Sunday, August 2, 2009

Semalam di kuala lumpur 1

tajuk cerita macam tajuk lagu tetapi apa yang saya ingin ceritakan ialah berkaitan dengan apa yang terjadi semalam di pusat bandar kuala lumpur. saya memang ada ke sana tetapi di dayabumi sahaja bersama seorang kawan yang juga tetangga saya. lepas dari dayabumi tu saya balik manakala rakan tetangga saya tu meneruskan perjuangannya ke bulatan dato' onn di bank negara. bercakap dengan situasi sebenarnya saya tak le berapa minat sangat dengan keadaan macam yang berlaku semalam tapi dek kerana keinginan rakan saya tu tambahan saya boleh gak menonton serba sedikit suasana maka dikerahkan juga tenaga ni ke sana. tapi perjuangan kawan saya tu bukanlah melibatkan diri dengan situasi tu tetapi adalah untuk mengambil gambar...

memandangkan saya ni anak jati kl dan boleh kata handal dengan jalan2 sekitar kl maka saya mengambil langkah selamat dengan mengelak dari melalui kawasan kejadian tetapi dapat sampai ke kawasan kejadian tanpa berjalan kaki. menunggang motor masing2 kami melalui jalan imbi depan time square, masuk jalan pudu, ikut depan kotaraya, melalui central market, masuk ikut bawah pos opis dan keluar terus ke dayabumi. walaupun niat kami baik iaitu untuk mengambil gambar tetapi sudah tentu pihak berkuasa juga ingin mengambil langkah selamat demi keamanan bandar. so baik kami ikut jalan selamat...

sampai di dayabumi, parking motor, capai kamera, duduk tepi jalan, snap beberapa keping gambar. dan pas tu saya pun chow la sebab malas nak menghadap situasi2 macam ni. manakala kawan saya ikut jalan bukit aman pergi ke padang merbok untuk ke bulatan dato' onn. lepas puas ambik gambar sana dia pergi ke pejabat pas di alan raja laut. petang baru dia balik. saya kena balik awal sebab selain dari malas dengan situasi tu, saya juga kena pergi shah alam, ada kenduri. tapi yang ingin diceritakan bukan 3 perenggan ni. ini cuma pengalaman perjalanan saya semalam...

sambung...

No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..