Monday, August 31, 2009

ron97 rm2.05

ron97= rm2.05
ron95= rm1.80

hari ini kerajaan mengumumkan kenaikan bahan bakar petrol ron97 naik 25 sen kepada rm2.05. selain itu ron95 yang dilancarkan baru-baru ini naik kepada rm1.80. ron95 dicipta khusus bagi menambahbaik minyak petrol ron92 untuk disesuaikan dengan semua jenis kenderaan. ini supaya pengguna tidak terasa beban dengan kenaikan ron97. ron95 tidak menjejaskan kelancaran enjin kenderaan. ron97 masih lagi relevan dalam pasaran terutama kepada kenderaan berkuasa tinggi.

dan ini sumber2 dari caltex:

RON : Frequently Asked Questions



  • What is RON®?

    RON (Research Octane Number) is a rating of petrol. It determines a petrol’s ‘anti-knock’ quality or resistance to pre-ignition or detonation as it burns in the combustion chamber. Knocking is an abnormal combustion and should be prevented as it is damaging to the engine.



  • What petrol is sold in Malaysia currently?

    Service stations in Malaysia currently retail petrol products of RON92 (Silver with Techron at Caltex) and RON97 (Gold with Techron at Caltex). At the moment, vehicles requiring RON95 and below are also utilizing RON97.



  • What vehicle types are able to use RON95?

    Most vehicles are able to use RON95. However, it’s best to refer to the Original Equipment Manufacturer’s (OEM) recommendation in your car manual or check the back of the petrol filler lid of your car for the recommended octane rating.



  • (i) I am a RON92 consumer. Won't switching to RON95 damage my vehicle's engine?

    The main difference between RON92 and RON95 is their octane ratings, indicated by the number in the product name.

    Using petrol of a higher RON will not hurt your car. You just need to find a suitable fit for your car and driving style. It’s best to refer to the Original Equipment Manufacturer’s (OEM) recommendation in your car manual or check the back of the petrol filler lid of your car for the recommended octane rating.



  • (ii) I am a RON97 consumer. Won't switching to RON95 damage my vehicle's engine?

    The main difference between RON97 and RON95 is their octane ratings, indicated by the number in the product name.

    Using petrol of a lower RON may or may not hurt your car. You just need to find a suitable fit for your car and driving style. It’s best to refer to the Original Equipment Manufacturer’s (OEM) recommendation in your car manual or check the back of the petrol filler lid of your car for the recommended octane rating.



  • Should I empty my car's petrol tank before refueling with RON95?

    This depends on the amount of remaining petrol in the petrol tank. The smaller the amount, the faster you can derive the benefits of RON95.



  • What is the effect on the performance of the engine if petrol of a different RON is mixed together?

    It is not recommended to mix different RON levels as this might result in sub-optimal performance. For example, if you have added a lower-than-recommended RON in the mixture, this can result in knocking and can cause a loss of power.



  • What is the impact of RON95 usage on the environment?

    At present, there is insufficient data to adequately prove that a higher or lower RON grade poses an environmental issue.



  • Do I have to always pick the highest octane rating petrol for my vehicle?

    The highest octane rating may not necessarily be the best for your car. You should choose a suitable fit for your car and driving style. It’s best to refer to the Original Equipment Manufacturer’s (OEM) recommendation in your car manual or check the back of the petrol filler lid of your car for the recommended octane rating.



  • Does a higher RON indicate a more environmentally-friendly fuel product? How about greater power?

    The true difference between the grades of petrol lies in an engine’s requirement. This does not guarantee a promise of greater power or a more environmental option as the number increases. This infers that cars using RON products greater than their engine requirements may not be necessarily gaining better performance than if they adhered to their car Original Equipment Manufacturer’s (OEM) recommendations.

    Salam kemerdekaan

    sebelum terlupa saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52 kepada semua rakyat malaysia tidak mengira bangsa dan agama terutama sekali kepada pengunjung2 blog ini. semoga kita semua dapat hidup makmur, aman damai, bahagia dan saling hormat menghormati antara satu sama lain..

    saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari lahir kepada adik perempuan saya yang ke 25 tahun pada hari ini 31 ogos 2009. semoga apa yang dihajati olehnya tercapai...

    Salam kemerdekaan!

