Friday, September 24, 2010

TERIMA KASIH KAFE SUKAN


tempoh hari isnin 20 sept saya dijemput sebagai tetamu di kafe sukan ch 801.

baru je balik dari bercuti. hubungan pun terputus sebab seberang sana paper lain. pas tu tv pun jarang bukak... ditambah pula dengan demam raya. tapi saya cuba juga memberi kerjasama baik menjayakan program bual bicara itu.

terima kasih kepada penerbit tuan slamet sazly kerana sudi menjemput saya (lain kali boleh jemput lagi.. wakakak)... mintak maaf kalau ada kekurangan dari saya.


bersama residen blogger rizal hashim

CONGRATULATION SPORTS WOMEN

malam tadi berlangsung anugerah 'women in sports' di bangunan OCM.

tahniah saya ucapkan kepada mereka2 yang terpilih sebagai penerima.

antaranya ialah ibu bapa wong mew choo iaitu wong loy choy dan kok mee foong yang menerima anugerah 'women & sports partnership award'.

dan tahniah juga kepada jamhariah jaafar dari berita harian yang menerima anugerah 'women & sports award for journalism'. jamhariah yang saya boleh andaikan sebagai wartawan residen BH kini merupakan pengerusi coral malaysia, NGO alam sekitar yang mengambil berat karang batu di malaysia.

di akhir majlis sempat juga bertemu dengan normala abd rashid, bekas pemain bolasepak wanita yang turut menerima anugerah di majlis itu. dia telah menghambakan diri dalam bolasepak lebih 15 tahun. kini bertugas di majlis sukan perak dengan tumpuan pembangunan di peringkat kanak2 dan remaja.

namun dalam pada bergembira tu sempat dia meluahkan kekesalan tentang bolasepak wanita negara yang banyak dipinggirkan. peruntukan juga terlalu sedikit sehingga sukar untuk pembangunan bolasepak wanita dapat dilaksanakan. akhirnya bolasepak wanita negara tidak berubah.

semoga dengan perlantikan tan sri annuar musa mengenai hal ehwal bolasepak wanita dapat merubah senario bolasepak wanita negara kita supaya menjadi lebih terkenal, banyak program2 melahirkan pemain2 berkualiti dan paling utama banyak peruntukan. sebab kalau x de duit pun perancangan x boleh dijalankan bukan... kita ucapkan semoga bolassepak wanita satu hari nanti mampu dikenali bukan sekadar nama tetapi kehebatan pemain yang setidak2nya dapat memberi saingan sengit kepada negara2 lain...

Wednesday, September 15, 2010

SELAMAT HARI MALAYSIA 2010!

secara peribadi saya rasa agak berbangga kerana menjadi sebahagian dari integrasi nasional. beristerikan orang malaysia timur secara tidak langsung merapatkan lagi antara dua bahagian malaysia ini. memang jujur hati saya terpaut dengan keunikan di dua negeri ini dengan kepelbagaian budaya dan cara hidup, memeriahkan lagi keindahan negara malaysia.

baik, bercerita tentang hari malaysia ni, tahun lepas ada saya nyatakan dalam post saya. boleh rujuk SINI dan juga SINI.

kebetulan waktu saya menulis blog itu saya sedang bercuti hari raya di kampung halaman isteri di sabah. artikel yang saya perolehi dari akhbar tempatan. perjuangan rakyat sabah sarawak untuk mengiktiraf tarikh 16 september sebagai hari malaysia, berbeza dengan tarikh 31 ogos yang pada asasnya milik penduduk di semenanjung sahaja. akhirnya perjuangan mereka berbaloi apabila bermula tahun ini (2010) 16 september diiktiraf sebagai hari malaysia seterusnya menjadi sebahagian dari kalendar sebagai cuti umum untuk negara ini. dan mungkin juga saya dikira bertuah kerana sambutan hari malaysia buat pertama kali ini diadakan di sabah di mana tahun ini juga saya berada di sabah bercuti secara tidak langsung menjadi sebahagian dari rakyat yang turut menyambutnya di sini.

kita perlu maklum dengan kepelbagaian budaya dua negeri ini menyemarakkan lagi nama malaysia di mata dunia yang mempunyai keunikan budaya yang tersendiri. jika tidak mungkin malaysia lambat diingati... contoh mudah - rumah panjang, telinga panjang, rumah atas air, pakaian pelik2, tarian pelik2, bahasa sangat pelik, haiwan pelik2, cara hidup sangat berbeza dan lain2 perkara yang bila difikirkan balik jauh berbeza dari semenanjung. di sabah sahaja ada kira-kira 28 etnik. di sarawak?

