gol tunggal azamuddin akil pada minit ke 87
Kemenangan juara liga perdana inggeris manchester city ke atas harimau malaya isnin lalu memang sudah dijangka, tambahan dengan corak permainan pantas, dibantu saiz tubuh badan yang jauh berbeza pemain negara, tampak membezakan corak permainan lawan yang banyak menguasai padang. Namun pujian harus diberikan kepada skuad negara kerana melawan habis-habisan dan tidak membenarkan man city untuk terus berpesta gol, sebaliknya menghadiahkan satu gol untuk penyokong-penyokong yang memenuhi stadium bukit jalil. Selain itu skuad negara hanya membenarkan satu gol pada separuh masa pertama, walaupun diasak dengan permainan pantas lawan dari eropah itu. Jila tidak kerana sedikit kealpaan, mungkin skuad negara boleh menafikan satu daripada 2 gol pada separuh masa kedua, tetapi ia merupakan pengajaran terbaik untuk sentiasa peka berdepan musuh pada perlawanan-perlawanan akan datang, terutama menjelang sepak mula piala aff suzuki november nanti.
Gol-gol manchester city dijaringkan oleh sergio aguero pada minit ke 17, sebelum carlos tevez menggandakan jaringan 2 minit sebaik separuh masa kedua bermula, manakala adam johnson menjaringkan gol ketiga 5 minit selepas itu. Yang penting pujian harus diberi kepada azamuddin akil yang bijak mencuri peluang untuk memahat nama selaku penjaring negara pada minit ke 87 hasil permainan pantasnya bersama mahali jasuli.
Keputusan perlawanan itu termasuk bertemu arsenal seminggu sebelum itu membuktikan pasukan negara kini bukan lagi skuad belasahan seperti dulu-dulu kerana tentunya mereka telah banyak mempelajari selain mendapat pengajaran agar terus memberikan yang terbaik buat penyokong-penyokong tercinta.
Syabas harimau malaya!
No comments:
Post a Comment
your comments is valuable..