    When The Riders Meet The Riders

    berjumpa pengayuh2 tegar adalah sesuatu yang mengujakan apabila selain dari dapat berkenalan juga dapat mengambil sedikit pengalaman dari penceritaan mereka2 ini. ada di antara mereka adalah daripada mereka2 yang suka touring dan tidak kurang juga berkayuh secara santai selain dari mencari kesihatan.

    tetapi apa yang paling menarik sekali ialah berjumpa dengan pereka basikal dimana dia menjadikan hobi itu sebagai sesuatu yang memuaskan hati selain dari mencari sedikit pendapatan hasil dari mencipta basikal khusus untuk penggemar basikal 'custom'. nama beliau ialah pakcik zul. berumur 56 tahun. tinggal di pantai hillpark. telah lama berkecimpung dalam pembuatan basikal custom. antara rekaannya telah dipaparkan di lobi HOTEL REGENCY ci chow kit. dan mempunyai kumpulan yang dinamakan chicky chickers.


    saya dan azly, rakan roodie juga bertemu sorang brader dari pj yang ditinggalkan rakan, serta 2 kumpulan rider. kalau ikutkan ada jugak kumpulan budak2 yang berbasikal tapi rasanya terkeluar dari ideologi kot. dan kami akhirnya mengambil keputusan untuk bergabung dengan satu kumpulan itu dan berkayuh sehingga pancit...

    so route untuk malam tadi
    saya dan azly dari desa pandan --- jalan ampang ---jln tun perak --- dataran merdeka (lepak2 jumpa rider dll) --- join geng rider --- jalan tun perak --- jalan pudu --- jln b.bintang --- lorong2 blkg b.bintang --- jln sultan ismail --- kg baru (lepak minum2 dan borak2) --- sambung jln kg baru --- jln pahang ---naik duke --- berpisah di persimpangan au3 --- saya terus ikut setiawangsa --- jln jelatek --- desa pandan.

    apapun terima ksih kepada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. jasa tuan2 amat dihargai. lepas ni boleh join lagi...

    geng orang lama


    geng yang kami join

    lepak seketika di kg baru


    turut berkongsi minat yang sama

    Dataran Merdeka Menjadi Tumpuan

    Lebih 5000 warga kota membanjiri dataran merdeka malam tadi untuk bersama2 menyambut detik kemerdekaan walaupun kerajaan telah memaklumkan tiada apa2 sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini sebagai menghormati bulan ramadhan selain mengambil langkah pencegahan penularan wabak h1n1 yang sedang melanda dunia ketika ini.

    rata2 daripada warga kota tidak mahu melepaskan peluang untuk mengira detik 12 tgh malam walaupun tiada percikan bunga api selain dari laungan dan jeritan daripada anak-anak muda di situ.

    tinjauan juga mendapati kebanyakan yang datang adalah dari golongan muda dan remaja yang mengambil peluang malam merdeka untuk membuang masa atau berhibur selain dari golongan berkeluarga yang datang untuk melihat sama ada terdapat sambutan yang diadakan dan juga sementara menunggu waktu untuk bersahur.

    selain dari dataran merdeka, warga kota turut berkumpul di tempat tumpuan seperti di KLCC dan juga kawasan bukit bintang. cuma apa yang jelas ialah sambutan yang diadakan di bukit bintang apabila tinjauan dapat melihat tinggalan dari sambutan tersebut seperti semburan buih2 dan juga sampah yang dilihat merata tempat. juga turut dapat dilihat anggota polis yang berkawal di kawasan itu bagi mengelak berlakunya perkara2 yang diluar jangkaan. manakala di klcc tiada sambutan diadakan selain hanya kumpulan2 warga kota yang berkumpul sahaja.

    orang ramai berkumpul di dataran merdeka

    mula meninggalkan datran merdeka sebaik tiada percikan bunga api di udara

    Sunday, August 30, 2009

    Friday Nite Dammed Tired ride

    jumaat malam sabtu... bertemu lagi dengan sekumpulan kecil rider kl ni... didapati dari forum jomkayuh.com. rakan-rakan ini dari sekitar ampang. bertemu jam 11 malam. memulakan perjalanan kira-kira 11.20 dan berakhir jam hampir jam 2.

    route kali ini. taman dagang ampang --- ampang point --- jalan ampang --- jln sultan ismail (persimpangan hotel renaisance) --- jalan raja laut (persimpangan wisma sime darby) --- jalan tun ismail (the mall) --- bukit tunku --- wisma tani --- istana selangor --- tugu negara --- tasik perdana --- taman burung --- memorial tun abd razak --- masjid negara --- dataran merdeka --- jalan raja laut --- chow kit --- jln TAR --- jln sultan ismail --- hard rock cafe --- life centre --- menara standard chartered --- pavillion --- jln bukit bintang --- plaza low yat --- jalan imbi --- jalan baru ke smart n desa pandan --- desa pandan --- balik ke rumah masing2...


