alif semakin meningkat percapaiannya apabila dalam kejohanan memanah terbuka upm yang berakhir semalam dia berjaya membawa pulang 2 pingat. satu emas dan satu gangsa. pingat emas diperolehi dalam acara recurve lelaki berpasukan pusingan olimpik (kalah mati) menewaskan pasukan dari angkatan tentera malaysia manakala gangsa diperolehi dari jarak 90meter recurve individu (mata terbanyak). namun begitu 3 lagi jarak iaitu 70 meter, 50 meter dan 30 meter dia gagal dalam percubaannya kali ini. 70 meter sekadar berada di tempat ke 5, 50 meter tempat ke 21 manakal 30 meter tempat ke 10 dan kedudukan keseluruhan ialah ke 9 daripada lebih kurang 54 pemanah. kira ok la tu... sementara itu dalam acara recurve individu pusingan olimpik alif tewas diperingkat suku akhir di tangan pemanah oku negara mohd salam sidik. alif kalah hanya dengan 1 perbezaan satu mata iaitu 105-104. apa yang saya dapat lihat ialah permainannya masih belum konsisten. bak kata orang macam yo-yo. x pe la diharap dia dapat pertingkatkan usaha lagi. masa masih panjang. umur pun baru 16 tahun. kalau ikut ranking peluang untuk ke pelapis kebangsaan tu ada cuma bukan sahaja perlu pertingkatkan pencapaian tetapi yang lebih utama konsisten permainannya. apa pun tahniah untuk alif. semoga terus berjaya dalam apa yang diceburi...
sekitar gambar pertandingan akhir recurve lelaki berpasukan
alif sedang memanah
jurulatih pasukan WP junaidi bakir memperkatakan sesuatu kepada pemanahnya
pemanah ATM
wajah ceria
kemenangan kepada pasukan dari WP
penyampaian pingat kemenangan
pingat kemenangan
pemanah pasukan WP. dari kiri mohd hazlan saili (labuan), alif adha (kl), Riduan nasib (labuan)
pemanah2 WP dari pelbagai kategori bergambar beramai2 bersama pengurus pasukan puan nora (bercermin mata hitam)
pingat emas dan gangsa daripada alif
No comments:
Post a Comment
your comments is valuable..