bukan itu sahaja, dari sudut sukan dua negeri ini turut membantu menaikkan nama malaysia di peringkat antarabangsa. nama2 seperti matlan marjan, watson nyambek, terutama sekali nama sapok biki dalam tinju, hidayat hamidon dan matin guntali dalam angkat berat sentiasa meniti di bibir rakyat. dan kini generasi baru dalam sukan renang dan terjun pula menjadi bualan peminat sukan seperti daniel bego, bryan nickson, pandelela rinong serta lain2 atlet yang lahir dari dua negeri ini yang telah menjadi sebahagian dari barisan atlet-atlet negara.

tapi saya lebih suka bercerita dari sudut politik. kalau difikirkan balik memang patutnya lama diiktiraf 'secara rasmi' tarikh ni kerana dua negeri inilah yang banyak membantu pihak kerajaan untuk menubuhkan kerajaan baru atas tiket parti mereka. mungkin kesan dari pukulan tsunami 2008 membuka mata mereka untuk lebih menghargai rakyat di seberang sini. bukan mahu menyebelahi pihak di sini tetapi bila diselak semula keputusan PRU12 kerusi dari sabah sarawak yang banyak membantu mengekalkan penguasaan parti kerajaan untuk terus memerintah negara malaysia bagi tempoh 4/5 tahun lagi. jika tidak kerana bantuan dari sabah sarawak, sudah tentu malaysia akan mencipta sejarah buat pertama kali ditadbir oleh parti pembangkang.

cuma kesiannya setelah 47 tahun lahirnya malaysia, masih lagi terdapat keciciran, kekurangan dan masalah2 lain di dua negeri ini. saya rasa tak perlu kita bercerita tentang pembangunan. kerana dua negeri ini pun rasanya masih suka mengekalkan cara hidup mereka ni. kalau saya sendiri pun lebih suka suasana2 kampung yang kaya dengan cara hidup dan budaya unik ni. melainkan di bandar2 utama je lah.

kita bercakap soal ASAS. kemudahan asas kebanyakan tempat masih lagi mengalami masalah. jalanraya walaupun dah bertar masih lagi terdapat tempat2 yang tidak bertar dan juga jalan sentiasa rosak. sebab tu la agaknya orang di sabah sarawak lebih suka pakai pacuan 4 roda. selain dari jalan bergunung-ganang, permukaan jalan yang adakalanya tidak lancar juga memudahkan mereka jika menggunakan pacuan 4 roda. tapi hal jalan ni mungkinlah boleh dimaafkan lagi. sebab banyak perubahan dapat dilihat dengan peningkatan jalanraya dari dulu hingga sekarang.

masalah utama yang membelenggu kawasan2 kampung dan pedalaman kini adalah letrik dan air. contoh mudah rumah mertua saya di bongawan ni. tekanan air lemah. kejap ada kejap takde walaupun selalu ada. elektrik juga tak berapa kuat. nak tunggu lampu tu pasang berejam dia berkelip2. last2 mentol blow. saya pergi beraya di weston di adunya masalah air yang berpanjangan dari dulu tak selesai2... akhirnya air hujan yang ditadahnya... ada air tapi selalu bekalan terputus. padahal air ni paling penting dalam kehidupan seharian. letrik problem tak pe lagi, tapi kalau air problem nak buat kerja seharian pun x boleh.

mungkin kerajaan negeri kena maklum perkara ni. sarawak tu tak pe la lagi sebab saya tengok kuat politik mereka berpihak kepada kerajaan. tapi sabah ni nampak seakan2 mudah goyah. oleh itu ada baiknya pihak kerajaan persekutuan dan negeri lebih menitik berat soal rakyat kerana di sabah saya lihat seolah2 ada kebangkitan dari pihak pembangkang untuk menawan semula negeri ni. kalau kita singkap sejarah politik sabah juga agak berwarna-warni. sedangkan calon bebas yang pakai lambang macam2 pun boleh menang di sabah. mungkin blog SINI atau pun artikel SINI boleh jadi panduan untuk kerajaan negeri berjaga2 sementelah PRU13 pun tak lama lagi je. kalau tak say goodbye je la.. banyak tu 25 kerusi parlimen 60 kerusi dun... macam2 boleh jadi. (itu pun kot ada pihak berkaitan perasan blog saya dan link2 yang saya nyatakan).

apapun SELAMAT HARI MALAYSIA KE 47. semoga negara malaysia terus aman dan makmur...

Friday, September 10, 2010

Salam Eidulfitri 1431H / 2010M

(klik gambar utk paparan lebih besar)

saya sekeluarga dengan ini ingin mengucapkan selamat hari raya eidulfitri terutamanya kepada pengunjung2 blog saya yang x seberapa ni, rakan2 ahli persatuan penulis-penulis sukan malaysia SAM, perdana menteri malaysia, menteri-menteri kabinet2 terutamanya menteri belia dan sukan, timbalan2 menteri, ahli2 parlimen kerajaan mahupun pembangkang, atlit-atlit sukan, persatuan2 sukan dan semua rakyat malaysia.

