Tuesday, August 7, 2012
PENANTIAN BERAKHIR
penantian berakhir...
mungkin itu lah kenyataan paling gembira buat pegawai dan pemain-pemain persatuan bola sepak kuala lumpur KLFA apabila tunggakan gaji 3 bulan mereka dari bulan mei hingga julai akan dilunaskan selewat-lewatnya minggu depan.
bukan takat itu sahaja, demi merangsang kembali semangat mereka untuk bermain bersungguh-sungguh selain memberi keceriaan untuk menyambut syawal yang akan tiba kira-kira 2 minggu lagi, mereka juga akan turut diberi insentif kabarnya berjumlah 5 ribu ringgit setiap seorang. satu jumlah yang saya fikir cukup memuaskan hati penerimanya selain cukup untuk mengubah keseluruhan bentuk dalaman rumah.
keputusan itu hasil pertemuan pengurusan KLFA yang diketuai presiden datuk astaman abd aziz dengan datuk bandar kuala lumpur, datuk ahmad phesal talib hari ini.
saya sempat mendapatkan respon daripada datuk astaman mengenai perkara ini. katanya ia hasil bantuan bersama dbkl dan majlis sukan wilayah persekutuan mswp yang tidak mahu melihat kuala lumpur berkubur dari arena bola sepak tempatan. alasan dari sumber mswp mudah... "kita mahu melihat kembali kegemilangan yang pernah dibawa oleh tan sri elyas omar satu ketika dulu".
jadi saya rasa usaha kedua-dua badan ini haruslah dipuji kerana selain boleh melihat bola sepak kuala lumpur terus bernafas, mswp juga boleh sama-sama membantu dalam melahirkan pemain-pemain yang berkualiti di peringkat sekolah lagi.
penyampaian gaji dan insentif raya skuad bola sepak kl kabarnya isnin depan di putrajaya. sekali dengan majlis penyampaian insentif atlet sukma kl.
menurut datuk astaman lagi, usaha kini sedang giat dijalankan untuk memastikan klfa dapat mencari dana tambahan selain bantuan dua badan tadi bagi mencari pemain-pemain terbaik untuk bersaing di liga perdana musim depan. disamping itu memastikan usaha berterusan dilakukan bagi memajukan sukan bola sepak ibu kota ini. katanya akademi bola sepak kl pun telah mula beroperasi, sedikit sebanyak membantu dari segi kewangan.
cuma sebab musabab kenapa kl kurang dana selama ini walaupun kaya dengan pelaburan saya rasa takyah cerita lah sebab banyak melibatkan hal-hal politik, ekonomi dan sosial... hehehehe
p/s: mesti orang tertanya-tanya kenapa saya sibuk dengan klfa ni... seperti yang saya kata sebagai anak kelahiran kuala lumpur atau dengan kata lainnya 'anak jati', saya mestilah nak lihat kl maju bukan sahaja dari segi ekonomi malahan juga sukan.. walaupun saya dibesarkan di ampang, selangor (mungkin sebab rumah kl mahal), tapi usia saya sehingga kini banyak dihabiskan di kuala lumpur sejak zaman persekolahan lagi sehingga zaman pekerjaan. malahan kini saya kembali menetap di kuala lumpur dari tahun 2004 lagi. maka tidak salah la saya sokong kuala lumpur bukan walaupun saya juga menyokong selangor selain pasukan di bawah bayu sana...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
your comments is valuable..