banyak yang saya dengar. dari internet sehingga akhbar pelbagai sebab dan andaian dibuat. tetapi yang paling banyak ialah mereka menyatakan puncanya adalah daripada pihak berkuasa yang memulakan dahulu kekalutan ini. menurut sumber perhimpunan yang pada asalnya aman menjadi sebaliknya apabila tembakan gas pemedih mata mula dilepaskan. suasana menjadi kecoh dan huru hara apabila mereka yang berhimpun lari menyelamatkan diri manakala ada pula yang bertindak berani mengutip apa yang dikatakan sebagai 'cannister' itu dan membaling semula ke arah pihak yang berkuasa. tapi apa yang saya lihat ini ia bukan sahaja ditujukan kepada kumpulan yang terlibat tetapi juga sesiapa yang berada berhampiran. malah ada diantara mangsa2 tidak sengaja itu adalah dari kalangan pihak berkuasa itu sendiri. mungkin pada pihak yang berhimpun pihak berkuasa memulakan semua tetapi bagi pihak berkuasa tugas mereka adalah untuk menyuraikan perhimpunan itu kerana ia jelas telah mengganggu kelancaran kehidupan kawasan sekitar. dan tugas mereka adalah 'membersihkan' kawasan sekitar dari anasir2 yang boleh menggugat keamanan.
walaupun yang berhimpun bertegas ianya secara aman, tetapi tidakkah penggunaan pembesar suara dengan laungan2 perkataan boleh menyemarakkan semangat pemberontakan? dengan laungan itu juga telah menyebabkan mereka2 yang tidak terlibat di kawasan sekitar berasa takut dengan keadaan kerana khuatir perkara2 seperti itu boleh mencetus kepada suasana yang tidak menentu.
ada juga sumber2 yang mengatakan punca mula kepada kesesakan dan perniagaan ditutup ialah kerana pihak berkuasa menutup semua jalan masuk ke pusat bandar. tetapi tidakkah kita terfikir bahawa situasi akan menjadi lebih buruk jika jalan2 tersebut tidak ditutup? dengan kumpulan yang berhimpun berjumlah ribu-ribuan, walaupun pada asalnya hanya berjalan di tepi2 jalan tetapi sudah tentu apabila tiba ke destinasi kumpulan yang pada asalnya berjalan ditepi2 jalan tadi akan berkumpul menjadi satu perhimpunan yang secara tidak langsung akan menutup jalanraya di sekitar itu. maka dari situ pula mereka yang tidak berkaitan ini turut sama terperangkap didalam kesesakan yang diwujudkan lagi. dan sekiranya pihak berkuasa melakukan 'pembersihan', mereka yang tidak bersalah ini juga akan turut terseret dengan situasi itu yang sudah tentu menyusahkan.
pendapat saya yang lain pula, kalaupun jalan tidak ditutup, maka kumpulan ini sudah tentu akan membawa masuk kenderaan mereka ke pusat bandar dan akan meletakkan kenderaan mereka sesuka hati dan pastinya akan mewujudkan kesesakan teruk. dan yang tidak terlibat sekali lagi akan turut terseret dengan keadaan yang mencelarukan ini. pendek kata, sama ada jalan ditutup atau jalan dibuka, kesesakan teruk pasti akan berlaku. tambahan pula dengan budaya masyarakat kita yang suka memperlahankan kenderaan dan tidak kurang pula yang berhenti untuk melihat keadaan yang berlaku itu.
apa yang paling dikesalkan ialah kanak-kanak turut diheret ke kancah yang tidak berkesudahan ini. bukankah lebih elok jika kanak2 ini tidak dibawa bersama? apakah tujuan sebenar kanak2 ini dibawa ke tempat kejadian? ini bukannya pertunjukan wayang atau perlawanan bola sepak. ini perhimpunan yang boleh menyebabkan kecederaan dan kesakitan. bukankah kita sedia maklum bahawa 'cannister' dan 'water cannon' itu adalah merbahaya. tambahan pula jika terkena kepada kanak2. 'cannister' itu boleh menyebabkan mata pedih dan pernafasan terganggu manakala 'water cannon' boleh memberi kesan kepada kulit. adakah kita ingin menunjukkan kejagoan kita kepada anak2 ataupun memberi pendedahan awal kepada anak2 supaya dapat mewarisi perjuangan? bukankah lebih elok kita menghadap anak2 ini dengan buku supaya pandai dalam pelajaran.
kaum wanita pula turut sama terbabit dalam situasi ini. dan kebanyakan dari mereka adalah yang bertudung labuh. ya... ianya satu perjuangan tetapi bukankan lebih elok duduk di rumah menguruskan hal2 berkaitan rumah.
saya faham kebanyakan daripada mereka berjuang kerana ada diantaranya terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam undang2 yang mereka protes ini. dan ada diantaranya terus dibuang dari tempat kerja ataupun universiti tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnya walaupun telah dibebaskan dari kesalahan2 ini. mungkin mereka marah kerana hak mereka dinafi. mungkin mereka2 ini sudah muak dengan sikap pihak pentadbir yang membiarkan nasib2 mereka yang tertindas sehinggalah mereka terpaksa berbuat sebegini rupa kerana bagi mereka tidak ada cara lain lagi melainkan dengan menunjukkan rasa tidak puas hati cara sebegini.
apa yang mengejutkan saya ialah kewujudan bapa kepada seorang bekas setiausaha politik exco yang menuntut pembelaan sewajarnya terhadap anaknya. tetapi yang memeningkan kepala saya apa kaitan kematian anaknya dengan tujuan perhimpunan itu? anaknya berkait dengan siasatan rasuah tetapi perhimpunan itu adalah tentang protes kepada undang2. apa kaitan antara kedua2 ini?
tetapi perhimpunan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada pihak pentadbir. yang kadangkala terpaksa tunduk mengikut kehendak rakyat yang terlalu taksubkan kepada perubahan walhal peluang itu telah diberi setiap 5 tahun sekali. mungkin bagi mereka ia belum cukup kerana mungkin bagi mereka ada sebab tersembunyi dari pihak2 pentadbir yang menyakitkan hati mereka. atau mungkin mereka tidak mendapat keadilan yang sewajarnya. walaupun tidak jelas tetapi ada perkara2 di negara ini yang keputusannya dibuat mengikut kehendak rakyat bukan keputusan membuta tuli. cuma kita sebagai rakyat harus bijak memikir ruang dan peluang yang diberi oleh pihak pentadbir semata-mata bagi memastikan negara terus aman, makmur dan maju.
kesimpulannya bagi saya.... ISA tidak perlu dimansuhkan malahan diperlukan lagi pada masa sekarang tetapi dengan banyak penambahbaikan dan perubahan perlu dilakukan agar ianya sesuai digunakan mengikut peredaran zaman. kenapa perlu? kerana banyak perkara2 dalam perlembagaan negara telah dinodai dan dicemari oleh mereka2 yang tidak bertanggungjawab yang menangguk di air yang keruh... yang penting asas kepada kepentingan negara ini berpaksikan kepada perlembagaan malaysia... jika semua rakyat hormat perlembagaan malaysia tidak kira mereka dari pihak pentadbir mahupun di pihak yang membantah, maka negara kita akan terus kekal aman dan makmur tanpa sebarang perkara2 yang tidak diingini seperti yang berlaku sabtu 1 ogos 2009 ataupun ketika zaman reformasi melanda kira2 sepuluh tahun dahulu.
No comments:
Post a Comment
your comments is valuable..