Wednesday, July 15, 2009

Where To Go -Langkawi - Island hoping part 1

segmen where to go masih lagi berlegar-legar di kawasan pulau langkawi. banyak daya penarik yang kebanyakan pelawat agak kurang mengambil perhatian dahulu tetapi kini ramai yang telah sedar akan tarikan2 tersebut secara tidak langsung menaikkan lagi nama langkawi di mata dunia. kali ini kita akan bercerita tentang apa yang dipanggil 'island hoping'. island hoping ialah dimana pelawat akan dibawa melawat 2 pulau diantara 99 pulau yang ada. difahamkan bahawa 2 pulau ini menjadi pilihan kerana ia adalah antara yang unik yang boleh dikunjungi selain dan pelawat boleh menikmati suasana di pulau tersebut dengan rasa indah sekali. ia juga tidak terhad kepada sesuatu golongan sahaja (yang banyak duit la). pulau yang dimaksudkan ialah pulau dayang bunting dan pulau beras basah. selain itu aturcara lawatan dalam island hoping adalah memberi burung helang makan (eagle feeding). 3 tempat ini merupakan agenda yang utama yang termasuk dalam pakej island hoping. untuk bahagian pertama ini saya akan menerangkan tentang pulau dayang bunting.

-quote dari wikipedia-

Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah. Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang boleh disewa di jeti pekan Kuah, pulau Langkawi dengan kadar pakej RM45.00 seorang.

Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting.

Antara tempat yang menarik di sini ialah Tasik Dayang Bunting dan Gua Langsuir. Gua Langsuir terletak di tengah perjalanan ke Tasik Dayang Bunting. Gua ini adalah akibat kesan hakisan ombak laut jutaan tahun lampau. Terdapat bentuk-bentuk tergantung iaitu stalagtik yang mempunyai pelbagai bentuk - lalu dinamakan langsuir.

Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak. Sebuah jeti telah dibina di tepian pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong singgah. Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian kemudian menurun ke bawah - jaraknya 1 km sahaja . Sebuah pelantar dibina di tepi tasik dan disediakan jaket keselamatan dan bot berdayung dengan kaki dengan sewaan RM15.00 . air tasiknya hijau jernih dan menimbulkan panorama yang menarik.

-quote dari tourism malaysia-

Pulau Dayang Bunting adalah pulau kedua terbesar dalam gugusan Pulau Langkawi, dan merupakan destinasi pelancongan yang popular.

Pulau itu, yang terletak 20 kilometer dari pekan Kuah mendapat nama dari suatu legenda yang terkenal di sini.

Legenda Tasik Dayang Bunting dikatakan sebuah tempat pemandian kegemaran seorang puteri dari kayangan bernama Mambang Sari. Dia diberi julukan sebagai Tasik Dayang Bunting.

Menurut cerita, seorang putera raja, Mat Teja, jatuh cinta dengannya dan menipu puteri itu untuk mengahwininya. Mereka dikurniakan seorang anak, yang kemudiannya meninggal dunia setelah tujuh hari akibat penyakit misteri.

Disebabkan terlalu sedih, Mambang Sari meletakkan mayat anaknya ke dalam tasik itu dan kembali semula ke dunia kayangan.

Sehingga ke hari ini, ada yang masih percaya wanita yang sukar mendapat anak, jika mandi dalam tasik itu akan dikurniakan anak. Ada yang turut mengakui kebenaran hal ini.


untuk post ini, saya akan tunjukkan serba sedikit gambar2 di pulau dayang bunting. tetapi pergerakan adalah dari jeti di awana porto malai.


awana porto malai (gambar dari jeti)

menuju ke bot


suasana di sekitar jeti (bot nelayan juga turut ada)





perjalanan...


antara pulau2 yang dapat dilihat sepanjang perjalanan




pulau dayang bunting








aktiviti mengayuh sampan


merasai keli berlegar2 di kaki (bukan urut) yang mengasyikkan





kolam untuk kanak2 turut ada



bergambar kenangan


next.... eagle feeding

No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..