Monday, July 27, 2009

Pasukan sukma Wilayah Persekutuan

pada kejohanan memanah terbuka UPM semalam saya sempat mengumpulkan pasukan yang dibentuk untuk menggalas cabaran dalam acara memanah pada temasya sukan malaysia SUKMA yang akan diadakan di melaka tahun hadapan. salah seorang daripadanya adalah anak saya alif. dan pembentukan pasukan ini dipilih dari kejohanan sukan wp yang didakan baru2 ini berdasarkan pencapaian terbaik pemain. 3 pemanah adalah dari labuan manakala alif dari kuala lumpur. saya sangat optimis dalam sukma yang akan diadakan tahun depan pasukan wp akan menggondol banyak pingat berdasarkan pemerhatian saya setahun dua kebelakangan ini. ini kerana salah seorang pemanah iaitu zulkifli tahil merupakan pemegang beberapa pingat emas dalam sukma di terengganu tahun lepas (2008). semenjak itu beliau dipilih mewakili pasukan pelapis kebangsaan dan baru2 ini telah diserapkan dalam pasukan elit malaysia (pasukan utama) dan banyak membantu malaysia menggondol pingat dalam kejohanan antarabangsa. selain itu mohd riduan nasib juga merupakan pemanah pelapis kebangsaan dan banyak juga menggondol pingat dalam kejohanan2 yang disertai termasuk kejohanan di UPM ini. mohd hazlan saili juga tidak kurang hebatnya kerana dia juga banyak menggondol pingat dan merupakan bekas pelajar sekolah sukan bukit jalil. alif pula merupakan penyertaan sukma pertama untuknya dan pendedahan untuk mencapai kejayaan lebih cemerlang. setahun dua ini juga alif telah menunjukkan peningkatan memberangsangkan apabila menggondol beberapa pingat dalam kejohanan dalam negara bagi acara individu dan berpasukan selain memperbaiki rankingnya. pemanah2 ini dibawah bimbingan jurulatih junaidi bakir dari labuan.


pemanah WP dari kiri: mohd riduan nasib, md hazlan saili, jurulatih junaidi bakir, mohd zulkifli tahil dan mohd alif adha.

Dua pingat drpd alif di padang kompleks sukan UPM

alif semakin meningkat percapaiannya apabila dalam kejohanan memanah terbuka upm yang berakhir semalam dia berjaya membawa pulang 2 pingat. satu emas dan satu gangsa. pingat emas diperolehi dalam acara recurve lelaki berpasukan pusingan olimpik (kalah mati) menewaskan pasukan dari angkatan tentera malaysia manakala gangsa diperolehi dari jarak 90meter recurve individu (mata terbanyak). namun begitu 3 lagi jarak iaitu 70 meter, 50 meter dan 30 meter dia gagal dalam percubaannya kali ini. 70 meter sekadar berada di tempat ke 5, 50 meter tempat ke 21 manakal 30 meter tempat ke 10 dan kedudukan keseluruhan ialah ke 9 daripada lebih kurang 54 pemanah. kira ok la tu... sementara itu dalam acara recurve individu pusingan olimpik alif tewas diperingkat suku akhir di tangan pemanah oku negara mohd salam sidik. alif kalah hanya dengan 1 perbezaan satu mata iaitu 105-104. apa yang saya dapat lihat ialah permainannya masih belum konsisten. bak kata orang macam yo-yo. x pe la diharap dia dapat pertingkatkan usaha lagi. masa masih panjang. umur pun baru 16 tahun. kalau ikut ranking peluang untuk ke pelapis kebangsaan tu ada cuma bukan sahaja perlu pertingkatkan pencapaian tetapi yang lebih utama konsisten permainannya. apa pun tahniah untuk alif. semoga terus berjaya dalam apa yang diceburi...

