Sunday, July 5, 2009

Afiq bakal bersekolah di KL semula

hhmmm... pagi tadi aku dan isteri serta anak bongsuku yayi hantar afiq kat puduraya. nak balik sekolah dia kat bandar penawar setelah aku 'bagi dia cuti seminggu' bagi merelaxkan kami sekeluarga. ekekekek... bukan apa, masa cuti sekolah hari tu anak2 aku sibuk dengan tournament. so mau x mau cikgu diorg pun terpaksa merelakan... tapi sebenarnya bukan ni yang nak diceritakan. yang nak diceritakan ialah mungkin pagi tadi bas mara liner yang afiq naik adalah bas terakhir dia ke bandar penawar sebab kemungkinan besar dia akan kembali bersekolah di kl.

untuk pengetahuan afiq, 2nd son dah bersekolah di sana semenjak tahun lepas lagi semasa tingkatan 1. dia dipilih masuk ke sekolah sukan itu dari pencarian bakat yang dijalankan pihak jabatan pelajaran sejak dia bersekolah rendah lagi. tambahan pula semasa bersekolah rendah dia amat cemerlang dalam sukan memanah yang diceburinya. tapi apa yang agak mengkonpiuskan aku dan isteri sejak dia masuk ke sekolah tersebut ialah ketiadaan jurulatih khusus yang melatih dia dan rakan2nya dalam sukan memanah. difahamkan seorang jurulatih korea yang pernah melatih di sekolah itu telah berpindah ke majlis sukan negeri johor manakala penggantinya meninggal dunia tidak lama selepas berpindah ke sekolah itu. maka dari situlah iaitu tahun lepas anak aku terkena tempiasnya. ia hanya diajar oleh jurulatih yang tidak bertauliah. akibatnya anakku ini yang tak pernah2 gagal mewakili kuala lumpur dalam majlis sukan sekolah malaysia mssm sejak tahun 2006 akhirnya tersingkir pada tahun ini setelah gagal dalam pemilihan ke sukan mssm yang telahpun berlangsung di labuan cuti sekolah yang baru2 ni. aku dan isteri sebelum ini agak boleh bertahan dengan situasi yang berlaku tetapi setelah berlaku kejadian ini maka kami merasakan sudah tiba masanya afiq kembali ke pusat latihan negeri kuala lumpur daripada membiarkan pencapaiannya semakin merosot. aku telahpun memaklumkan kepada pihak sekolah terutamanya penolong kanan sukan dan hal ehwal murid, namun begitu rasanya sudah terlewat dtambah pula jalan penyelesaian yang diberikan adalah menghantar atlet2 ini ke johor bahru untuk berlatih di sana setiap hujung minggu. abis tu hari persekolahan buat apa? ini bukan sekolah biasa tetapi sekolah sukan. hhmmm.... bagaimana pula kalau dia nak balik bercuti? terpaksa meninggalkan latihan ataupun terpaksa merenggangkan lagi hubungan keluarga... walaupun dia dan abangnya hanyalah 'anak segera' tapi aku tetap menatang bagai minyak yang penuh...

namun aku percaya pihak sekolah pastinya akan mencari jurulatih lain satu masa nanti cuma bagiku ianya telah terlambat tambahan anakku dan rakan2nya terbiar selama setahun setengah tanpa bimbingan.

dan untuk membuat keputusan drastik ini aku terpaksa muzakarah bersama isteri, jurulatih2 di kl dan pihak2 kelab sukan wp kl atau kelab wira berminggu2... so keputusannya terpaksa la pindah jugak. lagipun pelajaran afiq banyak ketinggalan lantaran terpaksa pulang ke KL setiap kali ada tournament. kalau johor tak pe la jugak. dekat sikit. so aku berharap dapat menyelesaikan pertukaran ini secepat mungkin. anakku ni pun dah makin tawar dah nak bersekolah di sana. ala tidak semestinya bersekolah di sekolah sukan dapat mewakili negara...

apapun selamat maju jaya kepada sekolah sukan bandar penawar. terima kasih kerana menerima anakku sebagai pelajar. kalau anakku dapat bertukar ke kl aku berdoa semoga sekolah sukan ini akan menjadi salah sebuah sekolah yang digeruni seperti yang pernah berlaku satu2 masa dahulu...

elok gak pindah balik kl... tak le sunyi rumah ni... ekekek...

afiq ketika beraksi di sukan wilayah persekutuan SWIP baru2 ini.


No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..