sambungan dari posting sebelum ini berkaitan dengan situasi yang berlaku di pusat bandar kuala lumpur semalam. tidak dapat dipastikan apakah punca sebenarnya yang terjadi sehingga suasana menjadi tegang seolah-olah berlakunya pertempuran dan peperangan walaupun pada asalnya dilaporkan diadakan secara aman. banyak perniagaan terpaksa ditutup sehingga laporan berita menyatakan kerugian lebih 200 juta ringgit. ini kerana kejadian berlaku pada hari sabtu dimana warga kota mengambil kesempatan untuk berjalan2 dan membeli belah. dapat juga saya melihat berita di kaca tv satu keluarga sedang berlari menyelamatkan diri sambil tangan memegang bungkusan yang baru di beli dari sebuah kompleks membeli belah di jalan tuanku abdul rahman. selain itu saya dapat melihat banyak gambar di dada akhbar dan internet mereka2 yang tidak terlibat turut mendapat kesan dari kejadian yang berlaku. dan yang suka menonton juga tidak terlepas dari tempias kejadian itu. pendek kata sesiapa sahaja yang berada di kawasan terlibat tidak kira dengan niat atau sebaliknya pasti akan merasa bahang dan tekanan serta tempias dari tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa. segala-galanya terpaksa dilakukan untuk mengelakkan perhimpunan menjadi lebih besar sehingga boleh menyebabkan berlakunya ketegangan walaupun telah sedia tegang dari awal. namun bagi pihak yang mengadakan perhimpunan perbuatan atau kejadian yang berlaku telah menidakkan hak mereka sebagai rakyat malaysia yang merdeka dan bebas. undang2 dan perlembagaan dijadikan alasan untuk mereka melakukan apa yang mereka inginkan walaupun ada akta2 lain yang boleh melarang mereka melakukan perkara yang menyalahi undang2. hak asasi manusia dijadikan asas untuk mereka berbuat sesuka hati mereka. adakah ini budaya terkini rakyat malaysia? atau trend baru negara maju seperti malaysia untuk mengikut trend2 kebaratan atau negara2 republik yang membolehkan rakyat membuat keputusan sendiri tanpa menghiraukan keamanan sekeliling.
pendapat peribadi saya ialah ianya tidak lebih dari sekadar menguji sokongan rakyat terhadap apa yang diperjuangkan selama ini. adakah masih utuh atau semakin rapuh. tambahan lagi semenjak tampuk pemerintahan bertukar tangan dimana banyak peningkatan dan penambahbaikan dilakukan. walaupun sering mendapat tentangan, cemuhan atau sindiran namun dengan tenang diatasi tanpa sebarang peningkatan emosi. dan walaupun bermacam tuduhan sering dilemparkan ianya tidak menjejaskan reputasi pihak yang mentadbir negara untuk mentadbir dengan berpaksikan kepada kehendak rakyat. selain itu apabila baru2 ini rakyat selesai menunaikan tanggungjawab di salah sebuah jajahan di kelantan yang menyaksikan perbezaan majoriti yang sangat kecil. berganda2 bezanya dari tahun 2008. dan ia juga sebagai persediaan pihak yang membantah untuk menghadapi satu lagi pemilihan di pulau pinang sedikit masa lagi. kerusi yang bakal ditandingi itu juga merupakan kerusi panas dimana ia bakal menguji ketua pihak yang membantah sama ada sokongan semakin bertambah atau berkurang kerana kerusi tersebut terletak dalam kawasannya. dan bagi pihak yang mentadbir pula, kerusi itu bakal menguji keupayaan mereka untuk meraih sokongan dari rakyat walaupun mungkin mereka sedia maklum sukar untuk menembusi tembok yang telah bertahan lama itu namun setidak2nya dapat merobohkan sedikit tembok itu sudah merupakan satu kejayaan.