sekitar gambar pertandingan akhir recurve lelaki berpasukan



alif sedang memanah


jurulatih pasukan WP junaidi bakir memperkatakan sesuatu kepada pemanahnya


pemanah ATM


wajah ceria


kemenangan kepada pasukan dari WP


penyampaian pingat kemenangan


pingat kemenangan


pemanah pasukan WP. dari kiri mohd hazlan saili (labuan), alif adha (kl), Riduan nasib (labuan)


pemanah2 WP dari pelbagai kategori bergambar beramai2 bersama pengurus pasukan puan nora (bercermin mata hitam)


pingat emas dan gangsa daripada alif

Sunday, July 26, 2009

Selamat hari jadi yayie

semalam (25 julai) adalah hari lahir yayie yang ke 4. dah 4 tahun rupanya anak bongsu saya sorang ni. teringat dulu2 masa baru lahir. keluar2 perut je terjeling sana terjeling sini tengok siling bilik hospital. lahir awal pagi kul 4. apapun sebagai ayah saya mendoakan kesejahteraan anak saya sentiasa. semoga panjang umur, menjadi anak yang solehah, pandai, bijak dan lain2 lagi la yang elok2. dan buat pertama kali sejak lahir, inilah kali pertama kami beli kek untuk dia. even saya sendiri pun sampai la ni x pernah sambut hari jadi dengan kek. entahlah tak biasa agaknya. tapi demi anak sorang ni sambut jugak la. tiup2 kek diadakan di rumah adik ipar saya di putrajaya. kebetulan dia pun baru melahirkan anak yang ke 6 (dah setengah dozen dah) pada 21 julai 09. masa tu jugak kedua2 mertua saya baru datang dari sabah pada 22 julai untuk menjaga ipar dan anaknya. so saya ambik kesempatan ni untuk membuat sedikit tiup2 kek di sana.


kek kecik je...


antara anak2 buah







gambar bersama atuknya


mertua perempuan saya (belum sempat masak mee kek dah abis separuh)


ipar bongsu... laki dia outstation so dia join la...

Tumpang tidor hotel

baru2 ni orang rumah kena g kursus kat salah sebuah hotel di jln tun razak. so malam minggu tu roommate dia balik rumah. dia ajak tido sana. saya ngan yayie pun datang dalam kul 11 malam gitu. bilik dia besar. 1 double 1 single. corner lot lagi tu. saya ambik kesempatan bawak kamera. tapi masalahnya gambar malam x jadik. jadik gambar siang je. sebelum balik pagi tu sempat la snap sekeping dua gambar. nak stay sampai check out segan pulak. walaupun orang rumah abis petang. kita tumpang je... ni gambar2 nye...


jalan tun razak. kelihatan seperti pintu gerbang di atas jejambat sana. kiri bawah bumbung perpustakaan negara.


yayie dari dalam bilik. kelihatan sebelah menara berkembar disebelah kiri manakala menara klo di sebelah kanan.


institut jantung negara. bangunan baru yang ditambah dan lebih besar bagi menampung ramai pesakit dan memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti. gambar dalam konsep panorama. 4 gambar yang digabungkan menjadi satu. jalan tu lurus tapi disebabkan digabungkan dengan panorama maka jadilah camtu.

Barang2 'sendir' saja

otw balik kl dari bandar penawar hari tu, sempat juga snap gambar ni... bahasa jiwa bangsa... ekekek

Trompet terakhir utk sekolah sukan bandar penawar

hhmmm... akhirnya selesai jugak masalah anak sorang ni. setelah setahun lebih bersekolah di bandar penawar akhirnya tarikh 15/7/09 langkah terakhir dia di sana. tarikh tu saya dan isteri ke sekolahnya dan menguruskan pertukarannya setelah mengambil kira pro n connya.. dan kini dia menunggu untuk masuk sekolah lamanya iaitu di sek men st john di bukit nanas. sekolah ini juga merupakan pusat latihan negeri bagi sukan memanah di kuala lumpur. surat pelepasan dari bhgn sukan dan kokurikulum putrajaya dah settle. sekarang tunggu signal dari jurulatih merangkap cikgu sekolah sama ada kena urus di jabatan pelajaran negeri atau dia tolong uruskan. tapi kalau masuk sekarang pun x boleh gak sebab budak2 tengah ujian. akhirnya kembali jugak ke pangkal jalan. ekekeke... untuk pengetahuan afiq satu ketika dulu pernah menjadi harapan sekolah ni sebelum ditawarkan ke ssbp.

tapi saya masih akan kesana jika perlu (atas urusan kerja la)... cuma kalau atas urusan keluarga/anak mungkin x lagi la kot... jauh tu oooo....


gambar diambil dari depan pintu pagar sekolah, sebelum kami chow balik kl.