Maaf Zahir dan Batin...

Saturday, September 4, 2010

Majlis Berbuka Puasa SAM-KBS 1 september 2010

presiden sam menyambut ketibaan menteri belia dan sukan

lagi gambar di SINI

akhirnya majlis berbuka puasa anjuran persatuan penulis-penulis sukan malaysia SAM dengan kerjasama kementerian belia dan sukan KBS berlangsung dengan jayanya.

walaupun agak kelam kabut pada awalnya namun akhirnya berjalan dengan lancar. maklumlah 1st time saya dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segala hal berkaitan dengan hotel dan penganjuran. tetapi dengan bantuan timbalan presiden asan ahmad dan juga sdr hisham setiausaha akhbar menteri ianya berlangsung juga tanpa sebarang masalah. kredit turut diberikan kepada saniah wahab staff di sam serta sdr tumpang saptu yang banyak membantu dari segi logistik. tidak lupa rakan2 exco lain yang telah melancarkan perjalanan majlis.

tempat duduk yang pada asalnya berjumlah 100 orang terpaksa ditambah 3 meja oleh kerana sambutan yang menggalakkan daripada ahli2 sam dan juga rakan2 media sukan yang turut hadir memberi liputan (itu belum kira yang terpaksa makan berdiri dan makan di sofa2).

terima kasih yang tak terhingga juga di tujukan kepada menteri belia dan sukan datuk ahmad shabery cheek kerana tidak putus2 memberi sokongan penuh terhadap kewujudan sam. termasuklah menambah peruntukan sedia ada (dengan syarat ada aktiviti).

dan kepada semua ahli dan rakan2 media yang sentiasa memberi sokongan atas apa jua aktiviti sam sekalung penghargaan kepada anda semua.

semoga lebih banyak lagi aktiviti dapat dijalankan di masa akan datang.

p/s: sam juga sedang merancang untuk mengadakan majlis hari raya akan datang. kepada penaja2 budiman yang sudi menaja majlis ini amatlah kami alukan dan kami hargai.

Tuesday, August 31, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 53!!!

saya sebagai rakyat malaysia yang berbangga menjadi warga di sebuah negara yang berdaulat ini ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan ke 53 kepada semua pengunjung2 blog dan semua rakyat malaysia tidak kira dimana jua anda berada hatta di kutub utara sekali pun... (kecuali yang dah tak de laaa...)

semoga kita dapat menghayati sepenuhnya erti kemerdekaan sedalam-dalamnya. janganlah biarkan negara kita tercinta ini di hina, di kutuk, di caci oleh anasir-anasir yang bencikannya dan yang penting janganlah biarkan negara kita tergadai oleh perbuatan-perbuatan rakyat yang terlalu mementingkan diri dan mempunyai agenda tersembunyi....

tidak lupa juga saya ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada adik perempuan saya yang lahir pada tarikh keramat ini...

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Sunday, August 29, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA SAM


persatuan penulis-penulis sukan malaysia SAM dengan kerjasama kementerian belia dan sukan KBS akan menganjurkan majlis berbuka puasa pada 1 september ini (rabu) bertempat di Hotel Hilton KL Sentral.

sehubungan itu semua editor / pengarang / wartawan sukan terutamanya ahli-ahli SAM dijemput hadir memeriahkan majlis itu yang turut dihadiri menteri belia dan sukan datuk ahmad shabery cheek yang banyak membantu melancarkan lagi perjalanan SAM selama ini.

majlis bermula pada pukul 6 petang.

AL-FATIHAH ISA BAKAR

pemain yang boleh dianggap hebat di zaman 70an terutamanya... saya tidak lah berapa kenal dengan lagenda ini kerana pemain ini agak kurang popularitinya walaupun nama dia juga sering disebut2 pemain seangkatan dengannya.

cerita mengenai lagenda ini boleh di baca sini

Allahyarham isa bakar, menghembuskan nafas terakhir apabila mengalami batuk berdarah yang teruk.

pernah dulu saya membuat cerita mengenai pemain-pemain lagenda negara tetapi percubaan saya untuk menjejak pemain ini tidak berjaya walaupun saya sudah sampai ke pulau pinang akibat tiada nombor hubungan dan kekangan masa.

saya hanya berjaya menjejak mohd bakar dan shukor salleh yang sedia dikenali kerana masih bergiat aktif dalam bolasepak manakala v.krishnasamy pula saya perolehi menerusi bantuan yakeb dan beberapa pemain lagenda lain.

