


sudah 5 hari 2010 meninggalkan kita. saat itu juga sudah 5 hari juga segala warna warni, pahit manis, carca marba dan lain2 itu berlalu.. rasanya masih tidak lewat untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2011 kepada semua pelawat dan juga rakyat malaysia seantero dunia.

azam 2011? bagi saya azam ini hanya satu matlamat. namun ia harus bersandarkan kepada rasionalnya azam itu. dan juga harus berpaksikan bagaimana ia boleh direalisasikan. bukan hanya tercatat didalam kertas minda. namun bercakap mengenai azam saya tahun ini ianya lebih kepada menyorong kembali azam dahulu yang belum tertunai disamping menambah beberapa azam baru yang difikirkan logik bagi saya untuk direalisasikan. alhamdulillah banyak juga azam 2010 saya tertunai dan ada juga yang gagal dilaksana namun bukan bererti ia terus dimatikan. malahan ia akan dibawa ke tahun ini agar ia dapat dilaksanakan.

suka juga saya ingin bercerita disini dimana tamat sahaja 2010, bermakna telah 10 tahun saya bergelumang di dalam industri media ini. dari situ berbagai rencah dan pengalaman telah dilalui. daripada sehebat2nya sehinggalah seburuk dan sehinanya... yang pasti industri media ini banyak mengajar saya menjadi lebih matang, berakal, dewasa dan tentunya ia mengajar saya bagaimana untuk survival selain bergaul dengan bermacam2 orang dari bermacam2 latarbelakang. cuma satu kesimpulan yang boleh saya rungkai darinya ialah industri media ini menjanjikan keseronokan (sudah pasti), kesenangan (jika kene gayanya), kebanggaan, dan keglameran (kadang2). tetapi peribadi saya mengatakan industri ini tidak menjanjikan kekayaan, kebahagiaan, kebebasan masa dan kehebatan kerana kesilapan ada di mana2... jika kita tersilap langkah maka tersungkur lah kita. jika betul langkah dan bunga silatnya, maka kita harus berasa bangga akan apa yang kita kecapi walaupun wang ringgit bukan keutamaan.

bagi diri saya sendiri, saya amat bersyukur telah mempelajari banyak perkara yang membolehkan saya berdiri hampir kukuh walau satu ketika saya jatuh dan satu ketika juga bermacam keputusan drastik telah saya buat untuk kebaikan dan percaturan hidup saya. dan saya berharap tahun ini dan seterusnya ianya akan lebih cemerlang, agar ianya dapat memberikan lebih kepuasan dalam apa juga perkara yang saya lakukan...

FJ
5/1/2011
u-thant