Wednesday, July 15, 2009

Where To Go -Langkawi - Island hoping part 1

segmen where to go masih lagi berlegar-legar di kawasan pulau langkawi. banyak daya penarik yang kebanyakan pelawat agak kurang mengambil perhatian dahulu tetapi kini ramai yang telah sedar akan tarikan2 tersebut secara tidak langsung menaikkan lagi nama langkawi di mata dunia. kali ini kita akan bercerita tentang apa yang dipanggil 'island hoping'. island hoping ialah dimana pelawat akan dibawa melawat 2 pulau diantara 99 pulau yang ada. difahamkan bahawa 2 pulau ini menjadi pilihan kerana ia adalah antara yang unik yang boleh dikunjungi selain dan pelawat boleh menikmati suasana di pulau tersebut dengan rasa indah sekali. ia juga tidak terhad kepada sesuatu golongan sahaja (yang banyak duit la). pulau yang dimaksudkan ialah pulau dayang bunting dan pulau beras basah. selain itu aturcara lawatan dalam island hoping adalah memberi burung helang makan (eagle feeding). 3 tempat ini merupakan agenda yang utama yang termasuk dalam pakej island hoping. untuk bahagian pertama ini saya akan menerangkan tentang pulau dayang bunting.

-quote dari wikipedia-

Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah. Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang boleh disewa di jeti pekan Kuah, pulau Langkawi dengan kadar pakej RM45.00 seorang.

Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting.

Antara tempat yang menarik di sini ialah Tasik Dayang Bunting dan Gua Langsuir. Gua Langsuir terletak di tengah perjalanan ke Tasik Dayang Bunting. Gua ini adalah akibat kesan hakisan ombak laut jutaan tahun lampau. Terdapat bentuk-bentuk tergantung iaitu stalagtik yang mempunyai pelbagai bentuk - lalu dinamakan langsuir.

Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak. Sebuah jeti telah dibina di tepian pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong singgah. Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian kemudian menurun ke bawah - jaraknya 1 km sahaja . Sebuah pelantar dibina di tepi tasik dan disediakan jaket keselamatan dan bot berdayung dengan kaki dengan sewaan RM15.00 . air tasiknya hijau jernih dan menimbulkan panorama yang menarik.

-quote dari tourism malaysia-

Pulau Dayang Bunting adalah pulau kedua terbesar dalam gugusan Pulau Langkawi, dan merupakan destinasi pelancongan yang popular.

Pulau itu, yang terletak 20 kilometer dari pekan Kuah mendapat nama dari suatu legenda yang terkenal di sini.

Legenda Tasik Dayang Bunting dikatakan sebuah tempat pemandian kegemaran seorang puteri dari kayangan bernama Mambang Sari. Dia diberi julukan sebagai Tasik Dayang Bunting.

Menurut cerita, seorang putera raja, Mat Teja, jatuh cinta dengannya dan menipu puteri itu untuk mengahwininya. Mereka dikurniakan seorang anak, yang kemudiannya meninggal dunia setelah tujuh hari akibat penyakit misteri.

Disebabkan terlalu sedih, Mambang Sari meletakkan mayat anaknya ke dalam tasik itu dan kembali semula ke dunia kayangan.

Sehingga ke hari ini, ada yang masih percaya wanita yang sukar mendapat anak, jika mandi dalam tasik itu akan dikurniakan anak. Ada yang turut mengakui kebenaran hal ini.


untuk post ini, saya akan tunjukkan serba sedikit gambar2 di pulau dayang bunting. tetapi pergerakan adalah dari jeti di awana porto malai.


awana porto malai (gambar dari jeti)

menuju ke bot


suasana di sekitar jeti (bot nelayan juga turut ada)





perjalanan...


antara pulau2 yang dapat dilihat sepanjang perjalanan




pulau dayang bunting








aktiviti mengayuh sampan


merasai keli berlegar2 di kaki (bukan urut) yang mengasyikkan





kolam untuk kanak2 turut ada



bergambar kenangan


next.... eagle feeding