berbalik kepada cerita semalam kita sedia maklum ada dua pihak yang merancang situasi ini. yang membantah dan menyokong. perenggan diatas telahpun menceritakan tentang yang membantah mengikut persepsi saya. manakala yang menyokong pula kalau saya tidak silap bukanlah dari pihak yang mentadbir tetapi ialah dari mereka yang sedang mencari sokongan atau publisiti semata2. walaupun pada asalnya banyak pertubuhan turut sama ingin berhimpun tetapi setelah mengambil kira kesannya mereka membatalkan hasrat itu manakala pihak yang menganjurkan untuk menyokong ini menarik diri pada saat akhir kerana mungkin kurang sambutan atau kurang sokongan selain mengambil kira faktor keselamatan.
saya memandang situasi kejadian semalam dari sudut saya sebagai seorang rakyat malaysia yang inginkan keamanan. bukan kerana saya ini menyebelahi mana2 pihak. tetapi cukuplah apa yang berlaku kira2 10 tahun dahulu yang telah banyak menyebabkan kerosakan tidak kira dari sudut harta benda ataupun minda itu sendiri. platform telah pun tersedia setiap 5 tahun sekali. dan platform inilah harus diguna sebaik mungkin kalau betul2 inginkan perubahan. dan telah pun semua rakyat malaysia tahu tahun lepas berlaku perubahan atau mereka panggil tsunami. 5 negeri telah ditawan walaupun 1 kembali bertukar tangan dan masih belum jelas statusnya. manakala beberapa negeri lagi nyaris ditawan dengan kemenangan majoriti kecil bagi pihak pentadbir. sepatutnya pihak berkaitan harus menumpukan usaha memenuhi kehendak rakyat dengan menyediakan keperluan, membantu ataupun membesarkan pengaruh agar pemilihan akan datang mereka akan kekal atau membesarkan lagi jajahan, bukan menggalakkan penyokong turun ke jalanan mengganggu ketenteraman awam dan lalulintas. walaupun semalam mungkin mereka berjaya mengumpul sehingga 100 ribu orang tetapi adakah mereka itu dari kawasan yang sama? pihak berkaitan perlu ingat dalam banyak2 rakyat yang berhimpun itu saya percaya 20-30 peratus adalah mereka yang tidak menjalankan tugas sebagai pemilih. jadi itu sudah merupakan satu kerugian. dan 70 peratus lagi adalah dari kawasan yang berlainan. sekiranya pemilih2 dari pihak berkaitan kekal bersama perjuangan tidak mengapa tetapi apa akan jadi sekiranya sokongan itu semakin terhakis akibat dari perbuatan2 menyusahkan rakyat itu? saya bagi contoh mudah... mungkin ramai yang menjalankan perniagaan di tempat kejadian begitu utuh sokongan mereka dengan tidak berbelah bagi lagi kepada pihak berkaitan tetapi disebabkan kejadian semalam perniagaan mereka terjejas teruk yang mana sedikit sebanyak menyebabkan mereka marah dengan situasi itu seterusnya boleh menghakis sokongan mereka terhadap pihak berkaitan.
laporan berita hari ini juga menyatakan bahawa pihak pentadbir menyediakan tempat2 tertentu sekiranya pihak2 berkaitan betul2 ingin mengadakan perhimpunan aman seperti di stadium. maka pihak berkaitan mungkin boleh menggunakan saluran ini untuk bersuara sepuas hati kerana saya percaya apabila lampu hijau telah diberi maka peluang telah ada. cuma bagaimana cara untuk memanfaatkannya sahaja. sebab cara begini juga bukan sahaja mengelakkan berlakunya gangguan terutamanya suasana di kuala lumpur ini yang sedia maklum padat dan sesak. selain itu ia juga boleh merangsang lagi ekonomi dengan perniagaan makanan dan minuman selain boleh menjual pelbagai barangan cenderamata dan lain2. bukankah ia lebih elok daripada menyebabkan kedai2 ditutup, perniagaan mengalami kerugian serta keselamatan orang sekeliling terjejas.
bagi pihak pentadbir pula mungkin itu salah satu cabaran awal semenjak tampuk pemerintahan bertukar dan ianya pastinya tidak akan terhenti begitu sahaja kerana pihak berkaitan pastinya akan meneruskan usaha mendesak pihak pentadbir untuk menuruti kehendak mereka ataupun kehendak rakyat.
sambung...
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete