Wartawan Berita Harian Ahmad Khawari Isa memenangi pertandingan perebutan jawatan presiden apabila penyandang jawatan Abu Bakar Atan dari TV3 menarik diri pada saat2 akhir pertandingan seterusnya mencetuskan tanda tanya kepada ahli2 yang hadir pada mesyuarat itu. Ini kerana keputusan dibuat disaat ahli2 dari kedua2 kumpulan bersiap sedia dengan strategi masing2 untuk memberi kemenangan salah seorang dari kedua2 calon tersebut. menurut sumber penarikan diri abu bakar atan adalah demi memberi peluang kepada muka baru selain menyatakan hasrat berehat daripada sebarang tanggungjawab kepada persatuan. Mesyuarat Agung Tahunan luar biasa itu juga menyaksikan pertarungan sengit 3 penjuru di antara ahmad alimi wan mahmud dari RTM, Asan Ahmad dari Kosmo dan Eric Samuel dari akhbar The Star. Asan ahmad tidak menghadapi masalah dalam pertarungan itu apabila memperolehi 35 undi manakala ahmad alimi terpaksa akur setelah tewas tipis 1 undi daripada eric samuel. beliau meperolehi 23 undi sementara eric samuel 24 undi. ahmad alimi sebelum ini adalah exco sam. hanya 2 jawatan yang menjadi perebutan pada menyuarat kali ini iaitu presiden dan naib presiden. jawatan2 lain dimenangi tanpa bertanding. mesyuarat yang berlangsung di wisma ocm itu juga menyaksikan gabungan muka lama dan baru dalam bidang penulisan sukan dan yang berkaitan dengannya.
Persatuan penulis2 sukan malaysia SAM diasaskan pada tahun 1969 dan didaftarkan pada tahun 1984 dengan tujuan untuk menyatukan semua penulis sukan, pengulas sukan, penerbit sukan, jurufoto sukan serta individu yang memiliki tugas berkaitan dengan penerbitan berita-berita sukan dimalaysia. sepanjang ditubuhkan sam banyak menganjurkan aktiviti2 dan yang paling utama ialah penganjuran anugerah sukan sam dengan kerjasama 100 plus yang merupakan antara acara berprestij di malaysia dalam bidang sukan. sam juga adalah persatuan ahli gabungan di peringkat antarabangsa iaitu Association of International Sports press AIPS dan Asian Sports Press Union ASPU.
Barisan Jawatankuasa SAM bagi penggal 2008-2010
presiden
ahmad khawari isa (berita harian / blogger) - muka baru
timbalan presiden
ibrahim abu bakar (bebas-bekas RTM) - jawatan baru (sebelum-setiausaha agung)
naib presiden
asan ahmad (kosmo) - muka baru
eric samuel (the star) - muka baru
setiausaha
ibrahim lajis (bebas - bekas utusan malaysia) - muka baru
bendahari
hj mohd ali majid (bebas- bekas berita harian) - kekal jawatan
exco
abdul razak ahmad - muka baru
faisal jamal - muka baru
tumpang saptu - kekal jawatan
jalil mat dom - muka baru
yu nee kong - kekal jawatan
antara yang hadir
setiausaha agung mom datuk sieh kok chi berucap merasmikan mesyuarat
presiden penggal 2006-2008 abu bakar atan
dari kiri ahmad khawari isa (berita harian), rizal hashim (blogger), asan ahmad (kosmo)
berbincang sesuatu sebelum bermula majlis
dari kiri mohd ali majid, rosmanizam abdullah(pengerusi majlis), abu bakar atan, ahmad alimi wan mahmud
antara jawatankuasa penggal 2006-2008 dari kiri ibrahim abu bakar, mohd ali majid, rosmanizam abdullah (pengerusi majlis), abu bakar atan, ahmad alimi wan mahmood, tumpang saptu, izahar atan
penyampai rtm hafizal hamad (baju ungu)
bekas wartawan sukan rtm tumpang saptu
ketua unit jurufoto karangkraf yang juga bekas exco sam izahar atan (berbaju coklat). turut kelihatan tumpang saptu dan ahmad alimi wan mahmood
presiden sam baru ahmad khawari isa menyampaikan ucapan
salah seorang ahli memberikan pendapat
No comments:
Post a Comment
your comments is valuable..