    sekitar bukit tunku

    dataran merdeka

    dan satu perkembangan baik dalam sukan berbasikal ini apabila kami ternampak beberapa kumpulan rider di kawasan kl ini. di harap ia akan terus menjadi daya tarikan kepada rakyat malaysia khususnya warga kota untuk menjadikan sukan berbasikal ini antara budaya sihat negara kita...

    Monday, August 24, 2009

    Jalan TAR hari ini (ahad)

    walaupun baru 2 hari kita berpuasa tetapi pesta jualan kelengkapan raya telah bermula... sepanjang pemerhatian saya di lorong TAR petang tadi, boleh dikatakan 98 peratus yang berniaga adalah untuk kelengkapan raya termasuklah karpet2, bunga2 dan macam2 lagi... sebenarnya kami sekeluarga ke sana nak merasai membeli juadah berbuka di situ tetapi sepanjang lorong tiada dijual makanan. risik2 selepas itu barulah dapat kesan yang mana rupa2nya daripada ramai2 yang berniaga makanan disekitar situ dahulu kini tinggal cebisan sahaja. kedudukan peniaga makanan ni pulak ialah di lorong hadapan mydin dan balai polis... hhmmm.... tetapi yang jelas perang harga untuk raya dah pun bermula. terserah kepada pengguna yang nak memilih mengikut cara mereka sendiri. yang pasti kami sekeluarga tahun ni ala kadar je sebab yang tahun lepas boleh pakai lagi. lagipun tahun ni raya nun di seberang laut sana. jadi belanja tu agak lebih la...

    keselamatan diutamakan
    selamat berpuasa daripada persatuan penjaja jalan TAR
    suasana 2 ramadhan di jln tar
    antara yang wajib dijual

    Sunday, August 23, 2009

    saturday nite ride

    Malam tadi adalah malam yang enjoy sekali sejak membabitkan diri dengan berbasikal baru2 ini. bermula dengan sifat tak malu berakhir dengan keseronokan...

    ceritanya bermula apabila saya nak beli roti untuk bersahur... berhenti di kedai serbaneka dirumah, saya terperasan beberapa basikal di atas trak pikap... hati tertanya2... kemudian terlihat sekumpulan rider sedang lepak minum di restoran kepunyaan salah seorang rider... agaknya Tuhan nak tunjuk... saya terleka dalam kedai... dok baca paper, notis board... lepas bayar bila nak start motor terlihat kumpulan 5 6 org ni sedang memunggah basikal... terdetik hati nak menyapa... so dengan rasa selamba saya pun menyapa... "bang, dah lama kayuh?".. (jawapan bro tu)..."saya ni kayuh sorang"... (so bro tu pun ajak join)... pucuk dicita ulam mendatang kebetulan saya pun tengah mencari2 grup nak join ride... tanpa berlengah saya balik capai basikal trus kayuh join diorg...

    dari desa pandan --- bukit bintang ---jln sultan ismail --- jln p.ramlee --- sultan ismail --- jln TAR --- lepak kat dataran merdeka --- sambung jln raja laut --- lorong hj taib --- lorong2 chow kit --- sekitar kg baru --- keluar jln tun razak --- jln u-thant ---ampang hilir dan berakhir di restoran nipah desa pandan...

    di bukit bintang
    dataran merdeka

    Tamat kayuhan (restoran nipah desa pandan)
    tokey restoran nipah (bro din)

    Saturday, August 22, 2009

    Rezeki Awal Ramadhan

    sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama... rezeki awal ramadhan untuk kami sekeluarga... di bawa pulang oleh isteri dari pejabat... mula2 katanya ada pak arab datang bagi kurma... besar jugak la... lebih kurang 2 kilo... pure dari arab... ikhlas dari kerajaan negara arab saudi... yang kedua sekotak besar yang berisi beberapa barang keperluan dapur. dari islamic relief dengan kerjasama JAWI... dalamnya ada beras 5 kilo, beberapa tin sardin, susu, tepung, minyak dll. Alhamdulillah... rezeki awal ramadhan. baru je bercadang nak beli barang. tapi pergi gak la beli sedikit barang yang x de...