Al-fatihah untuk Allahyarham dan takziah buat keluarganya atas pemergian pemain hebat ini.

nota mudah dari saya: "kepada mereka-mereka yang berkaitan".... sentiasalah mengambil tahu hal-hal pemain yang pernah berjasa kepada negara kita satu ketika dahulu walau sebesar kuman jasa mereka kerana mereka lah yang telah mencipta kebangkitan bolasepak buat malaysia.

kerana ada diantara mereka kini terbiar tanpa kebajikan walau pernah satu ketika dahulu menggamatkan stadium dengan kejayaan demi kejayaan sehingga dikenali pada eranya...

tidak salah kalau kita sendiri pergi menghadap mereka ini walaupun mereka bukanlah datuk atau ahli yang berhormat. kerana dengan keadaan kesihatan yang semakin tidak mengizinkan di tambah dengan keadaan kehidupan yang tidak semewah mana, menghadkan pergerakan mereka untuk ke sesuatu tempat atau majlis.

mereka pernah mengeluh ... tetapi siapa yang mendengar... x kan nak jadi sepeti pepatah 'harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama'? kalau boleh biarlah sebelum mati nama mereka sentiasa meniti di bibir rakyat malaysia... anggaplah mereka ini sebahagian dari maksud merdeka kepada malaysia.

kenapa???? KERANA MEREKA SEMUA ADALAH 'LAGENDA' NEGARA... jika kita faham apa maksud LAGENDA dengan sebenar-benarnya, maka kita akan sepenuhnya menghargai mereka...

Thursday, August 26, 2010

ANUGERAH WANITA DAN SUKAN MAJLIS OLIMPIK MALAYSIA (MOM)

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) melalui Jawatankuasa Wanita dan Sukan telah mewujudkan anugerah yang dinamakan “Anugerah Wanita dan Sukan”. Anugerah ini diadakan setiap tahun untuk menghargai dan mengiktiraf individu atau organisasi yang telah banyak membantu membangun, mempromosi serta mempertingkatkan perasan Wanita dalam Sukan di Malaysia.
Pada masa yang sama, MOM juga akan menyampaikan “Anugerah Wanita dan Sukan untuk Media” kepada wartawan yang telah banyak membantu mempromosikan peranan Wanita dalam sukan melalui media.

Oleh yang demikian, MOM telah memohon SAM untuk mencalonkan beberapa nama individu yang layak untuk dipertimbangkan bagi anugerah tersebut mengikut kriteria-kriteria yang ditelah ditetapkan.

Pihak Persatuan amat mengalu-alukan jika sekiranya ada di antara ahli-ahli yang ingin mencadangkan individu-individu yang difikirkan layak untuk anugerah yang tersebut. Sila hubungi pejabat di talian 03-2078 0985 untuk mendapatkan borang pencalonan.


Pencalonan
3.1 Pencalonan hendaklah diisi dalam borang yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Wanita dan Sukan Majlis Olimpik Malaysia, dan boleh dibuat oleh mana-mana berikut dibawah :-

(i) mana-mana sekolah, kolej, universiti atau mana-mana institusi pendidikan awam atau persendirian;

(ii) mana-mana kelab atau organisasi berdaftar; atau

(iii) lain-lain individu atau badan korporat atau organisasi persendirian atau awam

3.2 Pencalonan hendaklah dibuat dengan persetujuan calon, dan hendaklah disertakan bersamap-sama biodata peribadi atau keterangan ringkas calon bagi menyokong pencalonan, bersama dengan sijil dan dokumen tentang pencapaian serta sumbangan yang diberikan oleh calon beserta dengan dua (2) keping gambar calon berukuran 2” x 2”.

3.3 Semua pencalonan hendaklah sampai ke Urusetia MOM selewat-lewatnya sebelum 30 Ogos 2010.


Kriteria Pemilihan

4.1. (i) terlibat secara aktif dalam aktiviti sukan atau sukan berkaitan untuk sekurang-kurangnya lima (5) tahun berterusan iaitu lima tahun terdahulu sebelum anugerah (2010), semasa dan termasuk tahun penganugerahan tersebut; DAN

4.1. (ii) menunjukkan pencapaian dan sumbangan yang bermakna terhadap kemajuan wanita dalam mana-mana aktiviti sukan atau sukan berkaitan di dalam Negara; ATAU

4.1. (iii) telah memberi sumbangan masa dan tenaga yang sangat bermakna ke arah mempromosi, pembangunan dan kemajuan wanita dalam mana-mana aktiviti sukan atau sukan yang berkaitan di dalam negeri, melalui kepimpinan dan atau pentadbiran.

Friday, August 13, 2010

SALAM RAMADHAN 1431H / 2010H

(klik untuk besarkan)

rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua pelawat dan muslimin muslimat sekelian alam... semoga kita mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.