baru je rasanya jumpa beliau semasa berjalan2 di downtown cheras sabtu baru ni. jumpa2 je salam tanya kabar. borak2 sikit. alih2 rabu malam mendapat pamggilan dari salah seorang peniaga di downtown. member la ni. yo namanya. jual lampu meja wangi. yo bgtau abg halim dah kembali ke rahmatullah siang rabu tu. masa tu pulak aku takde kat kl. tgh bercuti. Innalillah... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman.
menyorot kembali kisah halim cincin ni... tahun 2007 masa aku sedang sibuk berniaga aku mendapat tahu dari jiran2 peniaga dia tgh cari tapak. kebetulan aku pun malas la nak guna sepenuh ruang so aku pun sewa la sebahagian tapak kecikku untuk dia berniaga... jual dan bikin cincin. dan aku pernah berjanji padanya yang aku akan bagi terus tapak tu kat dia lepas raya tahun tu. (Kalau korang nak tahu tapak no 2).
makin lama perniagaan abg halim makin maju dan dengan ketereran PRnya dan reponya sesama pengurusan abg halim sewa beberapa tapak di tengah bazar. bukak branch cincin kat dalam. anak dia jaga kalau aku tak silap. lepas raya seperti dijanjikan aku bagi tapak tu kat dia tanpa mintak sesenpun. so aku pun bersara... lama jugak tak melawat dan satu ketika aku berjalan2 kat downtown aku tgk ada pertambahan khemah (ramai nak berniaga). pastu yang hebatnya lagi arwah abg halim ni sewa tapak hot kat depan yang sewanya agak mahal juga (masyuk betul org tua ni kataku). banyak juga la yang dia jual kat situ. kasut pun salah satunya selain dari cincin yang menjadi kepakarannya. tapak kat tengah dia sewakan.
satu ketika dulu masa sama2 berniaga dia pernah absent dan next day dia bgtau kena attack... katanya nasib baik sempat... hhmmm kali ni nasib tak menyebelahi dia...
satu yang bagus dan aku respek ngan abg halim ialah dia rajin berkawan, tak sombong dan sentiasa mengenang budi. setiap kali aku jumpa dia kat downtown setiap kali tu la dia tak lupa aku dan apa yang aku telah lakukan sehingga dia dikira berjaya. termasuk la sabtu lepas aku jumpa dia. dia cerita kat brader jual kasut bundle tu kalau tidak kerana aku dia tak la jadi macam sekarang (maksudnya berniaga kat downtown la agaknya). tapi pada aku suma tu usaha dia bukan aku. aku pun rebah ditengah jalan gak.
so kehilangan dia sedikit sebanyak aku terasa la gak... dan aku harap pihak2 yang berniaga (yang menyewa tapak dia) termasuk la pihak pengurusan tidak menangguk di air yang keruh (betul ke).. sebab anak bini dia hidup lagi. pewaris perniagaan dia...
Al-fatihah untuk halim cincin...
No comments:
Post a Comment
your comments is valuable..