    Saturday, August 15, 2009

    SAM AGM 15/8/2009

    Wartawan Berita Harian Ahmad Khawari Isa memenangi pertandingan perebutan jawatan presiden apabila penyandang jawatan Abu Bakar Atan dari TV3 menarik diri pada saat2 akhir pertandingan seterusnya mencetuskan tanda tanya kepada ahli2 yang hadir pada mesyuarat itu. Ini kerana keputusan dibuat disaat ahli2 dari kedua2 kumpulan bersiap sedia dengan strategi masing2 untuk memberi kemenangan salah seorang dari kedua2 calon tersebut. menurut sumber penarikan diri abu bakar atan adalah demi memberi peluang kepada muka baru selain menyatakan hasrat berehat daripada sebarang tanggungjawab kepada persatuan. Mesyuarat Agung Tahunan luar biasa itu juga menyaksikan pertarungan sengit 3 penjuru di antara ahmad alimi wan mahmud dari RTM, Asan Ahmad dari Kosmo dan Eric Samuel dari akhbar The Star. Asan ahmad tidak menghadapi masalah dalam pertarungan itu apabila memperolehi 35 undi manakala ahmad alimi terpaksa akur setelah tewas tipis 1 undi daripada eric samuel. beliau meperolehi 23 undi sementara eric samuel 24 undi. ahmad alimi sebelum ini adalah exco sam. hanya 2 jawatan yang menjadi perebutan pada menyuarat kali ini iaitu presiden dan naib presiden. jawatan2 lain dimenangi tanpa bertanding. mesyuarat yang berlangsung di wisma ocm itu juga menyaksikan gabungan muka lama dan baru dalam bidang penulisan sukan dan yang berkaitan dengannya.

    Persatuan penulis2 sukan malaysia SAM diasaskan pada tahun 1969 dan didaftarkan pada tahun 1984 dengan tujuan untuk menyatukan semua penulis sukan, pengulas sukan, penerbit sukan, jurufoto sukan serta individu yang memiliki tugas berkaitan dengan penerbitan berita-berita sukan dimalaysia. sepanjang ditubuhkan sam banyak menganjurkan aktiviti2 dan yang paling utama ialah penganjuran anugerah sukan sam dengan kerjasama 100 plus yang merupakan antara acara berprestij di malaysia dalam bidang sukan. sam juga adalah persatuan ahli gabungan di peringkat antarabangsa iaitu Association of International Sports press AIPS dan Asian Sports Press Union ASPU.

    Barisan Jawatankuasa SAM bagi penggal 2008-2010

    presiden
    ahmad khawari isa (berita harian / blogger) - muka baru

    timbalan presiden
    ibrahim abu bakar (bebas-bekas RTM) - jawatan baru (sebelum-setiausaha agung)

    naib presiden
    asan ahmad (kosmo) - muka baru
    eric samuel (the star) - muka baru

    setiausaha
    ibrahim lajis (bebas - bekas utusan malaysia) - muka baru

    bendahari
    hj mohd ali majid (bebas- bekas berita harian) - kekal jawatan

    exco
    abdul razak ahmad - muka baru
    faisal jamal - muka baru
    tumpang saptu - kekal jawatan
    jalil mat dom - muka baru
    yu nee kong - kekal jawatan

    antara yang hadir



    setiausaha agung mom datuk sieh kok chi berucap merasmikan mesyuarat


    presiden penggal 2006-2008 abu bakar atan


    dari kiri ahmad khawari isa (berita harian), rizal hashim (blogger), asan ahmad (kosmo)


    berbincang sesuatu sebelum bermula majlis


    dari kiri mohd ali majid, rosmanizam abdullah(pengerusi majlis), abu bakar atan, ahmad alimi wan mahmud


    antara jawatankuasa penggal 2006-2008 dari kiri ibrahim abu bakar, mohd ali majid, rosmanizam abdullah (pengerusi majlis), abu bakar atan, ahmad alimi wan mahmood, tumpang saptu, izahar atan


    penyampai rtm hafizal hamad (baju ungu)


    bekas wartawan sukan rtm tumpang saptu


    ketua unit jurufoto karangkraf yang juga bekas exco sam izahar atan (berbaju coklat). turut kelihatan tumpang saptu dan ahmad alimi wan mahmood


    presiden sam baru ahmad khawari isa menyampaikan ucapan


    salah seorang ahli memberikan pendapat