
gunung kinabalu dalam HDR
salam... memandangkan flight balik kl 2/10 so kelmarin saya mengambil peluang berjalan2 di SANDAKAN.
sandakan adalah bandar kedua terbesar di sabah. untuk sampai ke sandakan mengambil masa lebih kurang 6 ke 7 jam berkereta. namun ada pemandu boleh sampai ke sandakan dalam masa 4 jam sahaja.
sepanjang perjalanan ke sandakan kita akan melalui TUARAN, TAMPARULI, banjaran crocker, taman kinabalu iaitu jalan ke gunung kinabalu, KUNDASANG, RANAU, TELUPID, dan SANDAKAN.
antara tempat2 lawatan di sandakan ialah taman peringatan perang atau war memorial, pulau penyu selain kawasan pemuliharaan orang utan di SEPILOK. selain itu banyak lagi kawasan2 lawatan di sandakan.
dan perlu diingat sepanjang perjalanan banyak kawasan2 runtuhan kecil dan hakisan dimana jalan2 di kawasan tersebut menjadi satu lorong. oleh itu pemandu perlu berhati2 dan sentiasa peka kepada tanda jalan.

antara kawasan melihat gunung kinabalu di banjaran crocker atau jalan tamparuli-ranau

pemandangan kampung di lembah bukit di kundasang.

aktiviti perniagaan di kundasang

pekan telupid. walaupun agak kecil tetapi pekan ini juga ada tempat menginap

jalan di pekan telupid yang sedang dalam pembaikan

antara pemandangan jalanraya telupid-sandakan

pemandangan biasa sepanjang perjalanan dari telupid ke sandakan. ini kerana sepanjang kira2 1 jam 30 minit perjalanan akan melalui kawasan estate kelapa sawit.

antara mercu tanda sandakan
kami tiba di sandakan kira-kira 7 malam di sandakan setelah menempuh perjalanan agak lama dari kota kinabalu. ini kerana memandangkan kali pertama ke sandakan, dengan menaiki kereta yang agak berusia, oleh itu saya perlu berhati2 dengan keadaan jalanraya.
tiba di sandakan terus mencari tempat menginap. tidak susah mencari tempat menginap kerana banyak hotel di sandakan. harganya juga agak berpatutan.
kami bertolak pulang awal pagi bagi mengelakkan sampai ke kota kinabalu waktu malam. sebelum bertolak sempat juga kami sekeluarga pergi ke pasar sandakan berjalan2 dan membeli sedikit barang. kami juga singgah seketika di kawasan melihat di atas bukit, pusat peringata perang serta beberapa tempat yang difikirkan mudah. dan kami tiba di bongawan, papar pukul 6 petang. sebelum itu sempat juga kami singgah seketika di pasar kota kinabalu membeli kuih cincin, dan kelapa parut untuk dibawa balik.

bayaran parking kereta di sandakan, murah.

bandar sandakan dari dalam kereta

hospital sandakan

kampung sim sim, kampung air di sandakan. pandangan dari tepi jalan sahaja.

kampung sim sim, ari atas bukit.

bergambar tanda kejayaan balik sebelum malam di jalan masuk taman kinabalu, di kaki gunung

singgah seketika di peropok, jalan balik kira2 10 km dari pekan tamparuli


kampung di kaki bukit di kundasang